09 Julai 2015

Cara mudah kekal sihat dan aktif!

Untuk memastikan tubuh anda kekal sihat dan cergas, pertama sekali yang perlu anda ketahui adalah dengan sentiasa menjaga berat badan ideal. Caranya ialah dengan melupakan keinginan untuk mengunyah terlalu banyak makanan berminyak contohnya yang bergoreng. Jajan mahupun makanan ringan sememangnya menggoda selera tetapi sebaiknya tidak dimakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Sebagai gantinya anda boleh mengunyah kudapan sihat seperti buah-buahan segar dan kekacang. Makanan ini membantu membuatkan anda merasa kenyang dalam tempoh yang panjang. Selain menjaga pola pemakanan yang baik, jangan lupa untuk menyelitkan juga beberapa aktiviti fizikal untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda dalam mencegah timbunan lemak seterusnya menjadikan tubuh kekal sihat dan cergas.

  • Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.
  • Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.
  • Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.
  • Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.
  • Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.
  • Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
  • Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan.
  • Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran. 



  • Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi ...
  • Penyakit Resdung

    Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenispenyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...
  • Pembelian ONLINE

    Pembelian Produk BioVCo. ... minyak-kelapa-dara - BioVCO ... tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit.
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

    Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak. sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula ...
  • Penyakit Tiroid

    Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...
  • Penyakit Tiroid

    Tiroid atau penyakit Tiroid menyebabkan pesakit tiroid mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah. Penyakit tiroid ...
  • Jangan remehkan penyakit resdung

    RESDUNG agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis.
  • 0 comments: