SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.
Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.
Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.
Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus.
Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.
Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin.
Manafaat Minyak Kelapa Dara BioVCO
Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini ...
1001 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA BioVCO
1001 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA BioVCO. April 14, 2010 at 9:52pm. Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang Minyak ...
TAMPIL CANTIK DAN YAKIN DENGAN BioVCO
8 Mac 2014 - Hampir jam 4 petang semalam, stok baru minyak kelapa dara BIOVCOtiba dan saya terima dengan selamat. Ini pun rasanya perlu order lagi ...
Sekadar Berkongsi Cerita: BioVCO
15 Ogo 2011 - Nie saya nk citer skt psl BIOVCO (BIO Virgin Coconut Oil)..ce citer cer citer...pada mulanyer beli BIOVCO nie utk sapu kt kulit anak yg no.1 & 3 ...
Keikhlasan itu Penting: BioVCO
28 Okt 2011 - nanti korang bacala khasiat BioVCO ni ye kat link tu.. KLIK SINI Ini la minyak yg aku dapat tadi beli ngn staff KKM gak..RM32.. cara makan: 1-2 ...
0 comments:
Catat Ulasan