16 Jun 2015

Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang strok?

Bagi individu yang diserang strok, setiap saat sangat berharga kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak berkenaan tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan. 

Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya. 

Jangan berlengah dengan menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini kita ada terapi akut untuk pesakit. 

Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi. 

Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya. 

Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.

Tanda amaran

Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit. 

Antara tanda amaran strok :
  • Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
  • Badan terasa lemah
  • Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
  • Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
  • Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
  • Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Susah hendak menelan
  • Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T. 

F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?

A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?

S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.

T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.

Rawatan Tanpa Ubat


BIOVCO – Keajaiban Anugerah Alam


“Kekalkan Kesihatan Melalui Alam Semulajadi”


  1. Menggalakkan kadar metobolisma yang tinggi secara semulajadi
  2. Dikilangkan melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang yang bermutu tinggi. Kandungan semulajadi Minyak Kelapa Dara dipelihara.

Tanpa Bahan Awet Tanpa Perasa Tiruan


  • Fakta Nutrisi
  1. Minyak Kelapa Dara – 100%
  2. Kolestrol – 0%
  3. Karbohidrat – 0%
  4. Gula – 0%
  5. Protein – 0%
  • Cara pengambilan minyak BIOVCO
  1. Dewasa: 2 sudu besar selepas makan 2 kali sehari. Ambil minyak BIOVCO selepas makan untuk kesan yang lebih baik.
  2. Kanak-Kanak 5-12 tahun: 1 sudu kecil selepas makan.
  3. Kanak-Kanak 5 bulan-1 tahun: titikkan sedikit dalam susu formula/susu tepung

Bagi mereka yang mengidap ‘stroke’, Minyak Kelapa Dara BIOVCO boleh diberi pada peringkat permulaan 1 sudu besar selepas ada tindakan positif. 

Stroke terjadi kerana kegagalan fungsi otak menyebabkan dara menjadi sejuk..minyak kelapa dara BIOVCO mampu meninggikan metabolisma dan haba badan.

0 comments: