13 Jun 2015

Jangkitan bakteria punca ruam

KULIT bayi yang halus sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan lembut kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa.

Selain itu, kulit bayi juga sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah, kajian membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu beranggapan ruam lampin terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.

Tetapi hakikatnya masalah tersebut boleh dielakkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengamalkan tabiat kebersihan yang baik untuk mengekalkan kulit bayi yang sentiasa bersih dan kering serta mengelakkan barangan yang boleh menambahkan lagi kegatalan kulit.

Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius.

Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. Ia lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Ia amat menyakitkan.

Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi dan ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

Ruam lampin yang tidak serius akan beransur pulih dalam masa dua hari sahaja. Sekiranya ia mengambil masa dalam seminggu atau lebih untuk sembuh, ini bermakna ruam lampin yang dihadapi bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai serius.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam lampin di kalangan bayi. Antaranya pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama dan dibiarkan bersama air kencing. Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing, najis bayi terutama yang cair juga penyebab terjadinya ruam lampin. Najis sebenarnya amat berbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Ibu-ibu diharapkan agar tidak membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya.


  • Masalah Ruam Lampin

    Masalah Ruam Lampin Minyak Kelapa Dara Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan.
  • Ruam lampin pada kulit bayi anda

    Ruam lampin adalah masalah kulit bayi. Mengelak ruam lampin membantu bayi daripada ruam lampin pada kulit bayi anda.
  • Ruam lampin jangan ambil mudah

    Ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.
  • 7 TIPS UNTUK ELAK RUAM LAMPIN

    7 tips yang boleh di praktikkan untuk mengelakkan ruam lampin anak anda. 1) Tukarlampin sebaik sahaja bayi membuang air besar. Kulit bayi sensitif terhadap ...
  • TIP Mencegah ruam lampin

    TIP Mencegah ruam lampin ]. [✓] Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi. [✓] Tepuk kering dan biarkan terdedah ...
  • 0 comments: