18 Jun 2015

Puasa pesakit diabetes

Setiap kali tiba bulan Ramadan, sering kali timbul persoalan di kalangan para pesakit diabetes termasuklah individu yang baru dikesan menghidap penyakit itu.

Sama ada boleh atau tidak mereka menunaikan rukun Islam yang ketiga itu, bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka nanti. Bagaimana pula dengan diet seharian memandangkan rawatan diabetes melibatkan pengawalan makanan yang rapi.

Rawatan kencing manis turut membabitkan pematuhan terhadap arahan ubat-ubatan baik yang diambil secara telan ataupun yang bergantung kepada suntikan insulin.

Oleh kerana pesakit tidak boleh makan dan minum ketika berpuasa, tahap glukosa darah mungkin akan turun ke tahap yang terlalu rendah terutamanya jika anda sedang menerima rawatan.

Umumnya pesakit boleh berpuasa jika keadaan kencing manis mereka terkawal. “Malah, bagi pesakit kencing manis, berpuasa boleh mendatangkan manfaat dari segi mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan tahap gula dalam darah.

“Cuma, mereka dinasihatkan agar mengubah cara pengambilan ubat dan insulin mereka sepanjang bulan Ramadan. Ubat oral atau insulin biasanya digunakan sebelum bersahur dan sewaktu berbuka puasa.

“Doktor akan menasihati pesakit mengenai dos ubat dan insulin yang seharusnya dikurangkan semasa bulan Ramadan.

“Bagi pesakit yang menggunakan ubat atau insulin sebanyak tiga kali sehari, dos ini boleh diubah suai kepada ubat- ubatan yang boleh digunakan dua kali sahaja, sehari.

Begitu juga dengan insulin yang boleh digunakan sekali atau dua kali sehari.

“Seharusnya mereka tidak makan secara berlebihan dan mengurangkan makanan serta minuman yang manis-manis baik semasa berbuka mahupun bersahur.

“Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek untuk mengelakkan anda berpuasa terlalu lama,’’ katanya.

Ini juga membolehkan seseorang pesakit itu mengagihkan tenaga yang diambil secara sama rata sekali gus menjadikan tahap glukosa darah lebih seimbang.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan pesakit agar tidak melengah- lengahkan waktu berbuka puasa.

Pesakit juga perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius pada waktu siang nanti khususnya minggu pertama bulan Ramadan.

Masa terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut adalah sebelum bersahur dan berbuka, dua jam selepas itu dan sebelum masuk tidur.

Bersenam berlebihan di bulan Ramadan tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan hipoglisemia, ujar beliau.


  1. Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes

    Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis.
  2. Rawatan Diabetes Tanpa Ubat

    Diabetes. 4. Tekanan Darah Tinggi. 5. Alahan semasa Mengandung. 6. ... Mengapa anda dan keluarga anda perlu mengambil MINYAK KELAPA DARA BioVCo.
  3. Diabetes : Boleh cegah komplikasi

    Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini.

  4. 7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG

    7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai ...
  5. Diabetes semasa mengandung

    Diabetes semasa mengandung ] Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk...

1 comments:

Farina berkata...

puasa ini memang banyak fadhilat dan kelebihanya. mari la kita sama sama banyakkan amalan pada bulan Ramadan ini. puasa dapat merehatkan perut kita dan menyihatkan tubuh kita. shaklee ada supplement membantu badan anda kekal bertenaga.