09 April 2013

Tip diet, bakar kalori


Pilih cara selamat, mudah untuk peroleh tubuh idaman 

Mari berkongsi tip untuk mengurangkan berat badan melalui cara sihat serta teknik membakar kalori dengan mudah dan menyeronokkan. 


Cari makanan gantian 

Gantikan makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh gantikan dengan susu rendah lemak. 

Minum banyak air 

Banyakkan minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda, air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?. 

Banyakkan pergerakan Banyakkan bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat dituju. 

Ada pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin dan jadikan ia suatu rutin. 

Lakukan sedikit demi sedikit 

Jangan terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat. 

Jangan terlebih makan 

Pernah anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit tetapi kerap. 


Usah begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat. 

Fokus pada sihat 

Jangan terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda. 

Atasi tekanan emosi 

Emosi yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan rapat atau berjumpa kaunselor. 

Motivasi 

Sokongan dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul. 

  • Melakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan tandas dan membuang sampah setiap hari 
  • Anda boleh berkebun seperti menanam bunga, sayuran, memotong ranting pokok dan berkaitannya untuk beberapa minit 
  • Berdiri untuk beberapa minit sebaik saja selepas makan dengan melakukan kerja membasuh pinggang mangkuk. 
  • Jika ada tangga di rumah, mulakan naik dan turun tangga sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari. 
  • Membasuh pakaian tanpa menggunakan mesin pencuci. 
  • Keluar berjalan ke pusat beli-belah untuk beberapa jam. 
  • Beli beg penumbuk dan lepaskan geram menumbuk di beg itu. 
  • Mandikan haiwan peliharaan di rumah. 
  • Lakukan sedikit senaman ringan setiap pagi dan tengah hari bersama keluarga. 
  • Berkayuh basikal membantu mengurangkan kalori. 
  • Menunggang kuda. 
  • Manjakan diri dengan mandi jacuzzi beberapa jam. 
  • Lakukan urutan sama ada tradisional atau teknik lain. 
  • Mengecat rumah.
Baca lain-lain INFO KESIHATAN


  1. Info Kesihatan : Menjawab mitos diet - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/11022009b.php - Translate this page
    Selain itu, kini sudah muncul banyak jenis diet yang dicipta oleh kita sendiri. ... Kita percaya rendah lemak bermakna kurang kalori, lalu ia lebih sihat berbanding .... Noridah Binti Abu Bakar · Petaling Jaya, Malaysia .... Tip penjagaan diri ...
  2. BioVCO.com
     

    www.biovco.com/ - Translate this page
    Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak... Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran dietpemakanan kecuali minyak VCO yang .... Adnan bin Abu Bakar ...
    You and one other person +1'd this
  3. Info Kesihatan : Penyakit buah pinggang : Kawal ... - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexik.php?no=119&tjk... - Translate this page
    Pakar diet Pusat Perubatan Tropicana, Wong Pei Lee berkata, amalan pemakanan ...buah pinggang, antaranya makan makanan mengandungi kalori dan nutrien .... Noridah Binti Abu Bakar · Petaling Jaya, Malaysia .... Tip penjagaan diri ...
  4. Cara kawal sakit gout - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/penyakit-gout.php?ref... - Translate this page
    Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout. ... Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih ...
  5. Info Kesihatan : Amal diet seimbang gaya hidup aktif - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexik.php?no=116...diet... - Translate this page
    Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. .... Noridah Binti Abu Bakar · Petaling Jaya, Malaysia. hai.. bapa .... Tip penjagaan diri ...
  6. Berat Badan - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/gemuk-04r.php - Translate this page
    Kebanyakan wanita moden akan mengalami tekanan dalam isu diet dan mengekalkan berat badan ideal. ... Kadar metabolisme yang tinggi dapat menolong seseorang itu membakar kalori yang berlebihan dengan berkesan ... Tip Cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah: ... Adnan bin Abu Bakar ...
  7. SOAL JAWAB Mengenai Minyak Kelapa Dara - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/soaljawab.php - Translate this page
    ... semakin tinggi kandungan metabolisma akan dapat mengelakkan lebihan kalori yang... Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara BioVCO ... Kelapa DaraBioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi. .... Noridah Binti Abu Bakar · Petaling Jaya, Malaysia .... Tip penjagaan diri ...
  8. Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/elak-t-darah-tinggi.php - Translate this page
    Cara yang lebih tepat untuk mengurangi penyakit ini ialah dengan mengurangkan pengambilan kalori, mengimbangi berat badan dengan ketinggian anda ...
  9. Info Kesihatan : Kolesterol Darah yang Tinggi - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexik.php?no=167&tjk... - Translate this page
    Pengubahsuaian diet-cara mengurangkan lemak dalam makanan adalah seperti ...Lelaki yang aktif atau remaja : Sekurang-kurangnya 2,400 kalori (53 - 80 gram) ....Noridah Binti Abu Bakar · Petaling Jaya, Malaysia .... Tip penjagaan diri ...

0 comments: