07 April 2013

Derita penyakit gusi


PENJAGAAN gigi se­ring menjadi tajuk utama dalam penjagaan kesihatan mulut, tetapi bagaimana pula de­ngan gusi?

Di Malaysia, dianggar­kan lebih 80 peratus men­­derita disebabkan pe­nyakit gusi. Ia membabitkan empat daripada lima remaja dan dewasa namun mereka sendiri tidak mengetahuinya. 

Keadaan ini disebabkan penyakit ini boleh berlaku secara asimtomatik iaitu tidak mempunyai kesakitan atau gejala pada peringkat awal. 


Itulah sebabnya ada se­setengah individu me­ngambil sikap sambil lewa biarpun berlaku pendarahan sekali-sekala ketika memberus gigi.


Jika mengalami beng­kak­ gusi, bau mulut berterusan dan gusi ber­da­rah, kebarangkalian me­ngalami penyakit gusi juga tinggi.

Penyakit gusi ialah ke­radangan gusi disebabkan bakteria plak iaitu bahan melekit yang sentiasa terbentuk pada gigi disebabkan bakteria dalam mulut. 


Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan struk­tur gigi menjadi long­gar dan mudah tertanggal. 



Malah di Malaysia, ia juga menjadi punca utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa. 



Selain itu, merokok juga dianggap penyebab utama berlakunya penyakit gusi kerana ia menghalang penghantaran oksigen dan nutrien kepada gusi dan mencegah tindak balas efektif imun badan terhadap bakteria gusi. 



Kajian menunjukkan individu merokok mengalami dua hingga tiga kali lebih kebarangkalian mengalami masalah gusi berbanding individu biasa. 



Di samping itu, mereka yang mengalami masalah diabetes juga perlu lebih berhati-hati kerana golongan ini memiliki lebih dua kali ganda kemungkinan menghidap penyakit gusi serius. 



Diabetes menyebabkan badan lebih terdedah kepada jangkitan bakteria serta mempunyai kurang keupayaan daya tahan badan untuk melawan kuman yang menyerang gusi. 



Malah, wujud penyelidikan yang menyokong kaitan serta hubungan dua hala antara diabetes dan penyakit gusi. 



Ini menunjukkan golo­ngan berkenaan bukan saja lebih terdedah kepada berlakunya masalah gusi, tetapi jika tidak dirawat segera, ia boleh menjejaskan ke­upayaan mereka mengawal paras glukosa darah serta meningkatkan risiko berlakunya komplikasi lain. 

0 comments: