12 April 2013

Budaya makan waktu malam punca obesiti

Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak lagi dihiraukan oleh kebanyakan daripada kita sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.

Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.

Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari terPepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.

Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.

Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.

Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.

"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.

Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.

Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.

Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.

Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.

Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.

Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.

''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.

"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.

''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.

''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.

''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.

''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.

"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.

Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.masuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

rawatan dan sihat tanpa ubat

Baca lain-lain INFO

  1. Risau gemuk, tua - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/risau-gemuk-tua.php?ref=fbik - Translate this page
    KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa ...
  2. Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes - BioVCO.com
     
    w.biovco.com/isihat.php - Translate this page
    Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis. Hasil soal selidik ...
  3. AWAS !! Masalah kegemukan 16.8 juta penduduk ... - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/indexfb.php?no=6&ref...z... - Translate this page
    Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com www.biovco.com/indexik.php?no...gemuk - Translate this page SEJAK kebelakangan ini, berita-berita ...
  4. Info Kesihatan : Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/indexik.php?no...gemuk - Translate this page
    SEJAK kebelakangan ini, berita-berita berkenaan program melangsingkan badan dan kesan buruknya hangat diperkatakan. Angka RM9 juta setahun ...
  5. Info Kesihatan : Ramai Wanita Gemuk - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/info-gemuk-obes.php - Translate this page
    Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami ...
  6. Berat Badan - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/gemuk-04r.php - Translate this page
    Seseorang juga digolongkan sebagai gemuk gedempol jika BMInya melebihi 30. BMI dikira dengan rumusan kg/m2, di mana kg adalah berat badan dan m ...
  7. Gemuk | minyak kelapa dara biovco
     
    blog.biovco.com/tag/gemuk/ - Translate this page
    Jan 27, 2010 – ADSENSE CODE #2. MENONTON rancangan The Biggest Loser iaitu rancangan realiti mengenai individu obes mengurangkan berat badan ...
  8. Info Kesihatan : Kegemukan - ibu segala penyakit - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/indexik.php?...kegemukan... - Translate this page
    Ramai tidak menganggap gemuk sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan gemuk dalam kedudukan pertama, ...
  9. Info Kesihatan : Waspada ukur lilit pinggang - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/indexfb.php?no=40&ref... - Translate this page
    1.7 juta berdepan obesiti - BioVCO.com www.biovco.com/indexikb.php?no=71&tjk... - Translate this page 1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta ...
  10. Klik disini - BioVCO.com
     
    www.biovco.com/kesihatan/penyakit_thyroid.html - Translate this page
    Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan BioVCO, bengkak dileher telah ... Pesakit menjadi gemuk (kadar metabolisma sangat ...

0 comments: