PENYAKIT yang sering didengar tetapi kurang diberi perhatian oleh orang ramai ialah barah kolorektal atau barah usus. Ia paling biasa dihidapi kalangan lelaki di Malaysia dan ketiga paling banyak dihidapi wanita di negara ini.
Jika diukur menerusi statistik kumpulan etnik, penghidap paling ramai ialah masyarakat Cina. Walaupun punca utama yang menyebabkan kanser usus besar ini masih menjadi tanda tanya, penyakit ini boleh dikesan pada peringkat awal, sekali gus meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya. Andai dibiarkan, ia boleh meragut nyawa.
Mengikut Pendaftar Kanser Kebangsaan, lebih 3,600 kes baru dikesan setiap tahun dan kebanyakannya dihidapi mereka yang berusia melebihi 50 tahun.
Barah kolorektal ini terbahagi kepada empat tahap iaitu kanser bermula pada bahagian dalam kolon atau rektum; kedua, kanser mula merebak melalui dinding kolon dan rektum; tahap ketiga, barah mula merebak menghampiri nodus limfa dan keempat, barah terus merebak ke organ tubuh yang lebih jauh seperti hati dan paru-paru.
Perunding Perubatan Onkologi, Dr Christina Ng, berkata barah ini membabitkan bahagian kolon dan rektum serta sebahagian usus besar yang membantu proses penghadaman makanan dan pembuangan sisa.
“Kanser ini tidak diketahui punca utamanya, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ini termasuk usia menjangkau 50 tahun ke atas, pembentukan polip, genetik, amalan diet atau pemakanan, penggunaan tembakau, kegemukan dan penyakit radang usus,” katanya yang juga Presiden dan Pengasas Empowered, projek khas bagi menyaring kanser kolon di bawah Persatuan Sokongan Kanser Malaysia yang dilancarkan minggu lalu.
Memandangkan ada pelbagai jenis barah, cara merawatnya juga berbeza. Ramai yang tahu mengenai satu atau dua jenis rawatan yang biasa digunakan tetapi pakar biasanya menggandingkan beberapa terapi bukan saja untuk membuang tumor tetapi juga memastikan ia tidak kembali merebak.
Pakar onkologi perlu menimbangkan pelbagai perkara sebelum memilih jenis rawatan yang sesuai dan terbaik untuk pesakit. Penentuan jenis rawatan pula terletak pada tahap barah dan lokasi kanser itu pada tubuh. Beberapa bentuk rawatan barah yang ditawarkan di negara ini ialah seperti radioterapi, pembedahan, kolostomi dan kemoterapi.
Bagaimanapun, kata Dr Ng, cara terbaik menangani barah usus ini ialah menerusi proses penyaringan. Kejayaan projek saringan bertujuan mengesan kanser kolon peringkat awal di Australia dan United Kingdom sudah memperlihatkan kesan penurunan pada jumlah kematian akibat kanser kolon.
Saringan perlu dilakukan bagi mengesan barah sebelum simptomnya muncul dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas disarankan menjalani saringan ini sebagai langkah pencegahan awal. Tindakan pantas mengesan dan membuang ketumbuhan atau polip sebelum ia bertukar menjadi barah adalah cara paling berkesan mencegah penyakit ini. Bagaimanapun, sekiranya barah itu sudah terbentuk dan dapat dikesan awal, ia masih meningkatkan peluang sembuh melalui pembedahan sebelum merebak ke organ lain.
“Kami berharap masyarakat lebih peka dan memahami pentingnya mengesan awal simptom penyakit ini supaya pesakit pulih sepenuhnya. Barah bukanlah seperti menghadapi hukuman mati kerana pesakit kini mampu menentukan kesejahteraan hidup dengan mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan rawatan yang terbaik,” katanya.
Faecal Immunohistochemical Test (FIT), satu ujian yang digunakan untuk mengesan darah dalam sisa najis wajar dilakukan dalam tempoh sekali setahun. Ia adalah kaedah saringan yang disarankan kepada sesiapa saja berusia 50 tahun ke atas. Ujian ini memberi tindak balas ke atas protin hemoglobin manusia, yang terkandung dalam sel darah merah. FIT memberikan bacaan saringan kanser lebih baik terhadap pertumbuhan barah dalam usus besar berbanding kaedah saringan lama yang dipanggil Faecal Occult Blood Test (FOBT). FIT juga lebih mudah dalam soal mengumpulkan sampel kerana ia lebih praktikal.
Sekiranya keputusan sampel najis positif mengandungi darah yang tersembunyi, prosedur kolonoskopi dilakukan untuk pengesahan lanjut. Kolonoskopi ialah prosedur doktor akan memasukkan tiub halus yang mudah lentur menerusi rektum sehingga ke kolon. Prosedur ini digunakan untuk mengkaji mengapa berlakunya perubahan yang sukar dijelaskan pada tabiat usus di samping melihat tanda awal kanser dalam kolon dan rektum. Prosedur ini membolehkan pakar melihat radang tisu, ketumbuhan luar biasa, ulser, pendarahan dan kekejangan otot.
INFO: Mitos kanser
Barah usus penyakit lelaki
Hakikatnya, seperti lelaki, kanser ini juga dihidapi wanita. Di Malaysia, kanser kolon paling banyak dihidapi lelaki manakala barah ketiga paling banyak dihidapi wanita.
Barah usus tidak boleh dihalang
Hakikatnya, amaran awal tanda kanser kolon adalah pembentukan ketumbuhan kecil yang bukan kanser dipanggil polip. Sekiranya polip dikesan awal, ia boleh dibuang sebelum kanser terbentuk.
INFO: Saringan barah
Mengesan awal dan membuang polip sebelum bertukar menjadi kanser cara terbaik untuk mengelak barah usus besar.
Walaupun barah sudah terbentuk, pesakit masih berpeluang pulih sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal. Pembedahan perlu dilakukan sebelum ia merebak ke organ lain.
Cara pengambilan sampel najis menggunakan kedah FIT
Kumpulkan sampel najis anda di atas kertas tisu tandas.
Buka penutup hijau pada kit FIT
Ambil sampel dengan menggores batang sampel lima hingga enam kali pada permukaan najis
Masukkan batang sampel ke dalam botol dan tekan sehingga ketat.
Goncang botol sampel dan masukkan ke dalam beg plastik yang diberi.
Baca lain-lain Info
Info Kesihatan - Penyakit Barah Usus , Kanser, Cancer - BioVCO.com
- www.biovco.com/kesihatan/kanser_usus.html - Translate this pageDi seluruh dunia, kanser usus menjadi kanser kedua terpenting menyebabkan kematian, terutama di kalangan orang dewasa — dan tabiat makan dikenal pasti ...
Lemah jantung lebih serius daripada barah - BioVCO.com
www.biovco.com/lemah-jantung.php - Translate this page... (congestive heart failure) sebenarnya lebih teruk daripada barah payu dara. ... dan doktor sahkan sya ada ulser usus....adakah penyakit ini sgt berbahaya?Info Kesihatan : Pendarahan Rawat awal - BioVCO.com
www.biovco.com/indexik.php?no=104&tjk... - Translate this pageKebanyakan pendarahan adalah dari bahagian usus besar dan rektum berbanding usus kecil ... Kanser usus besar — semua kanser saluran pencernaan boleh ...Info Kesihatan : Tiroid biasa atau kanser? - BioVCO.com
www.biovco.com/infokesihatan.php - Translate this pageSaya ingin bertanya jika Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh menghilang .... doktor, dan doktor sahkan sya ada ulser usus....adakah penyakit ini sgt berbahaya?Info Kesihatan : Najis berdarah tanda penyakit - BioVCO.com
www.biovco.com/indexik.php?no=21&tjk... - Translate this pageSaya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh ...Info Kesihatan - Penyakit Barah, Kanser, Cancer - BioVCO.com
www.biovco.com/kesihatan/gastrik_ulser.html - Translate this pagePenyakit barah sememangnya diketahui berpunca daripada perubahan atau mutasi ... Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan ...Buasir : bahaya darah dalam najis | minyak kelapa dara biovco
blog.biovco.com/.../buasir-bahaya-darah-dalam-na... - Translate this pageJan 26, 2010 – Barah usus besar adalah barah kedua kerap berlaku di kalangan kaum ... “Di negara Barat, risiko mendapat barah usus besar dalam jangka ...
0 comments:
Catat Ulasan