16 April 2013

Obesiti undang penyakit


DEFINISI cantik, menarik atau kacak pada seseorang itu sangat subjektif. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai kecantikan yang selalunya dipandang secara luaran.
Persepsi yang sering dilontarkan, individu kurus itu cantik dan sempurna berbanding mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Namun, bagi saya apa yang penting adalah anda harus mempunyai tubuh badan sihat tidak kira sama ada berfizikal kurus mahupun tidak. 
Bagaimanapun, keutamaan saya pada minggu ini khas bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun sudah mencapai tahap obesiti agar mengawal keadaan mereka supaya jangan sampai menghidap penyakit berbahaya. 

Bukan apa, sebelum terlewat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Di sini, saya ingin kongsi kisah untuk tatapan anda yang boleh dijadikan inspirasi dan renungan supaya kita menjadi insan lebih sihat, cergas dan cerdas.

Dek cepat berasa penat ketika berjalan dan mengalami kesukaran mahu bernafas dengan baik dan paling buruk disahkan menghidap penyakit darah tinggi, jejaka berusia 25 tahun ini nekad untuk berubah.

Ridwan Mustafa menjelaskan, sejak kecil dia memang sudah tergolong dalam kanak-kanak yang obes. Menginjak ke usia remaja, berat badannya mencecah 96 kilogram (kg) dan terpaksa memakai seluar bersaiz 40. 

Bagaimanapun, kesedaran untuk menurunkan berat badan masih lagi belum timbul dalam diri anak muda ini. Ketika menuntut di universiti, dia cuba mengelak daripada melakukan apa saja aktiviti berkaitan sukan. 

“Saya malas hendak bersukan disebabkan keadaan fizikal. Pakaian sukan saya hanya menjadi perhiasan di dalam almari. Disebabkan cepat berasa lapar dan kerap makan makanan segera, berat badan saya naik hingga 120 kg. 

“Sehingga satu ketika barulah saya mula sedar dan takut dengan bahaya kegemukan. Mana tidaknya, hendak berjalan semakin rasa lelah, hendak bernafas pun terasa susah. Kawan-kawan juga ramai nasihatkan supaya jaga berat badan. Atas saranan seorang teman, saya mula mengambil pil tradisional untuk menurunkan berat badan. 

“Saya mula belajar diet. Baju sukan yang selama ini putih bersih macam baju baru, sudah mula saya pakai untuk digunakan ketika bersenam. Alhamdulillah, selepas tiga bulan, saya berjaya menurunkan 18 kg,” katanya. 

Selepas menyedari, berkemungkinan besar pil diet yang diambilnya akan membawa kesan buruk di kemudian hari, Ridwan berhenti mengambilnya. Di samping itu, dia juga semakin mengabaikan rutin pemakanan sihatnya yang mengakibatkan berat badannya naik 10 kg. 

Berat badannya kekal pada 112 kg sehingga dia mula bekerja di sebuah syarikat di ibu negara pada Oktober 2010. Ketika mula bekerja, dia berasa tertekan untuk menyesuaikan diri di tempat kerja, sering sakit kepala dan badan menjadi gatal-gatal terutama di bahagian paha. 

Pada satu malam, akibat tidak dapat menahan situasi itu, Ridwan bertindak ke klinik untuk mendapatkan khidmat doktor profesional. 

“Selepas diperiksa doktor, saya disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan berada pada tahap berbahaya. Hanya satu nasihat doktor kepada saya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi itu kepada tekanan darah normal, saya perlu untuk menurunkan berat badan lebih 20 kg. 

“Justeru, doktor memberikan pelan rancangan diet kepada saya bagi membantu menguruskan badan. Bermula dari saat itu saya berazam untuk mencapai berat badan ideal. 

“Saya mengikut segala nasihat doktor dan mula bersenam di gimnasium dengan bimbingan seorang jurulatih, lakukan kajian mengenai nutrisi, makan ­makanan seimbang, membaca kisah kejayaan individu lain yang sudah kurus sebagai inspirasi, melanggan majalah kesihatan dan macam-macam lagi,” katanya. 

Hasil usaha keras dan disiplin diri yang tinggi akhirnya, dalam tempoh lapan bulan, Ridwan berjaya kurangkan berat badannya sebanyak 30 kg. 

Kini dia sudah boleh berlari sejauh 10 kilometer tanpa henti dan aktif menyertai kejohanan larian di sekitar Kuala Lumpur. Tidurnya juga lebih tenang kerana masalah dengkuran sudah hilang dan saiz pinggang yang dulunya 44 inci bertukar kepada 34 inci. 

Paling penting, tahap kesihatannya juga dalam keadaan baik seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan gula dalam darah adalah normal. 

“Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama lebih lapan bulan,” katanya.

  1. Risau gemuk, tua - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/risau-gemuk-tua.php?ref=fbik
    Translate this page
    KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa ...
  2. AWAS !! Masalah kegemukan 16.8 juta penduduk ... - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexfb.php?no=6&ref=fbik...
    Translate this page
    Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com www.biovco.com/indexik.php?no...gemuk - Translate this page SEJAK kebelakangan ini, berita-berita ...
  3. Cabaran menurunkan berat - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/gemuk-04r.php
    Translate this page
    Seseorang juga digolongkan sebagai gemuk gedempol jika BMInya melebihi 30. BMI dikira dengan rumusan kg/m2, di mana kg adalah berat badan dan m ...
  4. Info Kesihatan : Kegemukan - ibu segala penyakit - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexik.php?...kegemukan...
    Translate this page
    Ramai tidak menganggap gemuk sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan gemuk dalam kedudukan pertama, ...
  5. Gemuk | minyak kelapa dara biovco
     

    blog.biovco.com/tag/gemuk/
    Translate this page
    Jan 27, 2010 – ADSENSE CODE #2. MENONTON rancangan The Biggest Loser iaitu rancangan realiti mengenai individu obes mengurangkan berat badan ...
  6. Info Kesihatan
     

    infokesihatan4u.blogspot.com/
    Translate this page
    3 days ago – Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes - BioVCO.com ... Info Kesihatan : Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com ...
  7. Budaya makan waktu malam punca obesiti ~ Info Kesihatan
     

    infokesihatan4u.blogspot.com/.../budaya-makan-wakt...
    Translate this page
    4 days ago – Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes - BioVCO.com ... Info Kesihatan : Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com ...


0 comments: