15 Jun 2015

Tekanan Darah Tinggi Pada Pesakit kencing manis dan Obesiti

Tekanan darah tinggi adalah satu kebimbangan bagi setiap orang tetapi orang yang mengalami diabetes akan lebih lebih merasa kesan keperitannya daripada yang lain.

Jika anda gemuk dan mengalami kencing manis, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan serangan jantung yang boleh membawa maut. Seperti kebanyakkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kencing manis kawalan gula dalam darah, diet yang seimbang dan aktiviti fizikal boleh mencegah tekanan darah tinggi.

Jika anda mengalami sakit kepala disambil penglihatan anda kabur dan anda merasa mabuk, anda mungkin mempunyai tekanan darah tinggi. Indikasi-indikasi ini bukan sahaja menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah tekanan darah tinggi sahaja jadi anda perlu mendapatkan rawatan perubatan untuk menentukan penyebabnya. 

Dimasa yang lain mungkin tiada indikasi sama sekali menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi tetapi anda disyorkan untuk berjumpa doktor bagi mengetahui jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dari masa kesemasa.

Apabila anda mengalami obesiti cara yang paling berkesan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi adalah dengan menurunkanberat badan. Ikuti pelan permakanan diet yang seimbang sambil menurunkan berat badan. Perubahan lain yang boleh anda lakukan untuk merawat tekanan darah anda adalah seperti berikut:

Rutin latihan senaman yang diikuti secara tetap
Mengurangkan stres dalam kehidupan seharian anda
Berhenti merokok
Kurangkan jumlah garam dalam permakanan anda

Kurangkan jumlah lemak pada badan anda dan berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk memenuhi matlamat anda. Jika anda baru memulakan rutin senaman pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Anda tidak mahu melemahkan diri anda pada permulaan melakukan senaman dan doktor anda mungkin mempunyai beberapa sekatan untuk anda untuk memastikan anda tidak mengalami kecederaan atau hipoglisemia.

Apabila anda mengalami kencing manis senaman dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti dan diabetes senaman juga akan membantu anda menurunkan berat badan. Sebagai pesakit kencing manis terdapat bebrapa pertimbangan tambahan dan langkah berjaga-jaga yang perlu anda ambil sebelum anda memulakan rutin senaman dan anda perlu sedar tentang risikonya.

Ia adalah penting untuk menunggu sebelum membuat latihan senaman jika tahap glukosa dalam darah anda terlalu rendah atau tinggi kerana ianya boleh membawa kesan buruk jika anda melakukannya dalam keadaan tersebut. 

Ia amat berbahaya jika tahap glukosa dalam darah anda rendah dan anda mula melakukan senaman kerana ianya boleh menyebabkan glukosa dalam darah semakin menurun lebih jauh lagi yang boleh membawa kepada situasi kecemasan. Sebagai langkah berjaga-jaga pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan latihan senaman.



  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Darah tinggi Membunuh secara senyap

    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
  • Baca Lagi...

    13 Jun 2015

    Jangkitan bakteria punca ruam

    KULIT bayi yang halus sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan lembut kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa.

    Selain itu, kulit bayi juga sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah, kajian membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

    Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu beranggapan ruam lampin terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.

    Tetapi hakikatnya masalah tersebut boleh dielakkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengamalkan tabiat kebersihan yang baik untuk mengekalkan kulit bayi yang sentiasa bersih dan kering serta mengelakkan barangan yang boleh menambahkan lagi kegatalan kulit.

    Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius.

    Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. Ia lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Ia amat menyakitkan.

    Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi dan ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

    Ruam lampin yang tidak serius akan beransur pulih dalam masa dua hari sahaja. Sekiranya ia mengambil masa dalam seminggu atau lebih untuk sembuh, ini bermakna ruam lampin yang dihadapi bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai serius.

    Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam lampin di kalangan bayi. Antaranya pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama dan dibiarkan bersama air kencing. Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

    Selain air kencing, najis bayi terutama yang cair juga penyebab terjadinya ruam lampin. Najis sebenarnya amat berbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

    Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Ibu-ibu diharapkan agar tidak membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya.


  • Masalah Ruam Lampin

    Masalah Ruam Lampin Minyak Kelapa Dara Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan.
  • Ruam lampin pada kulit bayi anda

    Ruam lampin adalah masalah kulit bayi. Mengelak ruam lampin membantu bayi daripada ruam lampin pada kulit bayi anda.
  • Ruam lampin jangan ambil mudah

    Ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.
  • 7 TIPS UNTUK ELAK RUAM LAMPIN

    7 tips yang boleh di praktikkan untuk mengelakkan ruam lampin anak anda. 1) Tukarlampin sebaik sahaja bayi membuang air besar. Kulit bayi sensitif terhadap ...
  • TIP Mencegah ruam lampin

    TIP Mencegah ruam lampin ]. [✓] Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi. [✓] Tepuk kering dan biarkan terdedah ...
  • Baca Lagi...

    12 Jun 2015

    Kurang garam kawal hipertensi

    Garam adalah bahan yang sangat biasa digunakan dalam masakan seharian kita. Pengambilan garam penting kepada kesihatan jika diambil dalam jumlah berpatutan.

    Tanpa garam, sesuatu hidangan akan menjadi tidak enak dimakan dan tawar serta tidak menyelerakan. Garam digunakan oleh manusia sejak zaman dulu, terutama untuk mengawet makanan. Garam biasa dalam bentuk hablur atau kristal halus.

    Garam diletakkan dalam makanan berbentuk yang nyata dan tersembunyi. Kebanyakan makanan proses mengandungi jumlah kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan orang ramai tidak sedar mereka memakan garam secara berlebihan.

    Ini kerana kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses. Di samping itu makanan seperti roti, bijirin serta makanan manis juga mengandungi garam walaupun tidak berasa masin dan ini antara faktor mempengaruhi kesukaran seseorang mengurangkan garam sedia ada pada sesuatu makanan.

    Garam biasa juga dikenali sebagai sodium klorida yang berasal dari laut dan lombong garam. Selain garam biasa, sumber sodium dalam makanan atau minuman proses juga dilabel dengan nama seperti sodium benzoate, sodium nitrat, sodium bikarbonat dan monosodium glutamat (MSG).

    Garam biasanya mengandungi tidak kurang dari 95 peratus natrium klorida (NaCl) dengan kandungan sodium (natrium) sebanyak 40 peratus. Garam biasanya dikait­kan dengan masalah tekanan darah tinggi.

    Kajian sains menunjukkan dengan mengurangkan pengambilan garam, tekanan darah seseorang individu boleh dikurangkan dan dikawal dengan lebih baik.

    Sebagai contoh, pengurangan garam secara sederhana dalam tempoh empat minggu atau lebih boleh mengurangkan tekanan darah dengan nyata dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai tekanan darah normal atau tinggi.

    Kajian meta analisis yang dilaporkan dalam British Medical Journal (BMJ) pada 2009 menunjukkan, pengurangan pengambilan garam dalam sehari boleh mengurangkan paras tekanan darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

    Berdasarkan kajian oleh Scientific Advisory Committee on Nutrition pada 2003, ada bukti saintifik terkini menunjukkan pengambilan garam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi tekanan darah dan risiko beberapa penyakit seperti osteoporosis, penyakit asma, kanser dan obesiti.

    Kajian di Malaysia menunjukkan pengambilan garam adalah tinggi iaitu 8.7gram sehari berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang lima gram sehari.

    Garam diambil dalam jumlah tinggi apabila seseorang mengambil makanan proses seperti makanan tin, kicap, sos, ikan masin, ikan bilis, bebola ikan, bebola daging, bebola udang, makanan sejuk beku, daging proses seperti burger, nuget, sosej, jajan, kerepek dan keropok.

    Seseorang yang mempunyai paras sodium (natrium) tinggi di dalam darah berisiko menghidap hipertensi atau darah tinggi, seterusnya berisiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Berdasarkan Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, dianggarkan 32.7 peratus atau 5.8 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap hipertensi.

    Manakala Kajian Beban Penyakit (Burden of Disease Study) di Malaysia pada 2014 menunjukkan, penyakit yang menjadi penyumbang utama kepada kematian rakyat Malaysia adalah penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi.

    Hipertensi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jangka masa panjang seperti penyakit strok, sakit jantung koronari, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata.

    Masalah utama hipertensi tidak mempu­nyai tanda pada peringkat permulaannya. Oleh itu seseorang perlu kerap membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik atau pusat kesihatan.

    Jika seseorang tidak mengendahkan tekanan darahnya dan hanya mendapatkan rawatan setelah terkena komplikasi seperti serangan jantung atau strok, ia merugikan diri sendiri.

    Ada ahli sains berpendapat, bahaya garam kerana kandungan sodiumnya tinggi dan kerana itu makan buah-buahan secara kerap membantu menurunkan tekanan darah kerana buah-buahan kaya dengan garam galian kalium atau potassium.

    Potassium akan menseimbangkan nisbah garam galian sodium dan potassium dalam tubuh dan mengelak masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi.

    Pengambilan gula berlebihan dan karbohidrat terproses yang mengandungi karbohidrat halus (refine carbohydrate) juga punca masalah hipertensi kerana ia menyebabkan saluran darah arteri menjadi keras atau atherosklerosis.

    Kajian oleh National Institute of Health, Amerika Syarikat pada 1997 menunjukkan, pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan cara pemakananan betul.

    Kajian ini dipanggil kaedah pemakanan ‘DASH’ yang bermaksud “Dietary Approach to Stop Hypertension” yang bermaksud pendekatan pemakanan untuk mengawal darah tinggi.

    Kaedah itu membabitkan pengambilan makanan rendah lemak tepu (dari sumber haiwan) di samping makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu rendah lemak. Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi.

    Hasilnya mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

    Pemakanan dengan kaedah DASH memberikan serat tinggi, zat kalsium, magnesium dan potassium yang terbukti menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak ‘trans’.

    Secara umumnya, memakan makanan asli dan bukan makanan proses akan membantu mengurangkan garam berlebihan dalam pemakanan seharian, oleh itu ia mampu mengawal tekanan darah dengan lebih baik.



  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Tekanan Darah Tinggi

    Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.


  • Baca Lagi...

    Manfaat susu ibu sepanjang hayat

    SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.

    Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.

    Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

    Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

    Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.

    Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

    Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

    Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus.

    Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.

    Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin.


  • Manafaat Minyak Kelapa Dara BioVCO

    Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini ...
  • 1001 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA BioVCO

    1001 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA BioVCO. April 14, 2010 at 9:52pm. Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang Minyak ...
  • TAMPIL CANTIK DAN YAKIN DENGAN BioVCO

    8 Mac 2014 - Hampir jam 4 petang semalam, stok baru minyak kelapa dara BIOVCOtiba dan saya terima dengan selamat. Ini pun rasanya perlu order lagi ...
  • Sekadar Berkongsi Cerita: BioVCO

    15 Ogo 2011 - Nie saya nk citer skt psl BIOVCO (BIO Virgin Coconut Oil)..ce citer cer citer...pada mulanyer beli BIOVCO nie utk sapu kt kulit anak yg no.1 & 3 ...
  • Keikhlasan itu Penting: BioVCO

    28 Okt 2011 - nanti korang bacala khasiat BioVCO ni ye kat link tu.. KLIK SINI Ini la minyak yg aku dapat tadi beli ngn staff KKM gak..RM32.. cara makan: 1-2 ...
  • Baca Lagi...

    11 Jun 2015

    Tanda Tanda Sakit Jantung

    Pada masa ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. 

    • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
    • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
    • Lidah terasa tegang dan pendek.
    • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
    • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
    • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
    • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
    • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
    • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
    • Rasa keletihan sepanjang masa.
    • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
    • Degupan jantung tidak menentu.
    • Nafas terasa pendek.
    • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
    • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
    • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

    Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.



  • Lima tanda sakit jantung

    Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan.



  • Penyakit jantung tak kenal usia

    DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak ...
  • 6 Makanan mengelak Sakit Jantung

    12 Apr 2013 - 2 days ago – Info Kesihatan : Penyakit jantung tak kenal usia -BioVCO.com ... Sakit jantung pembunuh nombor satu - BioVCO.com .
  • Petua elak darah tinggi, sakit jantung Kemajuan...

    Petua elak darah tinggi, sakit jantung Kemajuan manusia membuatkan kita kini mempunyai jangka hayat lebih panjang selain melalui proses penuaan dengan.
  • MENGAPA SAYA MINUM MINYAK KELAPA DARA

    6 Mac 2014 - •Minyak VCO jenama BIOVCO adalah 100 % organik, insyaallah ... ( ubat penstabil rentak jantung ) dan Proponolol ( ubat yang biasa diambil ..
  • .
  • Baca Lagi...

    Ancaman kolesterol

    Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

    Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.


    Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.


    Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.


    Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Trigliserida

    Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

    Kolesterol Lp (a)

    Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.

    Apakah yang ditunjukkan oleh paras kolesterol anda?

    Laporan ujian anda akan menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran "millimoles per litre (mmol/L)". Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.

    Perhatian: Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah 200-400 miligram sehari.



  • Panduan turunkan paras kolesterol 

    Panduan turunkan paras kolesterol Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan...
  • Kolesterol Darah Yang Tinggi

    Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.
  • Kolesterol

    Asma. 14. Kolesterol. 15. Tonsil. 16. Wanita Mengandung. Serta banyak lagi. ... anda dan keluarga anda perlu mengambil MINYAK KELAPA DARA BioVCo.
  • Elak Kolesterol tinggi

    Kolesterol : Kadar kolesterol LDL yang tinggi memudaratkan kesihatan, turunkan kadarkolesterol.
  • Cara mengawal tahap kolesterol

    TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok.
  • Apa itu kolesterol | Rawatan Kolesterol

    Minyak Kelapa Dara, Apa itu kolesterol Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi ...
  • BioVCo turunkan kolesterol

    3 Sep 2014 - 7:58 PM Minyak Kelapa Dara BioVCo turunkan kolesterol. Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam ...
  • Baca Lagi...

    10 Jun 2015

    Masalah Tonsil bukan sekadar sakit tekak

    SAKIT tekak ketika demam sering dialami golongan dewasa dan kanak-kanak yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan makanan.

    Puncanya adalah kerana radang pada bahagian tonsil iaitu kelenjar limfoid yang terdapat di kanan dan kiri tekak, kerongkong serta larinks (saluran pernafasan yang mengandungi peti suara).

    Jangkitan

    Sakit tekak juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil.

    Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil.

    Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

    “Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus,” katanya.

    Irfan memberitahu, satu episod jangkitan dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

    “Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher,” katanya.

    Dia berkata, sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

    “Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut,” katanya.

    Lelaki ini menambah, semua penyakit itu disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

    Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit itu.

    Tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak. Abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.






  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Radang tonsil perlu dibuang

    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...
  • BioVCO

    Tonsil. 16. Wanita Mengandung. Serta banyak lagi. Bagus untuk mereka yang ... anda dan keluarga anda perlu mengambil MINYAK KELAPA DARA BioVCo.
  • Atasi Tonsil Bengkak

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Baca Lagi...

    Jangan biarkan jika anda mengalami Resdung !

    Salah satu punca penyakit resdung ialah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

    Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria. 

    Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

    Anda mungkin mempunyai Masalah Resdung apabila anda mengalami tanda-tanda atau masalah seperti :

    • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
    • Mengalami jerawat di muka dan badan
    • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
    • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
    • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
    • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
    • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
    • Nafas berbau
    • Sering mengalami hidung tersumbat


    Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi dan gatal hidung. Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. 

    Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

    Baca juga :



  • Penyakit Resdung atau Sinusitis

    Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdungadalah akibat jangkitan bakteria.
  • Penyakit Resdung

    Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk ... Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan ...
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

    sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa ...
  • Resdung | Penawar Resdung semulajadi

    Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara untuk ...





  • Baca Lagi...

    09 Jun 2015

    Cara atasi sakit kepala

    Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.

    Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 

    Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 

    Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.

    Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.


    • Kekurangan zat dan nutrisi 
    • Faktor keturunan 
    • Kesan pengambilan ubat-ubatan 
    • Wanita yang mengalami haid 
    • Terlalu banyak mengambil kafein 
    • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 

    Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

    • Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

    • Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

    • Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

    • Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

    • Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

    • Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

    • Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

    • Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

    • Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

    Baca Juga :

    Diet berkhasiat kurangkan Migrain



    Baca Lagi...

    05 Jun 2015

    7 Kebiasaan Penyebab anda mengalami Kegemukan

    Memiliki berat badan yang ideal merupakan impian semua orang. Kenyataannya, ramai antara kita yang mempunyai badan yang jauh dari ideal. Ada yang memiliki badan yang terlampau kurus atau terlalu gemuk. Kegemukan, banyak faktor atau kebiasaan hidup yang menyebabkannya.

    Salah satu kebiasaan penyebab kegemukan iaitu mengambil makanan berlemak dalam jumlah yang berlebihan. Namun bukan itu sahaja yang menyebabkan berlakunya kegemukan. Berikut adalah 7 kebiasaan buruk yang menyebabkan kegemukan : 

    # 1 Mengambil makanan yang rendah lemak dalam jumlah yang berlebih. Ini kerana iklan yang mempromosikan makanan bebas lemak atau rendah lemak. Sehingga kita tidak sedar telah mengambil makanan yang rendah lemakdalam jumlah yang berlebihan. Sehingga menyebabkan kegemukan tubuh.

    # 2 Melakukan program diet tanpa nasihat pakar. Dengan mengikut nasihat pakar pemakanan akan memberikan alternatif beberapa makanan yang di perlukan selama melakukan program diet tersebut. Ini membolehkan program diet yang anda lakukan sesuai dengan hasil yang anda harapkan.

    # 3 Kebiasaan yang ketiga ialah tidur yang tidak cukup pada waktu malam. Ini berlaku apabila kebiasaan tidur kurang dari 8 jam sehari setiap malam. Kurang waktu tidur malam anda akan mengakibatkan meningkatkan lemak berlebihan di tubuh anda. 

    # 4 Kebiasaan buruk berikutnya ialah mengambil atau meminum minuman dalam tin dalam kuantiti yang berlebihan. Dengan meminum satu atau dua tin sehari akan meningkatkan risiko kegemukan pada tubuh anda.

    # 5 Memiliki kebiasaan buruk dengan makan secara terburu-buru. Makan secara terburu-buru menyebabkan penambahan 66 kalori dalam tubuh seseorang dibandingkan mereka yang makan dengan perlahan-lahan.

    # 6 Kebiasaan buruk berikutnya ialah suka makan dengan banyak dan berlebihan tanpa menghiraukan kemampuan perut. Ini merupakan kebiasaan buruk yang jelas akan menyebabkan kegemukan dalam tubuh anda dalam waktu yang sangat singkat.

    # 7 Memiliki kebiasaan buruk berikutnya ialah hanya minum sedikit air terutama air putih. Air membantu membantu proses metabolisme dalam tubuh anda. Minum enam gelas air sehari mampu mengurangkan 50 kalori pada tubuh anda. Ia mampu menghindarkan anda daripada masalah kegemukan.


    Baca Juga :

    Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk

    Baca Lagi...