19 Mac 2014

Gejala anafilaksis boleh bawa maut

Mengalami bengkak pada muka, bibir dan sekitar mata, sukar bernafas, ruam kulit yang gatal termasuk tompok merah serta sakit perut memulas, mungkin petanda anak anda mengalami alahan terhadap makanan.

Paling teruk apabila alahan terhadap makanan boleh menyebabkan gejala anafilaksis - reaksi teruk yang berkait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan hingga boleh mendatangkan kematian. 

Gejala anafilaksis biasa-nya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan yang memberi alahan kepada anak. 

Menurut Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran, alahan berlaku disebabkan kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

“Alahan berlaku apabila sistem imun silap mengecam makanan, sekali gus merangsang sel pada badan untuk memberi tahu makanan yang diambil memberi bahaya kepada tubuh.

“Alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak biasanya dapat dikenal pasti seawal umur enam bulan iaitu ketika kanak-kanak di dedahkan kepada makanan pelengkap. Ada sesetengahnya akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. 

“Bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan makanan laut mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat,” katanya.


rawatan dan sihat tanpa ubat

0 comments: