19 Mac 2014

Atasi bahaya darah tinggi

Darah tinggi adalah penyakit yang sangat biasa dihadapi masyarakat kita hari ini. Menurut kajian, 32 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah darah tinggi dan 37 peratus dalam peringkat awal penyakit darah tinggi atau ‘pre-hypertension’.

Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, darah tinggi adalah keadaan tekanan darah sistolik melebihi 140mmHg dan tekanan darah diastolik melebihi 90mmHg dengan mengambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor.

Bagi pesakit yang menghidap masalah darah tinggi, doktor akan memberikan preskripsi ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Amal cara DASH Pesakit sebenarnya boleh mengawal darah tinggi dengan mengubah cara hidup dengan senaman dan makanan yang betul setiap hari. Terdapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan.

Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ‘Dietary Approach to Stop Hypertension’.

Dengan kaedah DASH ini pengambilan makanan yang rendah lemak, terutama lemak tepu (dari sumber haiwan) dan berkolesterol tinggi di samping itu makan makanan yang tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu (dairy) rendah lemak.


 Rawat dan sihat tanpa ubat

0 comments: