Migrain

Posted by BioVCO on 11:28 with No comments
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.




Categories: