18 Disember 2017

Makanan Terbaik Untuk Melawan Sakit Jantung, Strok, Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol

Makanan ini telah dinyatakan kehadirannya di dalam Al-Quran dan sunnah untuk memakannya. Kebaikannya sangat banyak dan ia sesuai dimakan tidak kira waktu dan hari. Jadi, janganlah keluarkan makanan ini hanya bila bulan Ramadhan sahaja.

Bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolestrol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, makanan ini sangat perfect untuk anda! Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan.

8 kesan baik kurma kepada kesihatan

1. Kaya dengan zat besi

Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

Zat besi juga sangat bermanafaat kepada sel darah merah dan hemoglobin yang mana keduanya penting dalam penyebaran oksigen dalam darah.

2. Kurma mengelak cirit birit (diarrhea)

Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

3. Kurma melegakan sembelit

Kurma mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

4. Kurma mengawal berat badan

Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolestrol.

Tetapi berhati-hati dalam memakannya kerana ia juga kaya dengan gula dalam masa yang sama.

5. Kurma mengimbangkan kolestrol

Kurma sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolestrol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

6. Kurma menguatkan jantung

Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau blender (untuk dimakan).

7. Kurma mengawal selia tekanan darah

Ramai di antara kita yang menderita hypertension (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Ambil 5 - 6 biji sehari, anda akan dapat 80 mg magnesium, yang mana mineral ini penting untuk peredaran darah . Kira-kira 370 mg magnesium diperlukan untuk menurunkan tekanan darah.

8. Kurma menghalang strok

Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.


0 comments: