Memaparkan catatan dengan label Alahan Bawa Maut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alahan Bawa Maut. Papar semua catatan

15 September 2014

Persekitaran bantu ‘suburkan’ alahan

Masalah alahan tidak seharusnya diambil mudah kerana ia bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan kepada seseorang, tetapi hakikatnya ia mencakupi keadaan kesihatan sistem pertahanan badan dalam ruang lingkup yang lebih meluas.

Malah, sekiranya alahan tidak dirawat, ia akan berkembang menjadi lebih kronik serta menjurus kepada masalah kesihatan lain seperti asma dan rinitis.

Ketika ini, penyakit yang disebabkan oleh masalah alahan meningkat secara mendadak di seluruh dunia, sama ada di negara maju atau sedang membangun dengan 30 hingga 40 peratus penduduk dunia kini menghidap satu atau lebih jenis alahan.

Peningkatan itu sememangnya memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah terbabit sejak dua dekad yang lalu. Ini kerana biarpun alahan boleh berlaku pada mana-mana usia, kanak-kanak golongan yang mudah terdedah kepada serangan alahan dengan 60 peratus daripada semua alahan yang ada muncul pada tahun pertama kanak-kanak terbabit.

Disebabkan masalah alahan sebenarnya tidak mempunyai ubat yang boleh memulihkannya, pencegahan sememangnya bentuk pertahanan terbaik, antara­nya melakukan pencegahan yang bermula ketika anak masih berada di dalam kandungan.

Pakar alergi dan imunologi klinikal, Dr Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, ramai orang mengambil mudah masalah alahan, malah menganggapnya perkara biasa yang akan berlalu seiring usia.

Menurutnya, alahan sebenarnya satu keadaan yang lebih serius daripada apa yang disangka apatah lagi masalah itu kini kian meningkat bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Jika 10 tahun lalu, masalah alahan yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia sekitar 15 peratus, kini masalah itu dilihat semakin banyak berlaku. Biarpun tidak ada angka rasmi daripada kajian dalam masa terdekat yang menunjukkan pertambahan masalah kesihatan itu, peratusan mereka yang berhadapan dengan alahan dilihat semakin meningkat.

“Ada yang menganggap apabila berlaku alahan, ambil saja ubat nanti semuanya akan baik, tetapi mereka perlu ingat, keadaan ini boleh berulang dan menjadi bertambah kronik,” katanya.

Sehubungan itu, pencegahan dari awal dititikberatkan terutama bagi bakal ibu bapa yang pernah mengalami alahan dan mempunyai sejarah keluarga berkaitan masalah itu biarpun ia mungkin sudah lama berlalu iaitu ketika mereka masih kanak-kanak.

Antara pencegahan awal yang boleh dilakukan bagi mengesan dan mengelak kemungkinan alahan adalah mengetahui sejarah kesihatan keluarga supaya langkah bersesuaian dapat diambil.


  • Alahan terhadap makanan

    Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap ...
  • Memahami alahan | Alahan

    Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia ...
  • Pencetus alahan

    Pencetus alahan Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang ...
  • Alahan Bawa Maut

    Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada ...
  • Alahan bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

    ... perubahan aktiviti. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.
  • [ #Alahan teruk ] Alahan

    Alahan teruk ] Alahan dalam bahasa Inggerisnya, #allergy bermaksud perubahan aktiviti. Terjadinya alahan kerana tindak balas #hipersensitif yang...
  •  Beli produk

  • Baca Lagi...

    30 April 2014

    Alahan Bawa Maut


    ADA orang menganggap alahan bukan perkara yang sangat membimbangkan, tetapi mereka tidak tahu perkara ini sebenarnya boleh membahayakan nyawa jika tidak dihiraukan atau dipandang remeh.

    Apabila seseorang mengalami alahan, perkara yang sering ditanya ialah makan apa semalam? Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan berlakunya masalah ini. Selain makanan, ada orang yang alah pada logam, nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.

    Kes Azlina Saian, 34, yang meninggal dunia selepas digigit serangga, adalah contoh yang menunjukkan alahan tidak boleh dianggap masalah ringan kerana ia boleh membawa maut jika lewat mendapat rawatan.

    Ada pendapat mengatakan, sebenarnya hampir semua orang mengalami alahan terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar kepada individu berkenaan.

    Alahan yang sedikit boleh diatasi dengan cara menghindari faktor penyebab atau alergen, tetapi individu yang mengalami alahan melampau (akut atau dipanggil anafilaksis) perlu lebih berwaspada.

    Tindak balas badan individu yang mengalami alahan melampau berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan.

    Bagaimanapun, bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema.

    Baca Lagi...