Memaparkan catatan dengan label Sembelit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembelit. Papar semua catatan

12 September 2015

Mengatasi masalah sembelit

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)


Mengatasi masalah sembelit

Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...

Gastrik Sakit gaya hidup

Antara gejala lazim yang dialami adalah sakit pada bahagian hulu hati dan pedih hingga naik ke bahagian dada, loya, muntah, kadangkala sembelit dan cirit ...

Bahaya darah dalam najis

Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa ...

Awasi masalah penghadaman

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh ...

Buasir

Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, ...

Buasir usah biar melarat

Menurutnya, antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan ...

Seribu guna menyimpan seribu rahsia

kesan demam campak dan cacar air; mengurangkan risiko dan kesan lelah; mengurangkan risiko dan kesan buasir; mengurangkan risiko dan kesansembelit ...
Baca Lagi...

14 Ogos 2015

Sembelit penyebab buasir

Buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. 

Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. 

Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal. Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.


Sembelit 

Sembelit menyebabkan buasir. Elak sembelit dan buasir dengan mengambil banyak sayur dan buah-buahan. Sembelit menyebabkan ketidakselesaan sistem ...

Sembelit kronik

Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...

Mengatasi masalah sembelit 

Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...

Perit sembelit

SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya gangguan yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas.

Testimoni sembelit Pengguna BioVCo

Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri melalui email kepada pihak ...

Baca Lagi...

05 Disember 2014

Berapa lama anda dah SEMBELIT?

Anda mengalami SEMBELIT?

7 Jenis Makanan Untuk Atasi Sembelit

1. Betik ~ Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. Strawberi ~ Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Timun ~ Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

4. Kucai ~ Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

5. Pisang ~ Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang.

6. Ciku ~ Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

7. Lobak Merah ~ Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.

Baca "Punca dan Masalah SEMBELIT"
bit.ly/Punca_sembelit

********************************
BERAPA lama anda tak buang air BESAR?

ANDA DAH CUBA BERBAGAI KAEDAH RAWATAN?
Untuk masalah SEMBELIT anda atau keluarga anda

Bagaimana untuk mengatasi masalah 
SEMBELIT dan kekal SIHAT secara
Semulajadi dan TERBUKTI berkesan

BioVCo PENAWAR masalah kesihatan
anda secara SEMULAJADI

********************************
Saya mengucapkan terima kasih kepada 
pihak BioVCo. Sebelum ini saya mengalami 
sembelit & kulit kering. Selepas 
mengunakannya alhamdulillah saya senang 
ke tandas dan kulit pun sudah tak kering.

Terima Kasih BioVCo

Norita binti Saibon
Sungai Petani
Kedah

********************************

Saya dah gunakan BioVCo dalam 4 
bulan dan hasil yang saya dapati

1. Mengurangkan Berat badan saya sebanyak 7kg
2. Lawas dalam pembuangan air besar
3. kulit muka lebih putih dan bersih
4. Yang penting badan sihat, ringan dan bertenaga

Siti Aisha bt Melan
Batu Berendam
Melaka

********************************
Saya telahpun menerima barang tempahan 
saya. Begitu effektif & tidak perlu 
menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran 
dibuat, saya menerima barang tempahan 
pada keesokkan harinya.

Raja Noor Ima bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
********************************

2 botol (150ml x 2) RM68 SM / RM78 SS

Saya nak bagi FREE Postage. SILA

☛ Hantar "SMBG2" dan SMS/Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco

***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : admin@biovco.com
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
***************************************
Baca Lagi...

19 September 2014

Jangan Abaikan Sembelit

Apabila sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.


  • Punca serta masalah Sembelit | Sembelit

    masalah sembelit Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan ...
  • Info Kesihatan : Sembelit kronik

    Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...
  • Mengatasi masalah sembelit

    Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...
  • Perit sembelit

    SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya gangguan yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas.
  • Masalah sembelit kronik

    Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...
  • Masalah dan tip mengelak sembelit

    Masalah dan tip mengelak sembelit Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan ...
  • Masalah Sembelit

    Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidaksembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya ...
  • Baca Lagi...

    25 Disember 2010

    Sembelit

    Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

    Tanda dan Gejala

    Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

        * Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
        * Perut kembung, kejang atau sakit.
        * Kurang selera makan.
        * Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
        * Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

    Sebab-Sebab

    Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

    Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

        * Kurang serat dalam diet.
        * Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
        * Pengubatan.
        * Susu.
        * Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
        * Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
        * Penyalahgunaan julap.
        * Menahan untuk membuang air besar.
        * Kekurangan air.
        * Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
        * Masalah dengan kolon dan rektum.
        * Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

    Komplikasi

    Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

    Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

    Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

    Rawatan

    Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

    Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

        * Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
        * Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
        * Anda dalam kesakitan.
        * Anda mendapati najis anda berdarah.

    Pencegahan

    Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

        * Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
        * Minum banyak air.
        * Lakukan senaman secara berkala.
        * Jangan menahan untuk membuang air besar.
        * Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
        * Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.


    Baca Lagi...