Memaparkan catatan dengan label hormon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hormon. Papar semua catatan

24 Julai 2018

Hormon stabil kurang risiko penyakit


JANGAN terpengaruh dengan makanan tambahan atau suplemen yang memberi kesan segera kerana ia mungkin mengandungi bahan aktif yang merangsang otak.

Bahan aktif seperti itu memberi kesan segar, membuat badan berpeluh dan bertenaga pada percubaan kali pertama. Ini menjadikan pengguna teruja untuk membeli.

Taktik sedemikian banyak diguna pakai dalam penghasilan makanan tambahan kerana membantu melariskan produk. Setelah digunakan banyak kali kesan positif tersebut akan bertukar menjadi negatif. Rasa segar mula digantikan dengan mengantuk dan lesu. Seseorang mungkin berasa moodnya merosot atau tidak selesa dengan penggunaan ubat itu.

Baca artikel penuh : 



Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

25 November 2009

Hipotiroidisme penyakit rahsia



Bagaimana jutaan orang di seluruh dunia boleh menderitai penyakit hipotiroidisme sedangkan dalam masa yang sama, mereka langsung tidak menyedarinya? Itulah hakikatnya. Hipotiroidisme merupakan sejenis gangguan tiroid yang paling kerap ditemui, yang terjadi apabila aktiviti kelenjar tiroid kurang berbanding normal.

Sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan tiroid iaitu sejenis kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang terletak pada pangkal leher, bawah sedikit daripada halkum anda.

Kelenjar tiroid terdiri daripada dua lobus, satu pada setiap sisi trakea yang disambungkan oleh satu ismus atau segenting. Ia merembeskan hormon tiroid yang diperlukan bagi proses metabolik dan mental yang normal, juga perkembangan fizikal anda.

Terdapat dua jenis hormon tiroid iaitu triiodotironin (T3) dan tiroksina (T4). Keseluruhan aspek metabolisme anda – dari degupan jantung membawalah ke berapa cepat kalori dibakar, semuanya mempunyai kaitan langsung dengan hormon yang berperanan besar terhadap fungsi tubuh ini.






Baca Lagi...