Memaparkan catatan dengan label jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jantung. Papar semua catatan

09 Ogos 2018

10 Tips Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko anda mendapatkan penyakit jantung :

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Selain itu,aktiviti lain boleh juga di amalkan seperti berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Bagi suri rumah pula,berkebun atau melakukan kerja-kerja rumah dapat menyihatkan jantung anda.
Senaman dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana: 
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
  • Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
2. Makan secara teratur dan seimbang
3. Kekalkan berat badan unggul
4. Tidak merokok
5. Menangani tekanan perasaan
6. Mengawal tekanan darah
7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
8. Mengawasi paras kolesterol
9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.
Betapa berharganya nilai organ jantung ini untuk kelangsungan hidup, maka segeralah perbaiki gaya hidup anda agar tetap sihat. Sayangi Jantung Anda.

Baca Lagi...

23 Julai 2018

Jantung bengkak lemah


KITA sering mendengar istilah jantung bengkak. Keadaan ini selalunya dikesan selepas seseorang itu menjalani ujian sinar-X dada.

Ia mungkin dikesan kebetulan di mana seseorang itu cuma menjalani ujian kesihatan saringan atau ada masalah lain daripada jantung atau mungkin dikesan terhadap seseorang yang mengalami gejala atau simptom disebabkan masalah jantung bengkak.

Masalah jantung bengkak dinamakan dilated cardiomyopathy. Ia keadaan di mana jantung menjadi lemah dan besar dan akibatnya tidak dapat mengepam cukup darah ke seluruh badan. 

Simptom masalah ini ialah seseorang pesakit mengalami penat atau susah bernafas. Pada permulaannya, kesukaran bernafas terjadi ketika seseorang individu itu bekerja berat atau bersenam tetapi lama kelamaan ia menjadi lebih serius sehingga menyebabkan sukar bernafas ketika rehat.

Pesakit juga boleh mengadu susah bernafas apabila baring terlentang atau terpaksa bangun secara tiba-tiba di tengah malam kerana penat. Pesakit jantung bengkak juga boleh mengalami bengkak kaki dan kembung perut disebabkan pengumpulan air di bahagian itu.

Ada beberapa sebab jantung menjadi bengkak dan lemah. Faktor utama ialah penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung atau myocardial infarction.

Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan bahagian otot jantung yang terbabit tidak berfungsi atau menjadi parut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi jantung keseluruhannya.

Baca artikel penuh : 

Baca testimoni pengguna :


@biovco
@infokesihatan
Baca Lagi...

12 Ogos 2015

Diabetes penyebab jantung koronari

RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Namun, mungkin ramai tidak tahu kencing manis antara penyebab utama penyakit jantung koronari. Diabetes juga boleh mengakibatkan strok, kegagalan fungsi buah pinggang, gangguan penglihatan, gangren di kaki, mati pucuk (ED) dan gangguan urat saraf.

Diabetes adalah satu penyakit di mana jumlah hormon insulin yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas berkurangan atau tindakan hormon itu kurang berkesan.

Insulin yang ada tidak berupaya membantu pergerakan gula ke dalam sel badan, lantas tidak dapat mengawal keseimbangan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Tanda dan gejala awal kencing manis ialah kerap kencing (siang dan malam), dahaga dan minum dengan banyak, senang penat, berat badan turun mendadak dan luka lambat sembuh. Baca selanjutnya


Diabetes Jantung Sihat 

Penyakit jantung dan diabetes dua penyakit bahaya. Pengidap diabetes berisiko 2 ke 4 kali ganda untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan jantung.

Diabetes punca utama buta

Diabetes punca utama buta Minyak Kelapa Dara PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seorang penduduk dunia akan menjadi buta ...

Diabetes sebabkan mati mengejut 

Diabetes sebabkan mati mengejut KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ...

Mengandung dan kencing manis 

Mengandung dan kencing manis Minyak Kelapa Dara KENCING manis atau diabetesmerupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah ...

Kencing Manis punca penyakit kronik lain

Fenomena diabetes di negara kita tidak jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat.

Penjagaan pesakit diabetes 

KALAU dulu sebut pasal diabetes atau kencing manis kurang menimbulkan rasa cemas kerana belum ramai yang menghidapinya.
Baca Lagi...

27 November 2014

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG

1. Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.

2. EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.

3. WALNUT (45%).

4. MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.

5. KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.

6. OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Baca Lagi...

21 September 2014

5 Amalan Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, langkah permulaan untuk menanganinya perlu dilakukan agar tekanan darah tinggi dapat diturunkan, cuba amalkan tip-tip berikut:

[1] Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Mengurangkan berat 3kg pun sudah memberikan kesan yang ketara didalam kehidupan anda.

[2] Bersenamlah dengan kosisten. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga membantu mengurangkan berat badan.

[3] Kurangkan pengambilan garam. Garam umpama pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 sudu teh garam mengandungi 2.3g!

[4] Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

[5] Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai stres kronik, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.


  • Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi

    Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi APABILA jantung anda mengepam darahmenerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat ...
  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi 

    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan ...
  • Tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Darah tinggi Membunuh secara senyap

    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
  • Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap

    SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi diabaikan ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat ...
  • Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

    MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi ...
  • Darah Tinggi - Sekali ubat diambil, ia adalah

    Hasil kajian mengenai darah tinggi yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu ... "Bacaan normal untuk tekanan darah tinggi ialah 120/80 dan pada tahap itu ...
  • Baca Lagi...

    15 Mac 2011

    Kaitan sakit ginjal, jantung

    10 Mac, adalah Hari Ginjal Sedunia. Malangnya, tidak ramai yang menyedari tarikh yang menjadi sebahagian kempen kesedaran peri pentingnya organ utama itu kecuali individu itu adalah penghidap atau mempunyai rakan atau ahli keluarga yang menghidap penyakit ginjal atau buah pinggang berkenaan.

    Namun berbanding penyakit kronik lain, hakikatnya masih ada harapan bagi pesakit ginjal atau buah pinggang ini untuk meneruskan kehidupan. Ini kerana, apabila seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang, pilihan rawatan yang boleh dijalani termasuk haemodialisis, peritoneal dialisis dan pemindahan ginjal.

    Bagaimanapun, majoriti kes menyaksikan pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana pusat dialisis seumpamanya mudah didapati selain kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi.
    Sebelum ini, rawatan haemodialisis yang standard adalah empat jam tiga kali seminggu, bagaimanapun keadaan pesakit kini lebih berbeza kerana ada yang turut menghidap penyakit sampingan seperti masalah jantung.

    Malah, bagi pesakit yang menerima rawatan dialisis, kegagalan fungsi buah pinggang turut menjadi penyebab utama penyakit jantung jika dialisis yang diterima tidak mencukupi. Atas kesedaran serta kaitan antara ginjal dan jantung, sambutan Hari Ginjal Sedunia tahun ini bertemakan ‘Lindungi Ginjal, Selamatkan Jantung.’

    Perlu diingat, kehadiran penyakit jantung itu hanya merumitkan lagi proses rawatan dialisis kerana haemodialisis (HD) konvensional tidak lagi selamat atau sesuai. HD boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung sama seperti kesan apabila berlari menaiki tangga.

    Di sinilah, keperluan perlu diubahsuai mengikut kesesuaian dan apakah pilihan dialisis yang ada bagi pesakit jantung disebabkan oleh kekurangan dialisis.
    Ketua Jabatan Nefrologi dan Khidmat Pemindahan Ginjal Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Tan Si Yen, berkata HD konvensional sudah mencapai tahap maju dan selamat namun masih tidak sesuai untuk pesakit jantung kerana rawatan ini yang dijalankan ke atas pesakit jantung akan memberi kesan tekanan rendah atau serangan jantung.

    “Atas dasar itu HD konvensional diubahsuai bagi memastikan dialisis yang diterima mencukupi bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan mengelakkan tekanan berlebihan pada jantung, ini boleh dilakukan dengan menjadikan rawatan dialisis lebih menyerupai fungsi buah pinggang sebenar,” katanya, ketika ditemui baru-baru ini.

    Hemodiafiltrasi (HDF) adalah alternatif kepada kaedah konvensional dengan penambahan sejenis komponen penapis khusus. Penapis khas yang berfungsi seperti ginjal ini membolehkan rawatan HDF lebih diterima jantung. Biarpun cukup popular di negara maju, kosnya yang tinggi sukar didapati di negara membangun.

    Dengan kos dua kali ganda lebih tinggi berbanding HD konvensional, ia turut memerlukan mesin hemodialisis yang lebih berteknologi tinggi di samping perlu menggunakan bekalan air osmosis berbalik (RO Water) berkualiti tinggi.

    Alternatif lain adalah HD nokturnal (dialisis waktu malam) harian yang mana pesakit akan menjalani dialisis selama lapan jam sepanjang malam selama enam hari. Dengan tempoh dialisis lebih panjang, kadar aliran darah boleh menjadi serendah 150 mililiter seminit dan kadar aliran cecair lebih rendah yang boleh mengurangkan tekanan ke atas jantung.

    Jelas Dr Tan, kestabilan tekanan darah adalah salah satu elemen penting HD nokturnal terutama kepada pesakit yang mengalami masalah jantung.

    “Tempoh dialisis yang lebih lama menjadikannya lebih efektif dan kebanyakan pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat antihipertensi, ubat menurunkan kolesterol dan bagi mengawal tahap haemoglobin kerana hanya dos rendah erythropoietin diperlukan. Pesakit juga mendapat manfaat dari segi nutrisi kerana rawatan dialisis ini lebih berkesan.

    “Malah, risiko kemasukan wad akibat jangkitan mahupun komplikasi penyakit jantung juga berkurangan. Aktiviti harian pesakit juga tidak lagi terganggu terutama pesakit yang bekerja mahupun yang masih belajar. Dengan itu kualiti hidup pesakit dapat diperbaiki seiring dengan meningkatnya mutu perawatan klinikal,” katanya.

    Walau bagaimanapun, faktor kekangan utama adalah kos dan kekurangan peralatan berkaitan. Selain kos perubatan ia juga perlu ekonomikal dari segi logistik memandangkan pesakit perlu bermalam di hospital.

    “Justeru, sebagai hospital pertama di Malaysia yang memiliki peralatan ini biarpun jumlah penggunanya masih kecil, kami percaya ia menjadi batu loncatan kepada pelbagai lagi rawatan dialisis yang boleh ditawarkan kepada lebih ramai lagi pesakit warga tempatan.” katanya.

    Masih tunggu derma buah pinggang

    REMAJA comel, Chin Xian Tong, 14, terpaksa akur dengan nasib yang tersurat baginya sejak disahkan mengidap masalah kegagalan ginjal dan jantung beberapa tahun lalu.

    Bukan saja tidak dapat menjalani kehidupan normal yang aktif seperti remaja lain, hampir setiap malam dia terpaksa menjadi penginap setia Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng, di ibu negara, bagi menjalani rawatan dialisis nokturnal untuk memastikan kelangsungan hidupnya.

    Alah bisa tegal biasa, sejak lima bulan lalu, pelajar Sekolah Menengah Puteri Ampang ini akan dihantar bapa, nenek atau kadangkala datang sendiri untuk menjalani rawatan dialisis nokturnal yang bermula dari jam 10 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.

    “Biasanya sebelum ke hospital saya akan pastikan semua kerja rumah dan tugasan yang perlu disiapkan lebih awal di rumah. Hanya itu saja masa yang ada untuk bermain dengan adik lelaki, bersembang dan meluahkan perasaan dengan anggota keluarga,” katanya yang sebelum ini mendapatkan rawatan di beberapa hospital lain.

    Selepas lima bulan mendapat rawatan di situ, anak sulung dua beradik ini mengakui keadaan kesihatannya secara keseluruhan bertambah baik. Malah aktiviti persekolahan juga menjadi lebih teratur berbanding sebelumnya.

    “Dulu saya tidak dapat menumpukan perhatian dan sering ketinggalan dalam sukatan pembelajaran kerana sesi rawatan dialisis yang dijalankan tidak menentu dan sering bertembung dengan waktu persekolahan.

    “Kini bukan saja waktu persekolahan terurus, malah saya merasa lebih sihat, segar dan berat badan juga semakin bertambah,” jelasnya yang hanya boleh minum 1.5 liter air dan mengelak makan durian, anggur, belimbing dan kentang.

    Chin juga berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah yang sangat memahami keadaan dirinya selain sering mendorongnya agar tidak mudah patah semangat.

    “Apa yang perlu saya buat ialah menjaga semua aspek kesihatan, dengan mendisiplinkan diri dan berharap apabila tiba masanya nanti, ada organ yang sesuai supaya saya tidak perlu bergantung kepada mesin dialisis lagi,” katanya yang bercita-cita menjadi chef profesional satu hari nanti.

    Di sebalik harapannya, Chin juga amat optimis apabila enggan menjadikan penyakitnya sebagai halangan meneruskan kehidupan.

    “Tidak adil untuk merungut dan menyesali keadaan diri ini. Mungkin ada sebabnya di atas apa yang berlaku. Apa yang penting, sebagai peringatan kepada semua, hargailah kesihatan diri dan organ utama kita,” katanya.

    Info: Rawatan haemodialisis waktu malam

        * pesakit perlu menginap di hospital dari jam 10 malam hingga 6 pagi
        * pesakit juga boleh terus membuka sambungan mesin jika mahu ke tandas dan menyambung semula sebaik selesai.
        * pesakit yang punya masalah tidur sebelum ini mengakui tidur lebih nyenyak dan berkualiti selepas menggunakannya.



    Baca Lagi...