24 Jun 2015

Darah tinggi penyakit seumur hidup

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.

Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.

“Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya.

Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.

Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut.

“Darah tinggi memang tiada sebarang gejala. Namun, jika tidak dibendung daripada awal, seseorang boleh terkena serangan atau kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang,” katanya.


  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
  • Baca Lagi...

    21 Jun 2015

    Masalah jerawat

    JERAWAT! Malunya hendak keluar, apa nak buat ini? Mungkin lebih baik menyorok saja di rumah supaya orang lain tidak nampak kesan cela yang ketara pada wajah. Tetapi sampai bila perlu berbuat demikian dan sanggupkah memerap diri selama 24 jam di rumah?

    Reaksi yang memperlihatkan rasa tidak senang hati dan kerunsingan seperti itu sememangnya berlaku pada sesetengah remaja baru hendak melangkah ke alam dewasa serta sering beranggapan, masalah jerawat sesuatu amat memalukan. 

    Realitinya, hampir setiap remaja bimbang mereka akan mendapat jerawat apabila menginjak akil baligh. Sehinggakan, sebutir jerawat yang ada pada wajah boleh menyebabkan mereka mengalami masalah emosi begitu teruk.

    Baca artikel penuh ~ KLIK DISINI

  • Jerawat - Jangan pandang remeh

    Jerawat - Jangan pandang remeh SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang ...
  • Masalah Jerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • Baca Lagi...

    Makanan Yang Boleh Bantu Menurunkan Berat Badan

    Penurunan berat badan bukan hanya bergantung kepada senaman ringan, pemakanan yang sihat, pengambilan supplement semata-mata. Tapi tahukah anda, ada beberapa makanan yang dilihat seperti "tidak sihat", tetapi membantu anda untuk menurunkan berat badan?

    TELUR
    ☕ Kajian menunjukkan pengambilan sebiji telur setiap hari adalah selamat dan bernutrisi
    ☕ Makan telur pada waktu sarapan kerana telur kaya dengan protein yang ambil masa untuk digest, oleh itu perut akan rasa sentiasa kenyang, dan anda akan kurang makan selepas itu

    STIK
    ☕ Pakar kesihatan menyarankan untuk kita mengurangkan pengambilan daging merah
    ☕ Stik tidak selalunya "jahat", jika diambil pada kadar dan cara yang betul (potong daging tanpa lemak), ia dapat membantu mengurangkan berat badan
    ☕ Kenapa? Sebab stik juga adalah protein
    ☕ Makan stik yang banyak protein dan kurang lemak, antaranya tenderloin, sirloin.. tetapi limitkan pengambilan sebesar tapak tangan sahaja

    PASTA
    ☕ Kajian menunjukkan orang yang mengambil makanan berasaskan gandum sehari lebih cenderung untuk kurus dan mengekalkan berat badan yang sihat
    ☕ Dan kajian yang lain juga menunjukkan bahawa mereka yang makan makanan bijirin penuh boleh membantu membakar lemak di perut

    KACANG
    ☕ Kacang adalah tinggi protein, nutrien, dan serat. Ia membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
    ☕ Pengambilan kacang mungkin akan menambahkan lemak dalam badan, tetapi ia adalah lebih baik daripada makan kuih atau biskut yang lebih manis
    ☕ Dalam satu kajian, mereka yang makan segenggam kacang setiap hari adalah lebih langsing

    KEJU
    ☕ Kajian menunjukkan badan kita akan lebih membakar lemak apabila badan kita cukup kandungan kalsium
    ☕ Jadi, anda boleh makan keju rendah lemak, yogurt, dan susu yang boleh membantu mengurangkan berat badan
    ☕ Makanan tenusu kaya dengan protein dan bantu anda untuk rasa lebih kenyang

    Jadi, untuk anda yang ingin kurangkan berat badan, anda boleh cuba tips ini. Secara ringkasnya, pengambilan protein semasa sarapan boleh membantu anda untuk rasa lebih kenyang, dan anda akan kurang makan selepas itu. 


  • Info Kesihatan : Menurunkan berat badan

    Kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.
  • 1.7 juta berdepan obesiti

    Oleh itu berat badan terkawal dan anda tidak perlu makan banyak dan kerap. Minyak kelapa dara BioVCo membantu mengurangkan kandungan lemak badan.
  • Jerawat Rujuk pakar kulit untuk selamat

    ''Kita masih boleh kelihatan cantik jika aspek kesihatan diambil berat seperti mengambil makanan seimbang dan mengawal berat badan agar tidak obes,” ...
  • 9 Cara Turunkan berat badan

    Untuk menurunkan berat badan, ada trik agar nafsu makan Anda berkurang dan merasa lebih cepat kenyang. Ingin tahu? Cuba lakukan beberapa cara berikut :.
  • Cara mengawal berat badan

    Cara mengawal berat badan | minyak kelapa dara biovco ... mengenai individu obes mengurangkan berat badan secara sihat membakar semangat orang ramai.
  • BioVCO - Timeline Photos | Facebook

    MASALAH BERAT BADAN NAIK Saya mencuba BioVCo untuk menurunkan berat badan saya yang sebelum ini 78 kg, Alhamdulillah setelah 4 bulan ...
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut ... 542Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO).
  • Baca Lagi...

    20 Jun 2015

    Ikan baik untuk jantung

    Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.

    Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.

    Makanan laut adalah makanan yang baik dalam Islam dan sangat istimewa kerana semua makanan laut adalah halal, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, Rasulullah bersabda mengenai laut: “Airnya menyucikan dan halal bangkainya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dan Abu Dawud) Jelas di sini terbukti bagaimana benarnya sabda Nabi yang mempunyai rahsia dan hikmah yang akhirnya terbukti secara saintifik.

    Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung amat rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar Amerika Syarikat dan Eropah. Sedangkan diet pemakanan masyarakat Eskimo ini amat tinggi dengan lemak dan minyak walaupun mereka amat kurang makan sayur-sayuran. Selepas kajian dijalankan didapati kandungan makanan orang Eskimo ini amat tinggi dengan asid lemak Omega 3.

    Pemerhatian serupa bagi penduduk di Okinawa, Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung lebih rendah. Hasil kajian juga mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong dengan banyak. Kajian saintifik pula membuktikan bahawa makanan laut ini amat kaya dengan Omega 3.

    Ikan mempunyai banyak lemak di dalamnya. Kadang-kadang kita terlalu takut dengan istilah ‘lemak’ hingga kita menyangka semua lemak adalah sama dan boleh meningkat paras kolesterol. Sebenarnya, lemak ikan contoh lemak yang ‘sihat’ dan amat baik untuk kesihatan. Kajian membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

    Omega 3 menurunkan paras trigliserida, kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, Omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian cara pemakanan sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.

    Bukti kajian sains tentang ikan dan kesihatan jantung Banyak kajian menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung. Dalam satu laporan diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada 1997, pengkaji mendapati dengan pengambilan Omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25%-30%.

    Satu kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study 2. (The Diet and Reinfarction Trial), mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

    Oleh kerana bukti saintifik semakin banyak dikumpulkan, maka FDA di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kesan Omega 3 (EPA dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. Ia juga membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

    Makanlah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain. Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolesterol.

    Jika anda memilih untuk makan ikan, cara masak juga mempengaruhinya paras kolesterol menurut pakar pemakanan. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’ (deep fry) atau anda menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan Omega 3 menurunkan paras kolesterol.

    Cara masakan lebih baik adalah dengan cara memanggang, merebus, menggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. Jika memilih untuk menggoreng, maka gorenglah dengan miyak yang sedikit. Penggunaan minyak zaitun sebagai minyak masak juga amat membantu menurunkan paras kolesterol.

    Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik menurunkan paras kolesterol.

    Berapa banyak ikan yang perlu dimakan? Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan yang baik adalah makan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. Cara terbaik ialah makan ikan yang kita suka. Makan ikan yang lebih kecil saiznya juga adalah baik kerana mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutama ikan lebih besar seperti ikan tuna dan ikan jerung.



    1. Lima tanda sakit jantung

      Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan.
    2. Penyakit jantung tak kenal usia

      DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak ...
    3. Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Penyakit Jantung

      Makan tu tak boleh, makan ni tak boleh.. nanti sakit jantung, kene strok.. santan bahaya, kolesterol tinggi! Semua lantunan komen itu membantutkan pilihan ...


    4. Petua elak darah tinggi, sakit jantung

      Petua elak darah tinggi, sakit jantung Kemajuan manusia membuatkan kita kini mempunyai jangka hayat lebih panjang selain melalui proses penuaan dengan.
    5. 6 Makanan mengelak Sakit Jantung

      Info Kesihatan : Penyakit jantung tak kenal usia -BioVCO.com ... Sakit jantung pembunuh nombor satu - BioVCO.com .
    6. MENGAPA SAYA MINUM MINYAK KELAPA DARA BIOVCO

      6 Mac 2014 - •Minyak VCO jenama BIOVCO adalah 100 % organik, insyaallah ... ( ubat penstabil rentak jantung ) dan Proponolol ( ubat yang biasa diambil ...
    7. Punca penyakit jantung

      Asap rokok dikenalpasti penyebab utama sakit jantung. ... Testimoni pengguna : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html TESTIMONI ...
    8. CINTA ACI BEAUTY CORNER: Produk BIOVCO

      Mengurangkan risiko penyakit jantung kelebihan minyak kelapa dara Merangsang metabolisme kelebihan minyak kelapa dara Menyokong fungsi tiroid
    9. Pengurangan kolesterol redakan risiko

      Pengurangan kolesterol redakan risiko sakit jantung PENYAKIT 


    Baca Lagi...

    Kekal muda di usia tua

    RAMAI wanita risau apabila semakin mendekati usia menopaus. Menopaus sebenarnya adalah permulaan era dalam hidup wanita yang menandakan anda semakin matang. Bagi wanita Islam, ada lebih banyak masa mendekatkan diri dengan Allah dan boleh beribadat dengan tenang kerana tiada keraguan mengenai haid.

    Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian menunjukkan satu peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca yang boleh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi dan menerima rawatan kemo atau radioterapi (untuk rawatan kanser). 

    Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh pada wanita iaitu daripada rambut hingga hujung kaki kerana ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina. 

    Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yang sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak dan ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus dan emosi yang kadangkala tidak menentu kerana ia di luar kawalan wanita.

    Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini boleh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan dan berperingkat.

    Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana satu pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus. 

    Inilah sebabnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas. 

    Sememangnya ada banyak perkara baru yang perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antara yang disentuh dalam artikel pendidikan Berita Menopos (Oktober - Disember 2010) terbitan Persatuan Menopaus Malaysia ialah saringan kesihatan untuk: 

    Payudara – Risiko mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan sendiri payudara di rumah. 

    Tekanan darah – Pada usia begini, tekanan darah memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan. Tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit jantung. 

    Tahukah anda, selepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tidak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan dan membuatkan anda nampak muda. 

    Paras gula darah – Tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis digelar penyakit tiga serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Berhati-hati jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis kerana anda juga berisiko tinggi mendapatnya. 
    Namun amalan gaya hidup sihat dapat membantu anda menjauhi masalah ini. 

    Kelenjar tiroid – Jika anda berumur lebih 50 tahun dan sering berasa sejuk, sengal, mengalami sembelit dan berat badan mudah naik, berbincanglah dengan doktor sama ada anda memerlukan ujian masalah kelenjar tiroid. 

    Gigi dan gusi – Kajian menunjukkan keradangan gusi ada kaitan dengan penyakit jantung dan kencing manis. Buat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Ingat, kehilangan gigi akan membuatkan kita nampak lebih cepat tua! 

    Telinga – Ramai wanita mula mengalami masalah pendengaran selepas berumur 50 tahun. Jadi usah bertangguh untuk jalani pemeriksaan telinga terutama jika pendengaran anda agak terganggu akhir-akhir ini. 

    Mata – Jalani pemeriksaan mata setiap tahun jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap dan dua tahun sekali bagi yang tiada masalah rabun. Wanita lebih mudah mengalami masalah mata kerana lebih berisiko mendapat sindrom mata kering dan penyakit auto imun yang membabitkan mata. 

    Kulit – Kerap periksa badan sendiri. Cuba perhatikan jika ada tanda aneh atau tahi lalat yang luar biasa kerana ia mungkin menandakan kehadiran kanser. 

    Emosi – Ini masalah paling lazim yang dialami wanita menopaus. Ramai yang mengalami masalah kemurungan yang disebabkan banyak faktor seperti ketidakstabilan hormon, perubahan hidup, sindrom kesunyian (selepas anak-anak besar dan tinggal berasingan), perasaan hilang identiti diri dan sebagainya. 

    Jika anda turut mengalami masalah ini, dapatkan bantuan kaunselor dan luangkan masa untuk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup anda terisi.


  • TESTIMONI Pengguna haid

  • TESTIMONI Pengguna haid. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Kitaran haid terganggu

  • Setiap wanita yang memasuki usia puberti akan mengalami haid pertama yang disebut menarki (menarche). Mengalami haid pada usia 15 tahun masih ...
  • Kitaran haid tidak teratur?

  • Dalam satu kitaran haid, beberapa folikel akan membesar dan satu daripadanya akan matang. Folikel yang matang biasanya berukuran 18 hingga 25 mm.
  • Foto Kronologi

  • [ 9 Punca haid lewat ] [1] Tidak sihat. Pengambilan ubat2an akibat sering sakit atau badan tidak sihat boleh mempengaruhi haid. [2] Penurunan berat...
  • Kitaran haid tidak teratur?

  • Kitaran haid tidak teratur? Ada perdarahan sedangkan bukan masanya datang bulan? Boleh jadi anda mengalami sindrom Ovari Polisistik. Polisistik ovari...
  • Penyakit Tiroid

  • penyakit bengkak kelenjar tiroid TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum.
  • Penyakit Tiroid

  • Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...
  • TESTIMONI Pengguna tiroid

  • TESTIMONI Pengguna tiroid. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Penyakit Tiroid

  • APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus.

  • Baca Lagi...

    19 Jun 2015

    Berpuasa untuk sihat

    MEMANG ramai orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan Islam mencuba kaedah berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit mereka.

    Secara analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu jugalah dengan organ perut manusia.

    Setelah bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa.

    Cuma apakah teknik atau cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat tubuh sihat dengan berpuasa? Dan bolehkah mengambil kesempatan mencapai hajat tersebut dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadan?

    Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan berkata sebaiknya dalam kita berpuasa pastikan tubuh mendapat semua keperluan nutrien berpandukan piramid makanan di samping mengawal pengambilan kalori atau tenaga mengikut kepada kesesuaian badan kita.

    "Sebagai contoh pengambilan nasi yang sepatutnya untuk orang yang sihat dengan kuantiti tiga senduk paras manakala bagi yang berlebihan berat badan pula dua senduk paras.

    "Jangan tinggalkan sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan juga berbuka. Manakala pengambilan lauk-pauk juga perlu dikawal kuantitinya dan amalkan cara masakan yang sihat.

    "Paling ideal kalau minum segelas susu pada waktu bersahur, jadi sementara tubuh berpuasa dan organ perut berehat, nutrisi yang dimakan pada waktu sahur akan memastikan tubuh pulih dan membekalkan tenaga pada kadar yang secukupnya sebelum waktu berbuka," jelasnya yang ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

    Menurut Rose Hanizan, selepas waktu Subuh hingga sebelum berbuka, organ perut memang akan berada dalam tempoh 'rehat'.

    Apabila waktu berbuka ia sudah bersedia untuk 'bekerja' semula.

    "Waktu berpuasa ini juga adalah satu 'latihan' yang diajar pada perut untuk menjadi lebih efektif. Ketika berpuasa juga saiz perut akan berada dalam keadaan asal di mana ia tiada mengandungi makanan.

    "Jadi janganlah pula waktu berbuka terus mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih daripada apa yang badan perlukan. Maka sebab itu mengikut kepada sunnah Rasulullah S.A.W adalah sebaiknya untuk kita berbuka dengan tiga biji buah kurma berserta air.

    "Jenis makanan yang sebaiknya untuk memulihkan tubuh pada bulan puasa ini ialah digalakkan mengambil karbohidrat yang tinggi dengan serat.

    "Selain itu lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat ringkas seperti gula dan susu pekat manis serta kurangkan makanan yang berlemak dan berkolesterol.

    "Jika kita terlalu mengikut hawa nafsu makan dan tidak mengawal apa yang di makan akan timbul penyakit lain seperti gastrik, berlebihan berat badan atau obes, penyakit kencing manis dan lain-lain lagi" ujarnya.

    Menurut Rose Hanizan lagi, individu yang obes sekiranya konsisten berpuasa dan mengikut rejim pemakanan yang betul serta berkhasiat ditambah dengan senaman ringan, pasti dapat mengurangkan berat badan sekali gus menyihatkan tubuh mereka.

    "Apabila sahur dengan makanan seimbang dan berbuka juga seimbang dengan kuantiti yang betul, mana-mana tubuh yang tidak sihat pasti akan mendapat tak banyak sedikit manfaatnya," jelasnya.

    Rose Hanizan turut berpesan, sebelum tidur digalakkan mengambil snek ringan yang berkhasiat seperti biskut rendah lemak, tinggi fiber bersama secawan air susu satu jam atau setengah jam sebelum tidur.

    "Perlu diingatkan walaupun berpuasa pastikan kuantiti pengambilan air kosong lapan gelas sehari dicukupkan. Untuk menyihatkan tubuh ini memang penting, apatah lagi bagi mereka yang hendak menguruskan badan.

    "Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa pengambilan air adalah salah satu cara yang efektif untuk ia berfungsi serta memberi kesegaran dan menyingkirkan sisa toksik makanan dari dalam tubuh," ujarnya mengakhiri bicara.


  • 6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali

    [ 6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali ]. Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya ...
  • 10 Kebaikan Kesihatan Daripada Puasa

    Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, ...
  • Puasa mantapkan tubuh 

    Daripada sudut kejiwaan, Ramadan adalah bulan pendidikan, bulan tarbiah, di mana siangnya disuruh berpuasa dan malamnya disuruh membanyakkan ...
  • Baca Lagi...

    18 Jun 2015

    Puasa pesakit diabetes

    Setiap kali tiba bulan Ramadan, sering kali timbul persoalan di kalangan para pesakit diabetes termasuklah individu yang baru dikesan menghidap penyakit itu.

    Sama ada boleh atau tidak mereka menunaikan rukun Islam yang ketiga itu, bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka nanti. Bagaimana pula dengan diet seharian memandangkan rawatan diabetes melibatkan pengawalan makanan yang rapi.

    Rawatan kencing manis turut membabitkan pematuhan terhadap arahan ubat-ubatan baik yang diambil secara telan ataupun yang bergantung kepada suntikan insulin.

    Oleh kerana pesakit tidak boleh makan dan minum ketika berpuasa, tahap glukosa darah mungkin akan turun ke tahap yang terlalu rendah terutamanya jika anda sedang menerima rawatan.

    Umumnya pesakit boleh berpuasa jika keadaan kencing manis mereka terkawal. “Malah, bagi pesakit kencing manis, berpuasa boleh mendatangkan manfaat dari segi mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan tahap gula dalam darah.

    “Cuma, mereka dinasihatkan agar mengubah cara pengambilan ubat dan insulin mereka sepanjang bulan Ramadan. Ubat oral atau insulin biasanya digunakan sebelum bersahur dan sewaktu berbuka puasa.

    “Doktor akan menasihati pesakit mengenai dos ubat dan insulin yang seharusnya dikurangkan semasa bulan Ramadan.

    “Bagi pesakit yang menggunakan ubat atau insulin sebanyak tiga kali sehari, dos ini boleh diubah suai kepada ubat- ubatan yang boleh digunakan dua kali sahaja, sehari.

    Begitu juga dengan insulin yang boleh digunakan sekali atau dua kali sehari.

    “Seharusnya mereka tidak makan secara berlebihan dan mengurangkan makanan serta minuman yang manis-manis baik semasa berbuka mahupun bersahur.

    “Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek untuk mengelakkan anda berpuasa terlalu lama,’’ katanya.

    Ini juga membolehkan seseorang pesakit itu mengagihkan tenaga yang diambil secara sama rata sekali gus menjadikan tahap glukosa darah lebih seimbang.

    Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan pesakit agar tidak melengah- lengahkan waktu berbuka puasa.

    Pesakit juga perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius pada waktu siang nanti khususnya minggu pertama bulan Ramadan.

    Masa terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut adalah sebelum bersahur dan berbuka, dua jam selepas itu dan sebelum masuk tidur.

    Bersenam berlebihan di bulan Ramadan tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan hipoglisemia, ujar beliau.


    1. Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes

      Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis.
    2. Rawatan Diabetes Tanpa Ubat

      Diabetes. 4. Tekanan Darah Tinggi. 5. Alahan semasa Mengandung. 6. ... Mengapa anda dan keluarga anda perlu mengambil MINYAK KELAPA DARA BioVCo.
    3. Diabetes : Boleh cegah komplikasi

      Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini.

    4. 7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG

      7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai ...
    5. Diabetes semasa mengandung

      Diabetes semasa mengandung ] Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk...
    Baca Lagi...

    17 Jun 2015

    7 amalan pemakanan secara sihat semasa berpuasa

    Amalan pemakanan secara sihat selalunya diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa.

    Tips 1
    Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Kurangkan penggunaan gula dalam penyediaan kuih-muih, minuman dan lain-lain juadah berbuka puasa.

    Tips 2
    Gantikan kuih-muih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa.

    Tips 3
    Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.

    Tips 4
    Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng sebagai juadah buka puasa.

    Tips 5
    Kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng lauk-pauk, nasi, mee dan sebagainya.

    Tips 6
    Buang minyak berlebihan di dalam kari, sambal tumis dan masakan goring berlada.

    Tips 7
    Elakkan pengambilan telur masin dan ikan masin setiap hari semasa menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. 

    Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda merancang & mengamalkan pemakanan secara sihat di bulan Ramadhan pada tahun ini.


  • 6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali

    [ 6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali ]. Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya ...
  • 10 Kebaikan Kesihatan Daripada Puasa

    Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, ...
  • Puasa mantapkan tubuh

    Daripada sudut kejiwaan, Ramadan adalah bulan pendidikan, bulan tarbiah, di mana siangnya disuruh berpuasa dan malamnya disuruh membanyakkan ...
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    BioVCO.Com "Sihat Tanpa UBAT" Tel : +6 013-3014262 Email ... Individu tahan diri daripada rokok ketika puasa bukan dipengaruhi nikotin ...
  • Baca Lagi...

    16 Jun 2015

    Makanan untuk mengurangkan migrain

    Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa simptom seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya.

    Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.

    Jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.

    Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan

    Berhati-hati dengan kafein - kafein boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Justeru itu amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, jus buah-buahan dan teh herba.

    Sentiasa berhidrat - mengamalkan pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, amalkan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Bebas garam - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai penyebab kepada migrain. Garam boleh meningkatkan tekanan darah, mengurangkannya atau langsung tidak mengambilnya boleh membantu seseorang itu mendapat risiko migrain.

    Darah melekit - darah boleh menjadi 'melekit' (dipanggil kumpulan platelet) yang berpunca daripada diet yang tidak betul. Ini bermakna darah itu tidak mengalir lancar dan meninggikan tekanan darah. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk avacado, bijirin gandum tulen, kacang hazel dan minyak ikan Omega 3 yang boleh diperoleh pada ikan salmon boleh membaiki pengaliran darah.

    Fiber - produk buangan yang berada di usus yang paling bawah boleh menyebabkan berlakunya toksin. Seseorang individu harus mengambil sekurang-kurangnya 40 gram fiber setiap hari bagi memastikan perut bersih dan berfungsi dengan berkesan, tetapi selalunya, seseorang itu hanya mampu sebanyak 20 gram. Sehubungan itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan fiber seperti beras perang, prun, kekacang, lentil dan sayur segar.

    Gula dalam darah - makanan yang sarat dengan gula dan tepung gandum mengakibatkan peningkatan tahap tenaga dan sekali gus meningkatkan gula dalam darah. Ini menyebabkan pening kepala. Makanan ringan atau hidangan kecil yang berkhasiat seperti oat, bubur dan kentang panggang boleh menurunkan kadar gula secara perlahan.

    Magnesium - magnesium penting untuk saraf dan otot. Ketiadaannya boleh menyumbang kepada migrain. Epal, aprikot dan beras perang kaya dengan mineral ini.

    L-Tryptophan - asid amino yang berfungsi sama dengan magnesium bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu mengurangkan migrain. Sumber makanan berkhasiat ialah beras perang, keju dan soya.


  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
  • Info Kesihatan : Wanita migrain risiko hidap strok

    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • TESTIMONI Pengguna migrain

    TESTIMONI Pengguna migrain. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Info Kesihatan - Siapa Berisiko Mendapat Migrain?

    CikPuan Eila cuba amalkan BIOVCO..sebelum ini saya juga pengidap migrain..tapi alhamdullilah bila mengamal BIOVCO dan jadikan ia supplement harian ...
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai ... Mangsamigrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ...
  • Baca Lagi...