Memaparkan catatan dengan label masalah resdung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah resdung. Papar semua catatan

11 Januari 2023

Punca Dan Gejala Resdung

Resdung adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai masalah kesihatan, yang merujuk kepada keradangan atau jangkitan pada sinus.

Rongga sinus ini terletak di muka, berhampiran mata dan hidung, dan lapisannya menghasilkan lendir, yang melembapkan dan menapis udara sebelum ia sampai ke paru-paru.

Apabila rongga ini dijangkiti atau bengkak, ia boleh menyebabkan sinusitis, yang merujuk kepada keradangan, kesesakan, dan pembentukan lendir dalam sinus. 

Gejala resdung boleh berkisar dari sakit kepala ringan hingga sakit muka yang teruk dan kesesakan.

Resdung boleh disebabkan oleh beberapa sebab, termasuk alahan, selsema, selesema, atau penyakit pernafasan lain.

Gejala sinus mungkin termasuk hidung tersumbat, titisan selepas hidung, sakit muka dan tekanan, sakit kepala, keletihan, dan juga demam.

Bergantung pada keterukan keadaan, rawatan mungkin termasuk perkara seperti dekongestan hidung, antibiotik, atau pembedahan.

Untuk mendapatkan kelegaan daripada gejala sinus, adalah penting untuk berbincang dengan profesional perubatan untuk menentukan tindakan terbaik.

Rawatan untuk resdung biasanya melibatkan ubat-ubatan.




Baca Lagi...

30 November 2009

Serangan resdung


MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.





Baca Lagi...

10 November 2009

Jangan remehkan penyakit resdung



RESDUNG agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Namun penyakit ini sering dipandang remeh oleh masyarakat tempatan yang selalunya membiarkan penyakit itu bersarang untuk bertahun lamanya. 

Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. 

Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.



Baca Lagi...

30 Oktober 2009

Radang Sinus atau Resdung

Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.


Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

>> Radang sinus akut
>> Radang sinus kronik

Baca artikel penuh - KLIK DISINI

Baca Lagi...