Memaparkan catatan dengan label Penyakit Gout. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit Gout. Papar semua catatan

13 Ogos 2015

Pemakanan untuk pesakit gout

GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.

Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.

Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.

Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah. Baca Selanjutnya >>>

Penyakit artritis gout

PENYAKIT artritis gout adalah penyakit yang agak kerap didiagnos oleh para doktor. Namun sebenarnya, penyakit ini mempunyai implikasi dan komplikasi ...

Testimoni gout Pengguna BioVCo

Testimoni gout Pengguna BioVCo. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...

Penyakit Gout | Rawatan gout tanpa ubat

cara kawal sakit gout BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat wajib yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam.

7 panduan kurangkan gout

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebabgout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Info Kesihatan : Kaitan gout dan batu karang

PENYAKIT gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Ini kerana pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama ...
Baca Lagi...

28 Jun 2013

Penyakit Gout


Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. 

Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. 

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin. 

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan. 

Baca Lagi...