Memaparkan catatan dengan label masalah jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah jerawat. Papar semua catatan

21 Jun 2015

Masalah jerawat

JERAWAT! Malunya hendak keluar, apa nak buat ini? Mungkin lebih baik menyorok saja di rumah supaya orang lain tidak nampak kesan cela yang ketara pada wajah. Tetapi sampai bila perlu berbuat demikian dan sanggupkah memerap diri selama 24 jam di rumah?

Reaksi yang memperlihatkan rasa tidak senang hati dan kerunsingan seperti itu sememangnya berlaku pada sesetengah remaja baru hendak melangkah ke alam dewasa serta sering beranggapan, masalah jerawat sesuatu amat memalukan. 

Realitinya, hampir setiap remaja bimbang mereka akan mendapat jerawat apabila menginjak akil baligh. Sehinggakan, sebutir jerawat yang ada pada wajah boleh menyebabkan mereka mengalami masalah emosi begitu teruk.

Baca artikel penuh ~ KLIK DISINI

  • Jerawat - Jangan pandang remeh

    Jerawat - Jangan pandang remeh SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang ...
  • Masalah Jerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • Baca Lagi...

    22 September 2014

    5 tip elak muka berjerawat

    Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

    1. Terlalu kerap membersihkan muka

    Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak / berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

    2. Memicit jerawat

    Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan memicit jerawat anda dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat.

    3. Mengambil makanan berminyak

    Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

    4. Elak treatment untuk jerawat

    Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

    5. Penggunaan pencerah kulit

    Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

    Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.


  • Jerawat - Jangan pandang remeh

    Jerawat - Jangan pandang remeh SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat | Elak Jerawat

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • Masalah Jerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk ...
  • Tentang Jerawat | Ubat Jerawat

    Tentang Jerawat Apa itu jerawat? Mengapa ada jerawat? Bagaimana mahu mengatasinya? Bacalah artikel ini dan belajar lebih banyak tentang JERAWAT.
  • Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling ...

    Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga...
  • Info Kesihatan - Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran...

    Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran jerawat bukanlah suatu pengalaman yang ... Bagaimana minyak kelapa dara BioVCo mampu untuk merawat jerawat?
  • Tekanan emosi punca jerawat ~ Info Kesihatan

    9 Apr 2013 - www.biovco.com/jerawat-28hz.php - Translate this page. SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya ...
  • Baca Lagi...

    29 Disember 2009

    Masalah Jerawat



    Apa Itu Jerawat?

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup. Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

    Insiden Dan Punca Jerawat

    Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.







    Baca Lagi...