Memaparkan catatan dengan label gemuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gemuk. Papar semua catatan

02 September 2015

5 Tip Elak Perut Buncit

Makan perlahan-lahan

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil  yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang menyebabkan perut buncit.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah yang mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


1.7 juta berdepan obesiti 

1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan ...

Lindungilah anak daripada obesiti

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

Obesiti jejas kesuburan

Obesiti jejas kesuburan. Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) ...

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah obesiti kian meruncing. Oleh Ardyhansah Amat. Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu ...

Kurangkan kalori 

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...
Baca Lagi...

29 Ogos 2015

9 Cara Mencegah Obesiti

☛ Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

☛ Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 

☛ Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 

☛ Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

☛ Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.

☛ Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

☛ Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

☛ Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan  doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari. 

☛ Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.

1.7 juta berdepan obesiti

1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan ...

Lindungilah anak daripada obesiti 

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

Obesiti jejas kesuburan

Obesiti jejas kesuburan. Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) ...

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah obesiti kian meruncing. Oleh Ardyhansah Amat. Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...


Baca Lagi...

13 Ogos 2015

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti.

Malaysia juga tidak ketinggalan berdepan masalah ini, yang mana menunjukkan peningkatan saban tahun sejak 15 tahun lalu.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2011 mendapati, sebanyak 15.1 peratus rakyat negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan berbanding 4.4 peratus pada 1996.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Saiful Adli Suhaimi, 43 peratus orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, 26 peratus lagi kanak-kanak sekolah rendah manakala 20 peratus di kalangan remaja.

Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan. Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak secara berlebihan. Baca Selanjutnya



Lindungilah anak daripada obesiti

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

1.7 juta berdepan obesiti

obesiti atau gemuk, cara elak obesiti dan ubat obesitiobesiti juga dapat dielak dengan senaman dan diet.

1.7 juta berdepan obesiti 

Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan kerana meningkatkan risiko pelbagai ...

Masalah obesiti kian meruncing

Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti. Malaysia juga tidak ketinggalan ...

Obesiti jejas kesuburan

Pada masa sama obesiti juga boleh menyebabkan kitaran haid terganggu; memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil (jika mengandung, kandungan tidak ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...

Info Kesihatan : Waspada ukur lilit pinggang

Persatuan Kajian Obesiti Jepun (JASSO) menjelaskan bahawa seorang wanita yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 25 tetapi ukuran pinggangnya ...
Baca Lagi...

01 Ogos 2015

4 Makanan untuk diet seimbang

KOLESTEROL tinggi? Ramai orang takut apabila memperkatakan mengenai kolesterol dan mula mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Namun begitu, tahukah anda perasaan takut mengenai kolesterol akan terus menghantui hidup anda seandainya anda masih tidak mampu mengamalkan cara hidup sihat?

Tetapi jangan bimbang kerana kata kuncinya mudah saja, anda hanya perlu mengamalkan diet atau pemakanan seimbang serta menjalani kehidupan aktif untuk mengawal paras kolesterol sekali gus mengawal berat badan. Berikut adalah makanan yang boleh membantu :

1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat

Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3

Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. 

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya

Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol. 

Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung. 

Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia. 


Kolesterol Darah Yang Tinggi
Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana 
tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.

Cara mengawal tahap kolesterol

TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan
 pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. 
Bagi orang dewasa.

Awasi kolesterol dalam darah | Ubat Kolesterol

Awasi kolesterol dalam darah Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol
Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada 
manusia?

Elak Kolesterol tinggi

Kolesterol : Kadar kolesterol LDL yang tinggi memudaratkan kesihatan, 
turunkan kadarkolesterol.
Baca Lagi...

31 Disember 2009

Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk



SEJAK kebelakangan ini, berita-berita berkenaan program melangsingkan badan dan kesan buruknya hangat diperkatakan.

Angka RM9 juta setahun perbelanjaan melangsingkan badan tentunya amat konservatif berbanding keadaan sebenar.

Jika dianggarkan 15 ke 18 peratus daripada 24 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, ini menjadikan jumlah mereka 3.6 ke 4.32 juta orang.

Sekiranya setiap orang boleh membelanjakan RM500 sahaja untuk sekali pembelian produk melangsingkan badan, maka jumlah perbelanjaan menjadi RM1.8 bilion ke RM2.16 bilion.

Maka, tidaklah memeranjatkan sekiranya terdapat begitu banyak syarikat dan orang persendirian yang mengambil kesempatan ke atas mereka.






Baca Lagi...