Memaparkan catatan dengan label ubat kencing manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ubat kencing manis. Papar semua catatan

14 September 2014

Senaman kawal kencing manis

Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996. 

Antara kaedah terbaik mengawal kencing manis ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus. 

Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh ‘dikumpul’ untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.

Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.

Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari.

Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit.

Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu.


  • Ancaman kencing manis

    DALAM keluarga anda, termasuk saudara mara terdekat, berapa orang agaknya menghidap penyakit kencing manis? Seorang, dua atau lebih? Kini penyakit ...
  • Kencing manis jejas keupayaan

    Kencing manis jejas keupayaan KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi.
  • Mengandung dan kencing manis | Diabetes

    KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.
  • Diet kawal diabetes

    Diet kawal diabetes Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manisdan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra ...
  • TESTIMONI Pengguna kencing manis

    TESTIMONI Pengguna kencing manis. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
  • Mati kerana penyakit Kencing Manis

    Mati kerana penyakit Kencing Manis Minyak Kelapa Dara KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit diabetes golongan dewasa di ...
  • Diet kawal diabetes | Kencing Manis

    Diabetes mellitus atau kencing manis tidak asing lagi di kalangan masyarakat sekarang. Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus rakyat Malaysia menghidap ...
  • Cara Mengawal Kencing Manis / Diabetes

    12 Apr 2013 - Info Kesihatan : Ancaman kencing manis - BioVCO.com ... www.biovco.com/kencing-manis-diabetes.php?ref=ik2. Translate this page.
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    917FW: Biovco : Penyakit Kencing Manis (Diabetes). Expand Messages. Ismail, Mohd Zahari. Jan 5, 2008. View Source. 0 Attachment. Saudara Mohd Zahari ...
  • Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis

    [ Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis ]. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
  • Penyakit Kencing Manis (Diabetes) - Facebook

    Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan

  • Baca Lagi...

    30 Disember 2009

    Menentang komplikasi berkaitan kencing manis



    Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

    Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata (katarak, glaukoma, retinopati), kepincangan fungsi erektiil serta neuropati (kekebasan atau rasa berdenyut di kaki atau tangan). Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan. Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan menentang jangkitan.

    Pesakit kencing manis juga menanggung risiko lebih tinggi untuk menghidapi beberapa penyakit lain. Sebaik sahaja penyakit menimpa, mereka menghadapi masalah besar untuk pulih. Oleh itu adalah penting bukan sahaja menumpukan usaha untuk menurunkan paras gula darah, tetapi juga menjaga penentangan insulin. Satu lagi perkara penting yang harus dilakukan ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mencegah komplikasi ini daripada berkembang atau menjadi bertambah buruk.





    Baca Lagi...

    02 Disember 2009

    Pengidap kencing manis tetap perlu glukos


    BAHAYA: Pengambilan berlebihan buah-buahan manis perlu dielakkan.

    ROSMAH (bukan nama sebenar) menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu. Sejak itu, ibu dua anak berusia 40 tahun itu cukup berhati-hati dengan makanannya. Rosmah cukup takut jika gula dalam darahnya meningkat naiki. Masih terbayang di matanya kisah pesakit kencing manis yang terpaksa dipotong kakinya. Kalau boleh, Rosmah tidak mahu ia berlaku ke atas dirinya.

    Disebabkan kebimbangan terlampau itu, Rosmah tidak makan nasi mahupun makanan atau minuman bergula. Setiap kali melihat gula, Rosmah seakan trauma. Rosmah berpuasa dengan hanya makan roti putih dan sup sayur selama dua minggu sehinggalah suatu malam suaminya mendapati Rosmah pengsan tidak sedarkan diri. Rosmah dikejarkan ke wad kecemasan pada malam itu dan doktor terpaksa memasukkan glukos ke tubuhnya melalui saluran tiub. Doktor menasihatkan Rosmah agar tidak menolak terus makan karbohidrat kerana badan masih memerlukan gula untuk tenaga.

    Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pesakit kencing manis perlu mengambil makanan berasaskan karbohidrat kerana tubuh tetap memerlukan glukos sebagai sumber tenaga.

    Jangan sesekali tidak makan langsung makanan berkabohidrat kerana kekurangan gula juga menimbulkan mudarat kepada tubuh. Walaupun seseorang itu menghidap kencing manis, tubuh masih memerlukan karbohidrat. Tetapi, glukos yang diperlukan dalam bentuk ringkas supaya mudah diserap seperti beras perang atau roti bijirin penuh berbanding nasi atau roti putih.





    Baca Lagi...