Memaparkan catatan dengan label sakit jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit jantung. Papar semua catatan

08 Ogos 2015

Punca dan tanda strok

Banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan serangan strok seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kegagalan jantung atau lain- lain trauma membuatkan salur darah dalam otak pecah. Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah fibrilasi atrium.

Malangnya tidak ramai sedar mereka mengalami masalah fibrilasi atrium, kebanyakan pesakit yang datang berjumpa doktor mengadu sakit dada. Kira-kira 50 peratus kes fibrilasi atrium tidak mempunyai gejala.

Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan. Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Perunding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, berkata kebanyakan orang tidak sedar mereka mengalami gejala strok. Antara tanda penting serangan strok ialah seperti berikut:

> Tiba-tiba rasa kebas atau lemah pada badan, terutama pada satu belah
> Penglihatan (sebelah atau dua-dua belah mata) tiba-tiba berubah
> Sakit kepala teruk yang tidak diketahui secara tiba-tiba
> Tiba-tiba berasa pening, sukar berjalan dan hilang keseimbangan
> Tiba-tiba anda sukar bercakap, keliru dan tidak memahami percakapan orang

Jika anda dapati ada ahli keluarga atau teman mengadu mengalami gejala di atas, anda boleh lakukan buat ujian mudah dipanggil FAST iaitu:

F (face) — Muka. Minta seseorang itu untuk senyum. Adakah senyumannya senget sebelah?
A (arm) — Lengan. Suruh individu itu mengangkat kedua-dua tangannya. Adakah sebelah tangan jatuh?
S (Speech) — Percakapan. Adakah individu itu boleh mengulang ayat mudah? Adakah percakapannya tidak jelas dan sukar difahami?
T (Time) — Masa. Masa adalah perkara yang sangat kritikal bagi pesakit strok. Ini kerana tempoh untuk memulihkan serangan strok sangat terhad iaitu kurang dari empat jam selepas serangan.

Jika individu itu menunjukkan tanda di atas, segera bawa ke hospital untuk mendapat rawatan sewajarnya. Setiap saat berlalu bermakna semakin banyak sel otak yang mati.

Strategi pencegahan dan rawatan

Dr Hamidon berkata, perkara paling penting untuk dilakukan ialah mengawal penyakit sedia ada, terutama kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, selain kerap bersenam serta elak merokok.

“Jika merokok, segera berhenti kerana ia meningkatkan risiko mendapat strok sehingga 50 peratus dan kesan asap rokok hanya hilang sepenuhnya dalam masa dua hingga empat tahun selepas anda berhenti merokok.

“Melakukan perubahan gaya hidup adalah kaedah terbaik untuk mencegah strok. Berdasarkan kajian, penduduk Asia, termasuk Malaysia, mendapat serangan strok 10 tahun lebih awal berbanding penduduk Barat. Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat,” katanya.

Dr Hamidon berkata, jika ada yang mengalami masalah fibrilasi atrium, segera dapatkan rawatan kerana ia menjadi penyumbang utama serangan strok. Kajian menunjukkan serangan strok berkaitan fibrilasi atrium lebih teruk kesannya berbanding strok jenis lain.

“Yang menyedihkan ialah, apabila mendapat serangan strok teruk, pesakit terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang walaupun untuk makan dan membersihkan diri. Tidak boleh menelan adalah masalah biasa bagi pesakit strok dan dalam keadaan ini mereka memerlukan makanan formulasi yang bukan murah harganya.

“Pesakit yang terlantar pula memerlukan penjaga sepenuh masa untuk mengubah posisi badan bagi mengelak ulser tekanan, terutama pada belakang badan. Setiap pesakit strok yang terlantar akan menyebabkan dua hingga tiga orang menjadi ‘kurang upaya’ kerana perlu berhenti kerja dan menjaga pesakit sepenuh masa,” katanya.

Masalah dihadapi pengamal perubatan di negara kita ialah pesakit strok lambat dibawa ke hospital (75 peratus kes). Banyak punca menyebabkan kelewatan ini, antaranya membiarkan gejala kecil dialami kerana menganggap bukan masalah serius, mahu mencuba rawatan tradisional terlebih dulu, tidak tahu mengenai penyakit, tinggal sendirian dan tinggal jauh dari hospital.

Lambat di sini bermakna melebihi tiga jam selepas mendapat serangan strok. Bagi pesakit strok, setiap saat sangat berharga dan mereka perlu diberi rawatan dalam tempoh empat jam bagi melawan kesan serangan strok. Namun kesan pemulihan paling baik jika pesakit diberi rawatan dalam tempoh 90 minit selepas serangan pertama strok.

“Serangan strok boleh berulang. Pesakit berisiko 30 kali ganda mengalami serangan kedua dalam masa tiga hari dan 14 kali ganda dalam masa 14 hari. Jadi, sebaik ahli keluarga terkena serangan strok, segera dail 999 untuk mendapatkan maklumat hospital terdekat yang menyediakan rawatan strok dan segera bawa pesakit ke hospital berkenaan.

“Hampir 78 peratus pesakit lewat dibawa ke hospital kerana mereka bergantung kepada keluarga untuk membuat keputusan bagi mendapatkan rawatan. Ini memang menyedihkan kerana kelewatan hanya membawa keburukan kepada pesakit,” katanya pada majlis pelancaran Kempen 1 Misi 1 Juta — Mendalami Punca Strok anjuran Boehringer Ingelheim.


Awasi tanda-tanda strok atau angin akmar | Bahaya strok ...

Strok atau angin akmar tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran. Strok atau angin akmar juga penyebab utama ketidakupayaan ...

Tindakan segera rawat strok | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

SERANGAN strok boleh mengubah hidup anda selama-lamanya. Sudahkah anda mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menyelamatkan diri dan ...

Info Kesihatan : Strok pendarahan lebih bahaya | Rawatan ...

STROK atau angin ahmar ialah serangan otak, sama ada disebabkan salur darah tersumbat atau berlaku pendarahan di bahagian tertentu otak.

Usah lengah rawat strok

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok.

Darah tinggi, kencing manis potensi strok

Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
Baca Lagi...

03 Ogos 2015

Teh tarik punca sakit jantung

TEH tarik merupakan antara minuman kegemaran ramai termasuk golongan muda tetapi doktor mendakwa ia membahayakan kesihatan.

Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.

Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

"Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok," katanya.

Penyakit jantung tak kenal usia

DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak ...

Diabetes penyebab jantung koronari

Diabetes penyebab jantung koronari Minyak Kelapa Dara RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau ...

Injap jantung bocor

DI dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral dan aortic di sebelah ...

Penyakit Jantung Bukan lagi penyakit orang tua

penyakit jantung : Bukan lagi penyakit orang tua KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu ...
Baca Lagi...

24 Julai 2015

Petua elak darah tinggi, sakit jantung

Serangan jantung antara penyakit serius yang juga pembunuh nombor satu di negara ini serta mendahului penyakit berjangkit dan kanser.

Tekanan darah tinggi berkait langsung dengan insiden penyakit jantung dan perkara itu umpama satu kelaziman.

Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, satu pertiga penduduk Malaysia mempunyai tekanan darah lebih tinggi daripada biasa, dan lebih buruk, separuh daripada mereka tidak menyedari hal ini, malah menyentap nyawa 10 atau 20 tahun lebih awal daripada sepatutnya.

Mencegah penyakit jantung perkara yang agak mudah. Amalkan tabiat baik seperti tidak merokok, memantau pengambilan lemak dan garam, memastikan saiz hidangan makanan yang berpatutan dan kerap bersenam.

Disebabkan ramai yang tidak mengamalkan petua mudah itu, penyakit jantung menjadi fenomena penyakit begitu berleluasa, amat sukar dikawal dan mencetus perbelanjaan penjagaan kesihatan yang meningkat sehingga berbilion ringgit di seluruh dunia.

Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi juga keadaan apabila saluran darah atau arteri dalam badan terdedah kepada tekanan tinggi berterusan.

Ramai mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara itu berlaku. Jawapan mudah yang sering kita dengar adalah `pengambilan garam tinggi', `ia berkait rapat dengan penyakit keturunan' atau `terlalu gemuk'.

Hakikatnya, hipertensi berlaku terletak kepada pergerakan molekul hormon yang amat kompleks. Ia memberi isyarat dan laluan reaktif yang menyebabkan saluran darah mengecut.

Setiap individu akan mengalami kenaikan tekanan darah tinggi secara berkala pada hari siang. Tekanan darah yang meningkat suatu perkara normal apabila seseorang bersenam, berasa gusar atau berada di situasi mental yang penuh stres.

Bayangkan hos getah air biasa di mana paip air terbuka, tetapi sebahagian dari hos getah kelihatan terlipat.

Tekanan dalam hos getah naik dan lambat-laun, kita dapat melihat percikan air yang bocor dari sudut lain hos berkenaan dan lama-kelamaan, hos getah menjadi tidak berguna.

Tubuh badan kita adalah satu ciptaan luar biasa dan kita bernasib baik kerana saluran darah kita tidak bocor semudah itu. Sebaliknya, saluran darah kita bertindak balas kepada tekanan tinggi berterusan dengan menjadi lebih pekat.

Situasi itu boleh bertahan lama sekiranya kita tidak mengambil kira faktor kolesterol dan radikal bebas. Apabila semua elemen itu digabungkan, kemudaratan yang berat terjadi dalam badan.

Perkara yang berlaku dalam saluran darah adalah sebuah proses yang dipanggil aterosklerosis atau pengerasan saluran darah.

Radikal bebas merosakkan dinding saluran darah dan ini menyebabkan dinding terbabit menjadi melekit kepada kolesterol yang bergerak bebas.

Hasilnya, pelbagai lapisan lemak seumpama jeli memenuhi saluran darah dan menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah jalan yang penuh dengan bonggol dan lubang.

Dengan peredaran masa, lapisan lemak ini menyempitkan lagi saluran. Darah tidak dapat mengalir dengan mudah dan bergerak secara perlahan.

Pada bahagian otak, darah yang mengalir perlahan dalam arteri sempit boleh menyebabkan sel otak tidak berfungsi dan mati sehinggalah berlakunya demensia.

Kadangkala, aliran perlahan turut menyebabkan darah membeku dan menyebabkan strok trombotik.

Kadang-kadang, apabila tekanan naik terlampau cepat, saluran tidak berupaya menjadi pekat sehingga darah membocorkan dinding dan menyebabkan pendarahan dalam otak atau strok hemoragik.

Apabila kita melihat imbasan khas atau MRI otak pesakit hipertensi, ia sesuatu yang menakjubkan. Imbasan terbabit sering menunjukkan strok senyap sudah berlaku kerana terdapat kerosakan dan darah beku di kawasan otak yang tidak membabitkan keupayaan motor dan fizikal seseorang.

Fenomena yang sama berlaku dalam saluran darah jantung. Ia menjadi sempit dan penuh dengan kolesterol umpama jeli yang terlekat pada dinding saluran darah. Ada yang bertuah kerana hanya mengalami sesak nafas iaitu simptom yang menandakan kekurangan bekalan darah mengalir ke otot jantung.

Situasi itu turut dikenali sebagai angina. Selebihnya mungkin mengalami sakit dada teruk sehingga berpeluh dengan banyak. Rasa ketakutan menguasai pesakit dan keadaan ini menyukarkan pernafasan.

Inilah serangan jantung di mana saluran darah tersumbat sepenuhnya akibat kolesterol umpama jeli atau darah beku.

Hakikatnya, lebih ramai rakyat Malaysia yang menderita penyakit jantung pada usia lebih muda berbanding negara jiran dan Barat. Jadi, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian dari statistik pesakit jantung?

Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, mengambil langkah pertama paling sukar. Langkah pertama adalah membuat perubahan kecil seperti mengawal pengambilan nasi. Ini kerana karbohidrat menyumbang kepada penyakit diabetes dan obesiti yang secara langsung meningkatkan peluang mendapat tekanan darah tinggi.

Dapatkan tidur secukupnya. Sekiranya mengalami masalah berdengkur, berkemungkinan besar seseorang itu menderita apnea tidur dan penyakit itu berkaitan dengan tekanan darah tinggi.

Elak membawa kerja pejabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. Matikan tablet, telefon, televisyen dan sebarang peranti kerana ia boleh menyebabkan kualiti tidur yang rendah, Rendahkan stres dengan belajar untuk mengurus stres. Selain itu, kurangkan juga pengambilan garam kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Pengambilan garam sebanyak enam gram sehari sudah cukup dan elakkan sebarang perasa tiruan.

Berusahalah untuk berhenti merokok dan mula menambah ilmu dengan menyertai forum kesihatan bagi menambah pengetahuan kita untuk menjaga tubuh antaranya seperti forum awam dikendalikan Persatuan Hipertensi Malaysia.

Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Kawal tekanan darah tinggi

Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...

Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal

Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal Minyak Kelapa Dara Tekanan darah ialahtekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran ...

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi ...
Baca Lagi...

27 November 2014

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG

1. Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.

2. EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.

3. WALNUT (45%).

4. MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.

5. KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.

6. OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Baca Lagi...