Memaparkan catatan dengan label alahan kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alahan kulit. Papar semua catatan

01 Disember 2014

3 TIP mudah jika anda ada PSORIASIS

Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit.

1. Banyak masalah kulit seperti psoriasis, ekzema, folliculitis (pembengkakan folikel rambut), dan reaksi terhadap makanan boleh menyebabkan kulit membengkak, merah, gatal, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda dengan berjumpa dengan pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda.

2. Cari produk atau bahan  yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Ini merupakan cara yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan concealer dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan concealer tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa concealer tersebutlah yang menyebabkan masalah radang kulit anda.

Dalam beberapa kes, proses melihat reaksi kulit tidak berlaku dengan cepat. Oleh sebab itu,  kesabaran dan kerajinan bereksperimen dengan yang anda syak membawa masalah bagi kulit anda.

3. Jangan menggunakan produk yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan kulit yang dijangkiti. Produk wangian, scrubs, kain lap, AHA, Retin-A, Renova, benzoyl peroxide, pemutih kulit, atau produk penjagaan kulit yang lain dengan bahan aktif boleh mencetuskan iritasi dan hanya menambah masalah radang kulit anda.

Baca juga "Psoriasis"
http://bit.ly/alah_psoriasis

*****************************

ANDA DAH CUBA BERBAGAI CARA MERAWAT PSORIASIS?
Masih belum BERKESAN?

Bagaimana BioVCo boleh membantu ANDA :

✔ Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis.
✔ Membantu membentuk hambatan kimia pada kulit 
✔ Mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
✔ melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit.
✔ Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
✔ Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan keradangan kulit.
✔ Melindungi tubuh dari radikal bebas.
✔ Menghilangkan strectmarks dan tona kulit yang kusam.

Cara pengambilan :
Minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam
Selepas makan
Sapukan pada kulit 2 @ 3 kali sehari

Amalkan sekurang-kurangnya 60 hari
Untuk KESAN yang OPTIMUM





********************************
Saya telahpun menerima barang tempahan 
saya. Begitu effektif & tidak perlu 
menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran 
dibuat, saya menerima barang tempahan 
pada keesokkan harinya.

Raja Noor Ima bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
********************************

4 botol (150ml x 4) RM136 SM / RM156 SS

Saya nak bagi DISKAUN RM10 + FREE Postage.

☛ Hantar "PSOB4" dan Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco

***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : admin@biovco.com
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
***************************************
Baca Lagi...

15 September 2014

Persekitaran bantu ‘suburkan’ alahan

Masalah alahan tidak seharusnya diambil mudah kerana ia bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan kepada seseorang, tetapi hakikatnya ia mencakupi keadaan kesihatan sistem pertahanan badan dalam ruang lingkup yang lebih meluas.

Malah, sekiranya alahan tidak dirawat, ia akan berkembang menjadi lebih kronik serta menjurus kepada masalah kesihatan lain seperti asma dan rinitis.

Ketika ini, penyakit yang disebabkan oleh masalah alahan meningkat secara mendadak di seluruh dunia, sama ada di negara maju atau sedang membangun dengan 30 hingga 40 peratus penduduk dunia kini menghidap satu atau lebih jenis alahan.

Peningkatan itu sememangnya memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah terbabit sejak dua dekad yang lalu. Ini kerana biarpun alahan boleh berlaku pada mana-mana usia, kanak-kanak golongan yang mudah terdedah kepada serangan alahan dengan 60 peratus daripada semua alahan yang ada muncul pada tahun pertama kanak-kanak terbabit.

Disebabkan masalah alahan sebenarnya tidak mempunyai ubat yang boleh memulihkannya, pencegahan sememangnya bentuk pertahanan terbaik, antara­nya melakukan pencegahan yang bermula ketika anak masih berada di dalam kandungan.

Pakar alergi dan imunologi klinikal, Dr Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, ramai orang mengambil mudah masalah alahan, malah menganggapnya perkara biasa yang akan berlalu seiring usia.

Menurutnya, alahan sebenarnya satu keadaan yang lebih serius daripada apa yang disangka apatah lagi masalah itu kini kian meningkat bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Jika 10 tahun lalu, masalah alahan yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia sekitar 15 peratus, kini masalah itu dilihat semakin banyak berlaku. Biarpun tidak ada angka rasmi daripada kajian dalam masa terdekat yang menunjukkan pertambahan masalah kesihatan itu, peratusan mereka yang berhadapan dengan alahan dilihat semakin meningkat.

“Ada yang menganggap apabila berlaku alahan, ambil saja ubat nanti semuanya akan baik, tetapi mereka perlu ingat, keadaan ini boleh berulang dan menjadi bertambah kronik,” katanya.

Sehubungan itu, pencegahan dari awal dititikberatkan terutama bagi bakal ibu bapa yang pernah mengalami alahan dan mempunyai sejarah keluarga berkaitan masalah itu biarpun ia mungkin sudah lama berlalu iaitu ketika mereka masih kanak-kanak.

Antara pencegahan awal yang boleh dilakukan bagi mengesan dan mengelak kemungkinan alahan adalah mengetahui sejarah kesihatan keluarga supaya langkah bersesuaian dapat diambil.


  • Alahan terhadap makanan

    Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap ...
  • Memahami alahan | Alahan

    Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia ...
  • Pencetus alahan

    Pencetus alahan Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang ...
  • Alahan Bawa Maut

    Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada ...
  • Alahan bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

    ... perubahan aktiviti. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.
  • [ #Alahan teruk ] Alahan

    Alahan teruk ] Alahan dalam bahasa Inggerisnya, #allergy bermaksud perubahan aktiviti. Terjadinya alahan kerana tindak balas #hipersensitif yang...
  •  Beli produk

  • Baca Lagi...

    17 November 2009

    Faktor genetik punca alahan


    Alahan merujuk kepada tindakan imuniti berlebihan terhadap bahan yang lazimnya tidak berbahaya. Badan kita mempunyai sistem imuniti yang melindungi daripada bahan yang berbahaya. Sistem imuniti yang sihat hanya akan memberi reaksi kepada bahan yang berbahaya seperti kuman atau mikro organisma lain.

    Bagaimanapun, kadang kala sistem imun tubuh mengenal bahan yang tidak berbahaya seperti habuk, debu bunga dan juga makanan sebagai bahan yang berbahaya dan secara langsung menyebabkan tindak balas berlaku. Tindak balas ini yang menghasilkan simptom alahan.

    Apakah yang menyebabkan alahan?

    Walaupun banyak faktor sekeliling yang boleh menyebabkan alahan, kebanyakannya ditentukan oleh faktor genetik. Jika keluarga mempunyai masalah alahan, kemungkinan besar anak mereka juga mempunyai masalah sama.




     

    Baca Lagi...