Memaparkan catatan dengan label stroke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stroke. Papar semua catatan

08 Ogos 2015

Punca dan tanda strok

Banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan serangan strok seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kegagalan jantung atau lain- lain trauma membuatkan salur darah dalam otak pecah. Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah fibrilasi atrium.

Malangnya tidak ramai sedar mereka mengalami masalah fibrilasi atrium, kebanyakan pesakit yang datang berjumpa doktor mengadu sakit dada. Kira-kira 50 peratus kes fibrilasi atrium tidak mempunyai gejala.

Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan. Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Perunding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, berkata kebanyakan orang tidak sedar mereka mengalami gejala strok. Antara tanda penting serangan strok ialah seperti berikut:

> Tiba-tiba rasa kebas atau lemah pada badan, terutama pada satu belah
> Penglihatan (sebelah atau dua-dua belah mata) tiba-tiba berubah
> Sakit kepala teruk yang tidak diketahui secara tiba-tiba
> Tiba-tiba berasa pening, sukar berjalan dan hilang keseimbangan
> Tiba-tiba anda sukar bercakap, keliru dan tidak memahami percakapan orang

Jika anda dapati ada ahli keluarga atau teman mengadu mengalami gejala di atas, anda boleh lakukan buat ujian mudah dipanggil FAST iaitu:

F (face) — Muka. Minta seseorang itu untuk senyum. Adakah senyumannya senget sebelah?
A (arm) — Lengan. Suruh individu itu mengangkat kedua-dua tangannya. Adakah sebelah tangan jatuh?
S (Speech) — Percakapan. Adakah individu itu boleh mengulang ayat mudah? Adakah percakapannya tidak jelas dan sukar difahami?
T (Time) — Masa. Masa adalah perkara yang sangat kritikal bagi pesakit strok. Ini kerana tempoh untuk memulihkan serangan strok sangat terhad iaitu kurang dari empat jam selepas serangan.

Jika individu itu menunjukkan tanda di atas, segera bawa ke hospital untuk mendapat rawatan sewajarnya. Setiap saat berlalu bermakna semakin banyak sel otak yang mati.

Strategi pencegahan dan rawatan

Dr Hamidon berkata, perkara paling penting untuk dilakukan ialah mengawal penyakit sedia ada, terutama kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, selain kerap bersenam serta elak merokok.

“Jika merokok, segera berhenti kerana ia meningkatkan risiko mendapat strok sehingga 50 peratus dan kesan asap rokok hanya hilang sepenuhnya dalam masa dua hingga empat tahun selepas anda berhenti merokok.

“Melakukan perubahan gaya hidup adalah kaedah terbaik untuk mencegah strok. Berdasarkan kajian, penduduk Asia, termasuk Malaysia, mendapat serangan strok 10 tahun lebih awal berbanding penduduk Barat. Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat,” katanya.

Dr Hamidon berkata, jika ada yang mengalami masalah fibrilasi atrium, segera dapatkan rawatan kerana ia menjadi penyumbang utama serangan strok. Kajian menunjukkan serangan strok berkaitan fibrilasi atrium lebih teruk kesannya berbanding strok jenis lain.

“Yang menyedihkan ialah, apabila mendapat serangan strok teruk, pesakit terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang walaupun untuk makan dan membersihkan diri. Tidak boleh menelan adalah masalah biasa bagi pesakit strok dan dalam keadaan ini mereka memerlukan makanan formulasi yang bukan murah harganya.

“Pesakit yang terlantar pula memerlukan penjaga sepenuh masa untuk mengubah posisi badan bagi mengelak ulser tekanan, terutama pada belakang badan. Setiap pesakit strok yang terlantar akan menyebabkan dua hingga tiga orang menjadi ‘kurang upaya’ kerana perlu berhenti kerja dan menjaga pesakit sepenuh masa,” katanya.

Masalah dihadapi pengamal perubatan di negara kita ialah pesakit strok lambat dibawa ke hospital (75 peratus kes). Banyak punca menyebabkan kelewatan ini, antaranya membiarkan gejala kecil dialami kerana menganggap bukan masalah serius, mahu mencuba rawatan tradisional terlebih dulu, tidak tahu mengenai penyakit, tinggal sendirian dan tinggal jauh dari hospital.

Lambat di sini bermakna melebihi tiga jam selepas mendapat serangan strok. Bagi pesakit strok, setiap saat sangat berharga dan mereka perlu diberi rawatan dalam tempoh empat jam bagi melawan kesan serangan strok. Namun kesan pemulihan paling baik jika pesakit diberi rawatan dalam tempoh 90 minit selepas serangan pertama strok.

“Serangan strok boleh berulang. Pesakit berisiko 30 kali ganda mengalami serangan kedua dalam masa tiga hari dan 14 kali ganda dalam masa 14 hari. Jadi, sebaik ahli keluarga terkena serangan strok, segera dail 999 untuk mendapatkan maklumat hospital terdekat yang menyediakan rawatan strok dan segera bawa pesakit ke hospital berkenaan.

“Hampir 78 peratus pesakit lewat dibawa ke hospital kerana mereka bergantung kepada keluarga untuk membuat keputusan bagi mendapatkan rawatan. Ini memang menyedihkan kerana kelewatan hanya membawa keburukan kepada pesakit,” katanya pada majlis pelancaran Kempen 1 Misi 1 Juta — Mendalami Punca Strok anjuran Boehringer Ingelheim.


Awasi tanda-tanda strok atau angin akmar | Bahaya strok ...

Strok atau angin akmar tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran. Strok atau angin akmar juga penyebab utama ketidakupayaan ...

Tindakan segera rawat strok | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

SERANGAN strok boleh mengubah hidup anda selama-lamanya. Sudahkah anda mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menyelamatkan diri dan ...

Info Kesihatan : Strok pendarahan lebih bahaya | Rawatan ...

STROK atau angin ahmar ialah serangan otak, sama ada disebabkan salur darah tersumbat atau berlaku pendarahan di bahagian tertentu otak.

Usah lengah rawat strok

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok.

Darah tinggi, kencing manis potensi strok

Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
Baca Lagi...

03 Disember 2014

Anda bakal diserang Stroke jika tidak

1. Memantau Bacaan Tekanan Darah ~ Kita mesti sentiasa tahu keadaan tekanan darah. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang ~ Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.

3. Buang Tabiat Merokok ~ Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.

4. Kurangkan Ambil Garam ~ Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.

5. Kawal Bacaan Diabetes ~ Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.

6. Jangan ambil minuman Alkohol ~ Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke. Jauhi diri anda daripada minum alkohol. Itu lebih baik.

7. Selalu Bersenam ~ Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman seperti berjalan kaki. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.

Kebanyakan penyakit yang kritikal ataupun serius dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Banyak perkara yang kita boleh elakkan ataupun cegah jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

Baca lain-lain INFO mengenai STROKE
http://bit.ly/tanda_stroke

********************************
ANDA DAH CUBA BERBAGAI KAEDAH RAWATAN?
Untuk masalah kesihatan anda atau keluarga anda

Bagaimana untuk kekal SIHAT secara
Semulajadi dan TERBUKTI berkesan

BioVCo PENAWAR masalah kesihatan
anda secara SEMULAJADI

********************************
Syukur selepas guna biovco hampir setahun,
tekanan darah jadi 120/78; gula 5.5; dan
kolestrol 4.8. Dulu semua over limit.

Abu Bakar Mohd Sheikh
Tanjung Karang
Selangor
********************************

Saya dah gunakan BioVCo dalam 4 bulan
dan hasil yang saya dapati

1. Mengurangkan Berat badan saya sebanyak 7kg
2. Lawas dalam pembuangan air besar
3. kulit muka lebih putih dan bersih
4. Yang penting badan sihat, ringan dan bertenaga

Siti Aisha bt Melan
Batu Berendam
Melaka

********************************
Saya telahpun menerima barang tempahan
saya. Begitu effektif & tidak perlu
menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran
dibuat, saya menerima barang tempahan
pada keesokkan harinya.

Raja Noor Ima bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
********************************

2 botol (150ml x 2) RM68 SM / RM78 SS

Saya nak bagi FREE Postage. SILA

☛ Hantar "STKB2" dan Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco

***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : admin@biovco.com
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
***************************************
Baca Lagi...