Memaparkan catatan dengan label kulit kering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulit kering. Papar semua catatan

09 September 2015

Usah biar kulit kering

Kulit kering boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah. 

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal. 

Kulit kering 

Kurang sebum, lalu muka tidak berkilat — Mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan. 

Kulit jenis ini juga sesekali menggelupas dan kadangkala memberi rasa kurang selesa. Perlu prihatin dengan garis halus yang timbul ketika dimamah usia, terutama di tepi mata, garisan senyuman dan dahi. 

Tahap kelembapan dan sebum rendah — satu-satunya cara menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Gunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan tinggi. 

Simptom 


  • Kulit kering dan bersisik. 
  • Bintik kecil yang terbuka dan luka bila digaru. 
  • Kulit kemerahan dan menggelupas. 
  • Kulit nipis - jika berada pada tahap kronik. 
  • Kekerapan menggaru akan menyebabkan kulit menggelupas dan mengalami jangkitan.

Jerawat tips rawatan dan jagaan muka

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulitwajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan ...

Psoriasis : Sel kulit mati tidak sekata

Sel kulit mati tidak sekata RENDAH diri, malu, tertekan dan terasing antara perasaan yang dialami pesakit kulit psoriasis. Apabila penyakit menyerang ...

Ekzema tak berjangkit

KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat lazim pada kanak-kanak ...

Ekzima dan Psoriasis

Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima ...

Usah biar kulit kering

CUACA tidak menentu di Malaysia menyebabkan kulit juga mengalami perubahan. Lihat saja di pasaran, ratusan produk kulit disyorkan bagi memelihara aset ...

Kulit bersih, sihat lengah penuaan

Kulit bersih, sihat lengah penuaan KULITNYA yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa ...

Kenali masalah kulit bayi anda

ruam lampin kulit bayi kelapa dara Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini ...

Tabiat merosakkan kulit

Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kit memberi kesan buruk padakulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya.


Baca Lagi...

20 Ogos 2015

Usah biar kulit kering

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.

Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan. Gaya hidup masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selalu bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak- kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

AD boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu atopik dermatitis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi, IgE.

Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi.

Sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar diketahui. Begitupun, banyak perkara dikaitkan sebagai pencetus ekzema.

Antaranya mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria dan kurap. Namun perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.

Namun semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan menyebabkan ekzema.

Untuk membantu mengurangkan simptom kurang menyenangkan serta tidak selesa, gunakan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.


Ekzema tak berjangkit

Ekzema tak berjangkit KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat ...

Ekzema | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, ...

Ekzema radang kulit 

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Ekzema jejas kualiti hidup

Ekzema jejas kualiti hidup APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

Ekzima dan Psoriasis

Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, ...

Kenali masalah kulit bayi anda 

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, ...
Baca Lagi...