Memaparkan catatan dengan label kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurus. Papar semua catatan

19 Disember 2017

7 tip mudah turun berat badan

KINI masalah obesiti atau kegemukan merupakan isu kesihatan yang utama di Malaysia. Ia bukan sekadar isu penampilan luaran tetapi paling utama ia meningkatkan risiko kesihatan kerana kegemukan atau obesiti berkaitan dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kanser, sakit jantung koronari, strok dan sebagainya.

Hampir kebanyakan daripada masyarakat kita ingin memiliki tubuh badan yang sempurna. Ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk tampil kurus, cantik dan menawan. Keutamaan yang sebenarnya kita perlu kurus untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus.

Di sini disenaraikan beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi membantu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. Sihat sepatutnya menjadi keutamaan dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah faktor cantik semata-mata.

1. Makan makanan dengan kandungan serat atau fiber yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, roti berserat penuh (wholemeal), biji Chia, ubi kayu, keledek, oat dan sebagainya. Karbohidrat dengan serat tinggi mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah. Ia akan mengawal paras insulin darah dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel-sel lemak.

Ia juga membantu membakar lebihan lemak dalam sel-sel lemak anda. Jika anda masih suka makan nasi putih, pastikan anda mengambil jumlah sayur-sayuran, ulam-ulaman serta buah-buahan yang lebih banyak. Serat yang tinggi dalam pemakanan membantu menurunkan berat badan dan mengelakkan masalah sembelit.

2. Ambillah lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa sawit merah dan minyak ikan. Buah avokado juga mengandungi lemak yang sihat. Elakkan daripada mengambil lemak tidak sihat yang mengandungi asid lemak trans seperti marjerin dan krimer yang banyak terdapat dalam makanan proses. Kita perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat halus dan makanan proses apabila mengambil lemak sihat ini.

Kajian menunjukkan pengambilan lemak sihat akan membantu membakar lemak dalam tubuh badan kita. Pengambilan cuka buah juga boleh membantu menurunkan berat badan seperti cuka epal sider, cuka buah tin dan cuka kurma. Satu sudu cuka perlu diambil dengan segelas air untuk mengurangkan rasa masam dan rasa pedih perut.

3. Ambillah lebih protein dalam pemakanan seharian. Makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe, telur, daging, udang, sotong mahupun kekacang. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk tubuh badan. Susu dan makanan berasaskan soya juga merupakan sumber protein yang baik. Dengan mengambil lebih protein, kita perlu mengurangkan jumlah karbohidrat sekali gus membantu membakar lebih banyak lemak.

Walau bagaimanapun, pastikan jumlah protein tidak terlalu tinggi iaitu dalam jumlah 1-1.5% daripada berat badan kita. Jika berat badan anda ialah 70 kilogram, maka jumlah protein dalam sehari adalah dalam lingkungan 70 gram hingga 90 gram sehari sahaja.

4. Elakkan mengambil makanan ringan (junk food) seperti mi segera, keropok ringan, kerepek, biskut, kek, pastri, jajan-jajan dan sebagainya. Ini kerana makanan ringan seperti ini tidak mengandungi zat pemakanan yang lengkap dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping memiliki pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

5. Amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, antioksidan, omega-3, mineral kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega-3 boleh menurunkan berat badan.

6. Banyakkan minum air kosong atau air mineral kerana ia membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Malah minuman seperti ini berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’. Sentiasalah minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong dalam sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

7. Jangan sesekali meninggalkan waktu makan. Makanlah sarapan pagi, tengah hari dan malam. Pastikan mengambil menu makanan yang sihat mengikut kaedah pinggan sihat iaitu suku pinggan nasi, suku lagi lauk dan setengah pinggan ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman.

Jangan berlapar dan meninggalkan makan di waktu makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang anda ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air. Elakkan juga mengambil makanan dan minuman manis yang bergula tinggi.

Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh. Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’. Teruskan usaha anda secara konsisten untuk mendapat kesihatan yang baik, wajah berseri dan tubuh yang kurus serta menawan.

Semoga berjaya.

* DR NORMAN MOHD NORAWI MBBS, MSC(UCSI), FAGE, Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi

Baca Lagi...

15 Disember 2017

Diet tapi tak kurus

Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.

Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.

Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.

"Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?" keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4) Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.



Baca Lagi...

16 September 2014

Tip Turun Berat Badan

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan agar tampil lebih berkeyakinan.

Mari kita bermula dengan tip diet dan pemakanan. 
  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari. 
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. 
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun. 
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda. 
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. 
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk. 
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. 
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 
  • Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman terkini asalkan anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda. 
  • Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan. 
  • Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi. 
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir. 
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga.
  • Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu. 
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak. 
  • Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik. 
  • Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya. 
  • Hubungan kelamin sebagai senaman? Aktiviti hubungan kelamin adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres. 



  • Menurunkan Berat Badan dengan 

    Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...



  • Cabaran menurunkan berat

    Menghilangkan berat badan bermaksud menghilangkan lemak badan yang berlebihan dan bukan cecair badan.
  • TESTIMONI Pengguna berat badan

    TESTIMONI Pengguna berat badan. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
  • Kehebatan Minyak Kelapa Dara


    Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, ..

  • Baca Lagi...