Memaparkan catatan dengan label ekzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekzema. Papar semua catatan

09 Februari 2019

Ekzema berjangkit ke?

Ekzema berjangkit ke? Itu antara soalan yang paling kerap kami terima. Pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya dan ingin tahu sama ada adakah ekzema ini penyakit yang berjangkit.
Ekzema atau dikenali sebagai atopik dermatitis, boleh membuatkan kulit gatal, meradang dan sangat kering.
Simptom normal biasanya termasuk kulit tebal, bersisik dan merekah dan tompokan berwarna merah atau coklat boleh muncul di mana-mana bahagian badan lebih-lebih lagi di tangan, kaki, buku lali, pergelangan tangan, leher, lutut dan siku.
Ekzema juga boleh menyebabkan benjolan kecil yang akan berkerak apabila anda garu. Menggarunya juga boleh menyebabkan kulit anda bengkak atau berdarah.
Walaupun ekzema boleh dikurangkan dengan melembapkan kulit untuk melawan rasa gatal dan ubat untuk melawan keradangan, penyakit ini tak ada ubat untuk menyembuhkannya.
Namun berita baiknya, kebanyakan bayi yang menghidap ekzema akan sembuh dengan sendiri apabila mereka membesar.

Ekzema berjangkit ke?

Ekzema terjadi disebabkan penghalang kulit yang tak berfungsi. Penghalang kulit ini berfungsi untuk memberi perlindungan dari ancaman luar seperti bakteria, iritasi dan alahan.
Jika anda mempunyai ekzema, variasi gen “menghalang” penghalang kulit ini dari memberikan perlindungan dan menyebabkan kulit anda mudah mendapat iritasi dan menyebabkan anda mendapat simptom ekzema.
Gen variasi ini juga membuktikan kenapa ekzema tidak berjangkit. 
Dr. Zeichner berkata:
“Anda tak boleh menyebarkan ekzema kepada sesiapa kerana ia berada dalam gen anda.”
Penyakit berjangkit biasanya berjangkit melalui virus, bakteria, kulat atau parasit. Jadi, oleh kerana gen variasi ini adalah penyebab ekzema dan bukan kerana mikroorganisma yang lain, penyakit ini bukan penyakit berjangkit.
Pertanyaan “ekzema berjangkit ke?” sering menjadi pertanyaan orang luar kerana ekzema ini boleh disebabkan oleh penyakit keturunan.
Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai ekzema, mereka mempunyai risiko untuk mendapat ekzema. Oleh kerana ini, ekzema kelihatan seperti penyakit berjangkit.

Apa yang boleh anda lakukan jika anak mempunyai ekzema?

Walaupun ekzema tak boleh dirawat, tapi ada beberapa cara untuk anda mengawalnya. Ikuti langkah-langkah ini:
  • Jika anak anda mempunyai ekzema, perhatikan apa yang membuatkan ekzema anak anda naik dan catatkan supaya mudah untuk anda berbincang dengan doktor.
  • Beberapa pakar mengatakan, pendedahan kepada makanan tertentu boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk. Sebelum anda mendapat nasihat dari doktor tentang perkara ini, jangan ubah pemakanan anak secara drastik kerana hanya 10% kanak-kanak yang mempunyai ekzema disebabkan oleh makanan.
  • Habuk juga dikatakan boleh menyebabkan ekzema. Walaupun belum ada bukti yang kukuh lagi, anda boleh mengurangkan risiko ini dengan membersihkan tempat tidur anak anda setiap minggu dan udarakan bilik setiap hari.
  • Cuaca dan bilik yang panas boleh membuatkan ekzema menjadi semakin teruk, oleh itu, pastikan anak anda memakai baju yang nipis dan menjaga suhu bilik agar tak terlalu panas.
  • Potong kuku anak anda untuk mengelakkan iritasi kulit sekiranya mereka garu pada bahagian yang gatal.
Jadi, jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, sekarang anda boleh beritahu orang lain yang mereka tak perlu risau kerana ia tak berjangkit.
Jika anda tak mempunyai ekzema, anda sekarang tak perlu risau untuk dekat dengan orang yang mempunyai ekzema.


Baca Lagi...

22 September 2018

Trauma Ekzema

Trauma Ekzema

Trauma Ekzema
RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit.

Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.

Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.


Baca Lagi...

20 Ogos 2015

Usah biar kulit kering

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.

Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan. Gaya hidup masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selalu bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak- kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

AD boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu atopik dermatitis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi, IgE.

Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi.

Sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar diketahui. Begitupun, banyak perkara dikaitkan sebagai pencetus ekzema.

Antaranya mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria dan kurap. Namun perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.

Namun semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan menyebabkan ekzema.

Untuk membantu mengurangkan simptom kurang menyenangkan serta tidak selesa, gunakan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.


Ekzema tak berjangkit

Ekzema tak berjangkit KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat ...

Ekzema | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, ...

Ekzema radang kulit 

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Ekzema jejas kualiti hidup

Ekzema jejas kualiti hidup APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

Ekzima dan Psoriasis

Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, ...

Kenali masalah kulit bayi anda 

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, ...
Baca Lagi...

07 Ogos 2015

Ekzema radang kulit

BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi sebenarnya masalah itu adalah ekzema, iaitu kulit sensitif yang bukan saja berlaku pada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

Dikenali juga sebagai atopic dermatitis, ia berlaku disebabkan jangkitan bakteria di kawasan berpeluh yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan berkerak. Ruam merah berkenaan kelihatan seperti kulit melecur. 

Radang kulit ini berlaku pada semua bangsa dan pelbagai peringkat umur. 

Kira-kira 85 peratus kes dihidapi kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh, misalnya di lipatan leher, lengan, kaki, hidung, muka dan pelipat kaki. 

Penyakit ini boleh pulih tetapi bergantung kepada ketahanan antibodi seseorang sama ada pada usia dua, enam atau 12 tahun. Dalam sesetengah kes, penyakit ini dihidapi pesakit hingga ke akhir hayat. 

Komplikasi ekzema ialah gatal menyebabkan pesakit sering menggaru. Akibatnya, mereka terdedah kepada jangkitan kuman serta menyebabkan nanah. Ada pesakit yang mengalami ekzema daripada kepala hingga ke tubuh. 

Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk merawat masalah itu atau pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya. 

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Ms Kadir berkata, ekzema bukan penyakit popular satu masa dulu, tetapi bilangan penghidapnya kini semakin meningkat disebabkan faktor persekitaran dan pemakanan. 

“Semua orang terdedah kepada risiko mendapat ekzema tetapi risiko lebih tinggi kepada yang ada sejarah penyakit tertentu seperti asma, alergi dan ekzema dalam keluarga,” katanya. 

Menurutnya, disebabkan salah tanggapan ekzema boleh berjangkit, ada individu menjauhi pesakit ekzema. Bagaimanapun, penyakit radang kulit itu bukan penyakit berjangkit, sebaliknya berpunca daripada sistem imun yang lemah. 

“Jangan buat kanak-kanak penghidap ekzema berasa tersisih. Emosi mereka terganggu kerana penyakit ini membataskan aktiviti mereka. 

“Mereka tidak boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana penyakit ekzema menjadi lebih buruk apabila mereka berpeluh,” katanya. 

Dr Syed Nazir berkata, penyakit itu datang dan pergi menyebabkan pesakit harus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia berulang. 

Antara perkara yang perlu dihindarkan pesakit ialah menggunakan sabun mandi yang mempunyai pewangi kerana ia mengandungi lebih banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit kering. 

Pesakit juga perlu mengelak berada di tempat panas kerana kulit mereka yang sensitif akan memberi kesan buruk apabila berpeluh. 

Mereka juga menghindarkan kulit daripada bahan atau perkara yang boleh mencetuskan ekzema seperti kosmetik, pakaian, sabun pencuci pakaian mahupun barang kemas. Selain itu, elak juga pakaian tebal yang mudah membuatkan mereka berpeluh. 

Pesakit harus menyapu pelembap bagi mengelak kulit kering. Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk mengurangkan masalah itu. 

PUNCA 

Keturunan, alahan, kulit yang kering, gatal dan sensitif pada cuaca panas dan kain berbulu. Juga boleh terjadi akibat jangkitan virus, penggunaan bahan kimia seperti sabun, pembersih atau minyak wangi mahupun alahan kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan. 

GEJALA 

Tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki, kemerahan dan rasa terbakar, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit atau bengkak kecil yang berair. 

KAEDAH RAWATAN 

Doktor akan memberi ubat pencegah gatal seperti antihistamin, losyen pelembap, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, krim steroid untuk kes ekzema yang teruk dan antibiotik jika berlaku jangkitan kuman. 

TIPS MENGURANGKAN GEJALA 

Letakkan anak di bilik selesa dan nyaman, elak mandi air panas/suam, elak memakai baju berlapis-lapis, guna pakaian jenis kapas dan nipis, elak fabrik kasar, jangan guna sabun wangi apabila mandi dan guna krim pelembap selepas mengelap anak. Awasi makanan yang menyebabkan alahan serta dapatkan nasihat doktor.

Ekzema tak berjangkit | Rawatan Ekzema

 Ekzema tak berjangkit KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat ...

Ekzema

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, ...

Ekzema radang kulit | Ekzema

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

5 Jul 2008 - Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis

Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, ...

Kenali masalah kulit bayi anda 

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, ...

Alahan terhadap makanan

Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi ...

Alahan Bawa Maut

Malah, risiko alahan juga meningkat bagi pesakit asma atau individu yang mengalami alahan rinitis serta ekzema (alahan yang menyebabkan kulit gatal dan ...

Baca Lagi...

10 November 2014

Ekzema Radang kulit kronik

Dermatitis atopi adalah sejenis radang kulit jangka panjang (kronik) yang biasa dialami kanak-kanak. Apabila ini berlaku, kulit atopi mudah menjadi kering, bersisik, gatal, radang dan sangat tidak selesa serta menyebabkan bayi menggeliat dan gelisah walaupun ketika tidur. Dalam keadaan ini, ekzema boleh muncul pada mana-mana bahagian badan bayi, seperti pipi, sendi lengan dan kaki.

Keadaan ini pasti menimbulkan kebimbangan ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila tompok merah muncul pada kulit si manja. Keadaan ini membuatkan ibu bapa menyangka anak mereka mengalami alahan makanan tetapi sebenarnya tidak. Walaupun ekzema adalah penyakit biasa, sebagai ibu bapa perlu memahami punca kerengsaan untuk mengenal pasti kaedah pencegahan dan pengurusan. 

Buat masa ini, tiada ubat menyembuhkan dermatitis atopi, namun penyakit ini boleh menjadi bertambah baik atau hilang sama sekali apabila meningkat dewasa. Disebabkan kulit ekzema selalunya kering dan mudah terengsa justeru, pengurusan penjagaan kulit bagi menjadikan kulit lembap untuk jangka panjang dan pembersihan secara lembut disyorkan sejak kecil bagi menghindari daripada dermatitis atopi. 

Ekzema pula adalah tindak balas sistem imun dan boleh dicetuskan oleh sabun, krim dan bahan pencuci tertentu. Tekanan, haba dan peluh boleh memburukkan lagi keadaan. Risiko si manja mengalami ekzema adalah lebih tinggi jika terdapat saudara terdekat yang mengalami penyakit kulit ini.

Ekzema menyebabkan kegatalan dan rasa yang sangat tidak selesa. Tambahan pula jangkitan bakteria boleh berlaku akibat kegiatan menggaru. Oleh itu, ibu bapa perlu menguruskan ekzema dengan sentiasa mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Kulit yang sihat mempunyai pH serba berasid iaitu pH lima hingga enam. Kulit ekzema lebih beralkali dengan tahap pH lebih tinggi daripada tujuh. Kulit beralkali meningkatkan aktiviti protease yang mengganggu fungsi rintangan perlindungan kulit dan akan memburukkan lagi keadaan ekzema. 

Protease adalah enzim yang terdapat secara semula jadi dalam kulit dan ia memainkan peranan penting untuk menguraikan protein di dalam kulit bagi membolehkan proses pembaharuan kulit secara semula jadi. Apabila pH kulit menjadi beralkali, enzim protease menjadi terlalu aktif dan mengakibatkan kegagalan fungsi rintangan kulit. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi sensitif dan mudah terdedah kepada jangkitan.

  • Ekzema tak berjangkit | Rawatan Ekzema

    www.biovco.com/ik.php?no=122&tjk=ekzema-tak-berjangkit.php
    KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalamiekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat lazim pada kanak-kanak ...
  • Trauma ekzema

    www.biovco.com/ik.php?no=1&tjk=trauma-ekzema
    Penyakit ekzema atau masalah ekzema merupakan kegatalan kulit, ekzema boleh dielak. Ubat ekzema secara semulajadi dengan produk BioVCO boleh ...
  • Gatal Kulit sebab ekzema

    biovco.blogspot.com/2014/09/gatal-kulit-sebab-ekzema.html
    4 Sep 2014 - Penyakit ekzema berlaku kerana sistem imun akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang ...
  • BioVCO - Foto Kronologi | Facebook

    https://id-id.facebook.com/infobiovco/photos/a.../10152773694340295/
    [ 6 Punca dan Penyebab Ekzema ] Kebanyakan punca sebenar eczema tidak diketahui. Namun ianya biasa dikaitkan dengan : ☛ Alahan kepada susu formula...
  • Ekzema penyakit kulit kronik ~ Info Kesihatan

    infokesihatan4u.blogspot.com/2014/.../ekzema-penyakit-kulit-kronik.ht...
    4 Sep 2014 - Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai ... Ubat ekzema secara semulajadi dengan produk BioVCO boleh .
  • Twitter / biovco: Trauma ekzema

    https://twitter.com/biovco/.../43032983249774...
    Terjemahkan halaman ini
    3 Feb 2014 - Trauma ekzema RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan ... Don't miss any updates from BioVCO.

  • Baca Lagi...

    23 Disember 2009

    Masalah Kegatalan kulit bersisik




    PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang menderita kerananya. Penyakit kulit menakutkan bukan kerana kesakitan yang dialami tetapi kerana ia menonjol secara luaran dan mencacatkan penampilan seseorang individu.

    Kebanyakan penyakit kulit tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa. Namun, kehadiran mana-mana penyakit kulit sekalipun pasti akan menggusarkan kehidupan seharian, bukan sahaja kerana ia menyebabkan ketidakselesaan tetapi turut membuatkan rasa rendah diri untuk bergaul dalam masyarakat.

    Jika membincangkan masalah kulit, mungkin perkara pertama yang difikirkan adalah kecantikan bagi seorang wanita. Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.




    Baca Lagi...