Memaparkan catatan dengan label penyakit tiroid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit tiroid. Papar semua catatan

19 Ogos 2018

Penyakit Tiroid dan Cara Merawat


Penyakit Tiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Hormon Tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sekiranya tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak.

Paras hormon tiroid yang tinggi, akan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai hipertiroid dan jika paras hormon terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit hipotiroid. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.

Ujian Penyakit Tiroid dan Cara Merawat

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroid.


Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

09 Ogos 2018

Tanda-Tanda Tiroid (Hipertiroid)

TANDA-TANDA TIROID (HYPERTHYROID)

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda-tanda tiroid @ hyperthyroid. Atau:
  • Anda mungkin merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
  • Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas
  • Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
  • Mengalami keguguran rambut
  • Hilang berat badan walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa
Jika anda mengalami mana-mana tanda-tanda tiroid di atas, sila berjumpa doktor. Tanpa rawatan, penyakit tiroid @ hyperthyroid boleh menyebabkan masalah jantung, tulang dan yang lebih bahaya adalah tiroid storm

Baca Lagi...

18 September 2014

11 Tanda Tersembunyi Masalah Tiroid

Kelenjar tiroid adalah salah satu kelenjar endokrin dalam tubuh. Kelenjar yang berbentuk seperti kupu-kupu ini terletak di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang membantu mengawal fungsi organ tubuh seperti jantung, otak, hati, buah pinggang dan kulit.

Apakah masalah tiroid?

Ada beberapa jenis penyakit dan masalah yang menyebabkan tiroid tak berfungsi. Dua masalah tiroid paling biasa adalah hipotiroid dan hipertiroid. 

Hipotiroid terjadi ketika kelenjar tiroid kurang aktif dan tak mampu menghasilkan hormon yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Masalah ini boleh disebabkan kecacatan sejak lahir, pembedahan kelenjar tiroid atau benjolan.

Hipertiroid berlaku disebabkan kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan hormon melebihi daripada yang diperlukankan tubuh. Penyebab paling biasa hipertiroid adalah penyakit autoimun, benjolan, dan pengambilan sodium yang berlebihan.

Apa gejala dan tanda tiroid anda bermasalah? 

Masalah dan tanda tiroid sukar dikenalpasti, kerana ia memiliki gejala yang yang hampir sama dengan penyakit lain. Gejala disfungsi tiroid juga berbeza-beza, bergantung tahap yang dialami oleh pesakit. Berikut adalah beberapa gejala penyakit tiroid:

  • Letih dan lesu walaupun cukup istirahat
  • Tekanan perasaan, kehilangan daya fokus
  • Masalah haid luarbiasa, PMS, masalah kesuburan/keguguran
  • Sembelit, meski cukup pengambilan serat
  • Selalu lupa, sukar memberi tumpuan.
  • Berat badan bertambah tiba-tiba, wajah menggembung
  • Kulit gatal atau kering, meski cukup menggunakan pelembap
  • Kuku dan rambut kering
  • Susah menelan
  • Tidak tahan sejuk, terutama di hujung jari tangan dan kaki
  • Kekejangan otot
Jika Anda mengalami gejala-gejala di atas, berjumpalah doktor untuk membuat pemeriksaan tahap hormon tiroid anda.










  • Penyakit Tiroid

    penyakit bengkak kelenjar tiroid TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum.
  • Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat - ...

    Penyakit tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 ...
  • Penyakit Tiroid

    Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali triiodotironine ...
  • Penyakit Tiroid

    APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus.
  • tiroid boleh mempengaruhi hampir ...

  • Penyakit Thyroid

    Goiter tidak toksik: Pembesaran kelenjar tiroid yang dapat dilihat dikenali sebagai goiter. Keadaan ini boleh berlaku sama ada dalam keadaan paras hormon ...







  • Baca Lagi...

    11 September 2014

    Penyakit Tiroid

    Terdapat dua hormon dikeluarkan kelenjar tiroid iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

    Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku.

    Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

    Penyakit hipotiroidisme

    Penyakit hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

    Penyakit Hipertiroidisme

    Penyakit Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.



  • Penyakit Tiroid

    penyakit bengkak kelenjar tiroid TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum.
  • Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat

    Penyakit tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 ...
  • Penyakit Tiroid 

    Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali triiodotironine ...
  • Wanita dan penyakit tiroid | Rawatan Tiroid

    TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir ...
  • Keikhlasan itu Penting: BioVCO

    28 Okt 2011 - dan..sy agk kurg keyakinan nak cube another option. but..minyak biovcotu sbnrnya membantu or x? sbb setau sy tiroid bole sbbkn mslh ...
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak ... Goiter tidak toksik: Pembesaran kelenjar tiroid yang dapat dilihat dikenali ...
  • Kelenjar-tiroid

    TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang ...
  • Penyakit Tiroid - YouTube

    Dimuat naik oleh BioVCO
    Kenali Penyakit Tiroidthyroid : https://www.facebook.com/ ....BioVCO : Rawatan dan SIHAT tanpa ...



  • Baca Lagi...

    25 Ogos 2013

    Penyakit Tiroid

    Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

    Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

    Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

    Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher


    rawatan dan sihat tanpa ubat
    Baca Lagi...

    28 Disember 2009

    Bengkak kelenjar tiroid



    TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

    Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

    Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

    Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.





    Baca Lagi...

    25 November 2009

    Hipotiroidisme penyakit rahsia



    Bagaimana jutaan orang di seluruh dunia boleh menderitai penyakit hipotiroidisme sedangkan dalam masa yang sama, mereka langsung tidak menyedarinya? Itulah hakikatnya. Hipotiroidisme merupakan sejenis gangguan tiroid yang paling kerap ditemui, yang terjadi apabila aktiviti kelenjar tiroid kurang berbanding normal.

    Sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan tiroid iaitu sejenis kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang terletak pada pangkal leher, bawah sedikit daripada halkum anda.

    Kelenjar tiroid terdiri daripada dua lobus, satu pada setiap sisi trakea yang disambungkan oleh satu ismus atau segenting. Ia merembeskan hormon tiroid yang diperlukan bagi proses metabolik dan mental yang normal, juga perkembangan fizikal anda.

    Terdapat dua jenis hormon tiroid iaitu triiodotironin (T3) dan tiroksina (T4). Keseluruhan aspek metabolisme anda – dari degupan jantung membawalah ke berapa cepat kalori dibakar, semuanya mempunyai kaitan langsung dengan hormon yang berperanan besar terhadap fungsi tubuh ini.






    Baca Lagi...

    09 November 2009

    GOITER - Bengkak kelenjar tiroid

    GOITER - Bengkak kelenjar tiroid



    TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

    Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

    Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.


    Baca Lagi...