Memaparkan catatan dengan label acne. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label acne. Papar semua catatan

26 November 2014

7 TIP JIKA ANDA NAK ELAK JERAWAT

✔ Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.

✔ Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.

✔ Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran.

✔ Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit.

✔ Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.

✔ Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.

✔ Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.

Baca maklumat berkaitan JERAWAT
Baca Lagi...

22 September 2014

5 tip elak muka berjerawat

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Terlalu kerap membersihkan muka

Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak / berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

2. Memicit jerawat

Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan memicit jerawat anda dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat.

3. Mengambil makanan berminyak

Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

4. Elak treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

5. Penggunaan pencerah kulit

Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.


  • Jerawat - Jangan pandang remeh

    Jerawat - Jangan pandang remeh SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat | Elak Jerawat

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • Masalah Jerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk ...
  • Tentang Jerawat | Ubat Jerawat

    Tentang Jerawat Apa itu jerawat? Mengapa ada jerawat? Bagaimana mahu mengatasinya? Bacalah artikel ini dan belajar lebih banyak tentang JERAWAT.
  • Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling ...

    Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga...
  • Info Kesihatan - Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran...

    Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran jerawat bukanlah suatu pengalaman yang ... Bagaimana minyak kelapa dara BioVCo mampu untuk merawat jerawat?
  • Tekanan emosi punca jerawat ~ Info Kesihatan

    9 Apr 2013 - www.biovco.com/jerawat-28hz.php - Translate this page. SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya ...
  • Baca Lagi...

    25 Mac 2010

    Jerawat - Jangan pandang remeh

    "SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang juga. Kadang-kadang malu juga melihat keadaan wajah saya lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan orang. Pernah saya tidak datang satu temuduga kerja kerana malu dengan muka saya yang penuh jerawat."

    Demikian antara luahan hati Norlia Ahmad, seorang remaja yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jerawat yang agak serius dialaminya.

    Norlia tidak berseorangan, sebaliknya ramai lagi remaja menghadapi masalah sama kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah mengalami jerawat iaitu antara 80 peratus hingga 90 peratus.

    Baca Lagi...

    29 Disember 2009

    Masalah Jerawat



    Apa Itu Jerawat?

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup. Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

    Insiden Dan Punca Jerawat

    Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.







    Baca Lagi...

    30 November 2009

    Serangan resdung


    MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.

    Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

    Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

    Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.





    Baca Lagi...