Memaparkan catatan dengan label Penyakit Kencing Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit Kencing Manis. Papar semua catatan

02 Disember 2009

Pengidap kencing manis tetap perlu glukos


BAHAYA: Pengambilan berlebihan buah-buahan manis perlu dielakkan.

ROSMAH (bukan nama sebenar) menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu. Sejak itu, ibu dua anak berusia 40 tahun itu cukup berhati-hati dengan makanannya. Rosmah cukup takut jika gula dalam darahnya meningkat naiki. Masih terbayang di matanya kisah pesakit kencing manis yang terpaksa dipotong kakinya. Kalau boleh, Rosmah tidak mahu ia berlaku ke atas dirinya.

Disebabkan kebimbangan terlampau itu, Rosmah tidak makan nasi mahupun makanan atau minuman bergula. Setiap kali melihat gula, Rosmah seakan trauma. Rosmah berpuasa dengan hanya makan roti putih dan sup sayur selama dua minggu sehinggalah suatu malam suaminya mendapati Rosmah pengsan tidak sedarkan diri. Rosmah dikejarkan ke wad kecemasan pada malam itu dan doktor terpaksa memasukkan glukos ke tubuhnya melalui saluran tiub. Doktor menasihatkan Rosmah agar tidak menolak terus makan karbohidrat kerana badan masih memerlukan gula untuk tenaga.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pesakit kencing manis perlu mengambil makanan berasaskan karbohidrat kerana tubuh tetap memerlukan glukos sebagai sumber tenaga.

Jangan sesekali tidak makan langsung makanan berkabohidrat kerana kekurangan gula juga menimbulkan mudarat kepada tubuh. Walaupun seseorang itu menghidap kencing manis, tubuh masih memerlukan karbohidrat. Tetapi, glukos yang diperlukan dalam bentuk ringkas supaya mudah diserap seperti beras perang atau roti bijirin penuh berbanding nasi atau roti putih.





Baca Lagi...

20 November 2009

Makanan segera antara punca penyakit kronik


CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.







Baca Lagi...