Memaparkan catatan dengan label tonsil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tonsil. Papar semua catatan

09 Januari 2023

Makanan Penyembuh Tonsilitis

Tonsilitis adalah masalah yang boleh  menyakitkan dan menjadikannya sukar untuk menelan. 

Walaupun terdapat rawatan perubatan, terdapat juga beberapa makanan yang boleh membantu meringankan gejala dan mempercepatkan proses penyembuhan. 

Berikut adalah beberapa makanan terbaik untuk dimakan apabila anda mengalami tonsillitis.

Makanan yang lembut dan mudah ditelan biasanya adalah yang terbaik apabila anda menghidapi tonsillitis.

Fikirkan tentang sup, kentang tumbuk, oat atau telur hancur. Anda juga mungkin ingin mencuba buah-buahan atau sayur-sayuran tulen, atau smoothie.

Ia juga penting untuk kekal terhidrat apabila anda menghidapi tonsillitis. 

Minum banyak air, teh herba, atau jus buah yang dicairkan. Elakkan kafein dan alkohol, yang boleh menyebabkan anda dehidrasi.

Jika anda menghadapi masalah makan kerana sakit atau kesukaran menelan, cuba menghisap cip ais atau popsikel. 

Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit yang dijual bebas seperti ibuprofen atau acetaminophen untuk membantu melegakan kesakitan dan keradangan.

Ketahui Cara Mengatasi Tonsil Bengkak


Baca Lagi...

19 Julai 2018

Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis

Atasi Tonsil Bengkak

www.biovco.com/ikogos14.php?tjk=atasi_tonsil_bengkak
Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsil berlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

www.biovco.com/iko.php?no=10&tjk=tonsil.php
UNGKAPAN saya ada tonsil seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan ...

Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

www.biovco.com/tonsil-12sf.php
Tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau ...
Anda telah melawat halaman ini 2 kali. Lawatan terakhir: 18/05/2018

Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis - ...

https://www.biovco.com/infb.php?no=4&tjk=makanan_minuman...tonsilitis
Tonsillitis adalah jangkitan tekak yang berlaku pada tonsil. Tonsils adalah dua massa tisu limfa yang terletak di setiap sisi tekak. Amandel ini menghalang organ ...

Testimoni tonsil Pengguna BioVCo | Rawatan dan Sihat ...

www.biovco.com/testimoni.php?tst=tonsil
Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri melalui email kepada pihak ...

Masalah Tonsil bukan sekadar sakit tekak

infokesihatan4u.blogspot.com/2015/06/sakit-tonsil-bukan-sekadar-sakit-tekak.html
10 Jun 2015 - “Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher,” ... BioVCO.Tonsil. 16. Wanita Mengandung. Serta banyak lagi.

Baca Lagi...

13 Disember 2017

Jangan Pandang Remeh Sakit Tonsil

MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.

"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


Baca Lagi...

07 November 2017

Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Agar Tidak Sakit Lagi Ketika Menelan

Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Dan sekali gus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan tonsil membengkak.

Tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan perit di bahagian tekak, sukar untuk menelan makanan ataupun air liur dan sekaligus membantutkan selera makan. Kadang kala boleh jadi lebih teruk, mungkin akan mengalami demam yang tinggi suhunya dan tonsil boleh membengkak hingga mencapai saiz yang besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah boleh mengganggu pernafasan.

Secara amnya, tonsil yang membengkak akan pulih dengan sendirinya, namun mungkin mengambil masa. Dan sekiranya tonsil dijangkiti bakteria, doktor menyarankan supaya mengambil antibiotik supaya penyembuhan berlaku lebih cepat.

Sekiranya sistem pertahanan badan kita lemah, masalah tonsil membengkak boleh berulang empat atau lima kali setahun. Jika ini berlaku, biasanya doktor akan nasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Sebelum radang tonsil ini menjadi lebih teruk dan membengkak lebih besar, saya nak kongsikan 4 cara mudah untuk kecutkan bengkak tonsil yang anda boleh buat hanya di rumah. Inilah cara yang saya buat waktu tonsil saya membengkak bulan lepas.

3 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil

1. Banyakkan minum air masak & air suam

Cara ini yang paling mudah dan yang paling senang. Banyakkan minum air masak suam. Elakkan minum air sejuk berais. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2. Pilih Makanan Yang Lembut dan Berkhasiat

Sepanjang tonsil membengkak, tekak akan sakit dan sukar untuk menelan. Seeloknya, pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau nasi bersama sup ayam. Elakkan makanan yang pedas-pedas dan berempah. Jus buah-buahan juga sangat digalakkan minum. Pastikan jus buah yang dikisar sendiri bukan yang dalam tin atau botol.

3. Elakkan Makanan Manis dan Bergula

Sepanjang saya mengalami bengkak tonsil bulan lepas, salah satu cara yang saya buat, elakkan daripada memakan makanan yang manis dan bergula seperti contoh air manis, kek, kuih muih manis dan pencuci mulut yang mengandungi gula. Tonsil membengkak salah satunya disebabkan sistem pertahanan (sistem imun) kita lemah.

Gula putih salah satu makanan yang boleh melemahkan sistem imun badan kita. Jadi, seeloknya pantang sementara dan elakkan mengambil makanan bergula sehingga betul-betul sembuh.


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Baca Lagi...

12 Ogos 2015

Jangan pandang remeh sakit tonsil

MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang. Baca selanjutnya


Apakah itu Tonsil?

Apakah itu TonsilTonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel ...

Radang tonsil perlu dibuang

Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...

Virus punca sakit tekak

SAKIT tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian ...
Baca Lagi...

22 Oktober 2014

3 Jenis Tonsillitis

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria. Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang

Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa. Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.

Simptom Acute Tonsillitis

Sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).

Dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!

Acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.

Apa itu Recurrent Tonsillitis ?

Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.

Jadinya, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.

Tonsillitis Kronik

-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.



  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil




    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...
  • Apakah itu Tonsil? - BioVCO.com

    www.biovco.com/ik.php?no=125&tjk=apakah-itu-tonsil.php

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Atasi Tonsil Bengkak - BioVCO.com

    www.biovco.com/ikogos14.php?tjk=atasi_tonsil_bengkak

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
  • Tonsil dan masalah berkaitan tonsil - BioVCO.com

    www.biovco.com/iko.php?no=10&tjk=tonsil.php

    UNGKAPAN 'saya ada tonsil' seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan ...
  • [ Radang pada tonsil ] Tonsil merupakan tisu

    https://www.facebook.com/infobiovco/posts/10152590065145295

    [ Radang pada tonsil ] Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis....
  • Baca Lagi...

    24 September 2014

    Radangan kelenjar tonsil

    Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

    Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus. Jangkitan biasanya dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

    Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil. Jangkitan tonsilitis menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher. Sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

    Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut. Kebanyakan penyakit tonsilitis disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

    Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit tonsilitis. Tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak manakala abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.


  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil ... Rambut beruban | Rambut gugur | Resdung | Resdung kronik | Ruam lampin | Sakit kulit | Sembelit | Talesimi | Tiroid | Tonsil ...
  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...
  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Atasi Tonsil Bengkak 

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
  • Baca Lagi...