Memaparkan catatan dengan label obes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label obes. Papar semua catatan

29 Ogos 2015

9 Cara Mencegah Obesiti

☛ Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

☛ Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 

☛ Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 

☛ Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

☛ Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.

☛ Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

☛ Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

☛ Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan  doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari. 

☛ Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.

1.7 juta berdepan obesiti

1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan ...

Lindungilah anak daripada obesiti 

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

Obesiti jejas kesuburan

Obesiti jejas kesuburan. Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) ...

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah obesiti kian meruncing. Oleh Ardyhansah Amat. Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...


Baca Lagi...

13 Ogos 2015

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti.

Malaysia juga tidak ketinggalan berdepan masalah ini, yang mana menunjukkan peningkatan saban tahun sejak 15 tahun lalu.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2011 mendapati, sebanyak 15.1 peratus rakyat negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan berbanding 4.4 peratus pada 1996.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Saiful Adli Suhaimi, 43 peratus orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, 26 peratus lagi kanak-kanak sekolah rendah manakala 20 peratus di kalangan remaja.

Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan. Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak secara berlebihan. Baca Selanjutnya



Lindungilah anak daripada obesiti

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

1.7 juta berdepan obesiti

obesiti atau gemuk, cara elak obesiti dan ubat obesitiobesiti juga dapat dielak dengan senaman dan diet.

1.7 juta berdepan obesiti 

Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan kerana meningkatkan risiko pelbagai ...

Masalah obesiti kian meruncing

Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti. Malaysia juga tidak ketinggalan ...

Obesiti jejas kesuburan

Pada masa sama obesiti juga boleh menyebabkan kitaran haid terganggu; memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil (jika mengandung, kandungan tidak ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...

Info Kesihatan : Waspada ukur lilit pinggang

Persatuan Kajian Obesiti Jepun (JASSO) menjelaskan bahawa seorang wanita yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 25 tetapi ukuran pinggangnya ...
Baca Lagi...

28 November 2014

9 Cara Turunkan berat badan

Rasa lapar adalah salah satu musuh bagi orang yang sedang berdiet. Pengambilan makanan yang cepat mengenyangkan adalah salah satu cara yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Mengawal rasa lapar juga penting supaya diet berhasil.


Untuk menurunkan berat badan, ada trik agar nafsu makan Anda berkurang dan merasa lebih cepat kenyang. Ingin tahu? Cuba lakukan beberapa cara berikut :

1. Makan ikan

Kajian menunjukkan bahawa ikan lebih mengenyangkan berbanding makan daging atau ayam.

2. Matikan Aircond

Tubuh yang sejuk membuat Anda cepat lapar. Sebaliknya tubuh pada suhu yang tidak sejuk akan menurunkan nafsu makan. Kerana itu, matikan Aircond dan biarkan tubuh Anda berada dalam suhu biasa untuk mengurangkan rasa lapar.

3.Makan telur semasa sarapan

Sarapan yang kaya protein akan menurunkan penghasilan hormon yang menyebabkan rasa lapar dibandingkan dengan sarapan yang kaya karbohidrat.

4. Makan gandum

Pengambilan gandum akan membuat Anda lebih cepat kenyang kerana serat yang ada di dalamnya.

5. Makan kalori

Jangan minum kalori, namun makanlah makanan yang mengandung banyak kalori. kalori yang berbentuk cairan tidak mengenyangkan dan membuat Anda lebih banyak makan. Hindari minuman yang mengandungi banyak kalori seperti soda atau alkohol.

6. Gunakan pinggan kecil

Menggunakan pinggan seperti pinggan dan mangkuk yang kecil akan membuat Anda lebih cepat kenyang dibandingkan dengan makan menggunakan pinggan yang besar.

7. Jangan makan sambil menonton TV

Menurut satu kajian orang yang makan sambil bekerja atau menonton TV akan mengambil 50 peratus kalori lebih banyak dan lebih cepat kenyang.

8. Gunakan peralatan berwarna biru

Satu kajian menunjukkan bahawa warna biru mampu mengekang nafsu makan. Gunakan peralatan makan berwarna biru untuk mengurangkan selera makan Anda.

9. Jadi vegetarian

Makanan vegetarian dipenuhi dengan serat dan makanan yang mengandung sedikit kalori seperti buah-buahan, sayur, biji-bijian dan kacang. Kajian menunjukkan bahawa vegetarian lebih berkesan untuk menurunkan berat badan berbanding orang yang makan daging, ayam, dan produk tenusu.

Itulah beberapa cara mudah yang boleh Anda lakukan untuk mengurangkan nafsu makan dan supaya cepat kenyang untuk menurunkan berat badan. Selamat mencuba!

1.7 juta berdepan obesiti
http://bit.ly/_obesiti

***************************************
Anda dah cuba berbagai cara untuk
menurunkan berat badan?
Masih tiada KESAN?

Anda Ingin :

✔ Turunkan Berat Badan tanpa UBAT
✔ Meningkatkan kadar metabolisma
✔ Tanpa DIET keterlaluan
✔ Tiada kesan sampingan
✔ Kaedah SEMULAJADI
✔ Meningkatkan kesihatan anda
✔ Sesuai diambil oleh seisi keluarga anda
✔ Boleh diambil oleh ibu mengandung

BioVCo BOLEH membantu anda
DAPATKAN SEKARANG !!!

********************************
Saya ingin berkongsi tentang penggunaan 
BioVCo. Saya telah mengamalkan BioVCo 2 
sudu besar setiap pagi dan alhamdulilah, 
ianya memberi perubahan pada saya. 

Berat badan saya dapat dikurangkan dan 
maintain sehingga sekarang dan beratnya 
sama seperti sebelum mengandung.

Pn Amlas Ahmad 
Kuala Terengganu

********************************
Saya menggunakan BioVCo sejak lebih 
sebulan yang lalu. Berat badan saya 
pada mulanya 62kg sekarang sudah turun 
ke 58.5kg. Saya sangat bersyukur 
dengan perubahan ini.

Pn. Ain
Miri
Sarawak

********************************
Saya dah gunakan BioVCo dalam 4 
bulan dan hasil yang saya dapati

1. Mengurangkan Berat badan saya sebanyak 7kg
2. Lawas dalam pembuangan air besar
3. kulit muka lebih putih dan bersih
4. Yang penting badan sihat, ringan dan bertenaga

Siti Aisha bt Melan
Batu Berendam
Melaka

********************************
Saya telahpun menerima barang tempahan 
saya. Begitu effektif & tidak perlu 
menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran 
dibuat, saya menerima barang tempahan 
pada keesokkan harinya.

Raja Noor Ima bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
********************************

2 botol (150ml x 2) RM68 SM / RM78 SS

Saya nak bagi FREE Postage. SILA

☛ Hantar "KRS2" dan Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco

***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : admin@biovco.com
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
***************************************
Baca Lagi...

16 September 2014

Tip Turun Berat Badan

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan agar tampil lebih berkeyakinan.

Mari kita bermula dengan tip diet dan pemakanan. 
  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari. 
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. 
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun. 
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda. 
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. 
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk. 
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. 
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 
  • Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman terkini asalkan anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda. 
  • Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan. 
  • Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi. 
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir. 
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga.
  • Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu. 
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak. 
  • Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik. 
  • Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya. 
  • Hubungan kelamin sebagai senaman? Aktiviti hubungan kelamin adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres. 



  • Menurunkan Berat Badan dengan 

    Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...



  • Cabaran menurunkan berat

    Menghilangkan berat badan bermaksud menghilangkan lemak badan yang berlebihan dan bukan cecair badan.
  • TESTIMONI Pengguna berat badan

    TESTIMONI Pengguna berat badan. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
  • Kehebatan Minyak Kelapa Dara


    Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, ..

  • Baca Lagi...