Memaparkan catatan dengan label sinus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinus. Papar semua catatan

14 Ogos 2015

Nafas berbau kerana resdung

Nafas berbau boleh disebabkan oleh masalah yang berpunca dari bahagian hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru mahupun dari perut. Semua bahagian ini ada bersangkut-paut dengan ruang pernafasan.

Sinus adalah ruang kosong di bahagian tengkorak yang berkomunikasi dengan ruang hidung. Apabila ruang sinus ini dijangkiti oleh kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung lalu menitis ke belakang tekak post nasal drip.

Ini akan membawa kepada pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Rinitis ialah istilah yang menyatakan bengkak pada tisu bahagian hidung (inflamasi atau radang pada membran mukus di hidung).

Ia sama ada disebabkan oleh alahan ataupun infeksi pada mana-mana bahagian hidung atau rongga sinus. Post nasal drip boleh disebabkan oleh rinitis itu sendiri.

Jika seseorang itu mengalami simptom-simptom yang telah saya sebutkan tadi, berjumpalah seorang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) supaya ruang hidung, sinus, mulut dan tekak diperiksa dengan betul dan punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.


Penyakit Resdung | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...

Penyakit Resdung atau Sinusitis

Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdungadalah akibat jangkitan bakteria.

Resdung - Dapatkan rawatan segera

Resdung - Dapatkan rawatan segera Minyak Kelapa Dara ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu ...

Testimoni resdung Pengguna BioVCo

Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri melalui email kepada pihak ...

Resdung boleh menyebabkan buta

Resdung boleh menyebabkan buta Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang ...

Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa ...

Mengenali penyakit resdung atau sinusis

APAKAH resdung? Anda selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan hidung menjadi merah. Anda mengalami masalah ini semasa cuaca sejuk atau ...
Baca Lagi...

02 Disember 2014

6 Tanda ANDA ada RESDUNG?

6 Tanda ANDA ada RESDUNG?

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung .


Jika anda ada tanda seperti berikut:



• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.


Penyakit dan masalah RESDUNG
http://bit.ly/penyakit_resdung

Baca Info Kesihatan PERCUMA melalui email
http://bit.ly/free_infokesihatan

***************************************
PENAWAR Resdung secara SEMULAJADI
Tanpa ubat, tanpa asap, tanpa RISIKO

Produk : BioVCo
2 botol (150ml x 2) RM68 SM / RM78 SS

Saya nak bagi FREE Postage. SILA

☛ Hantar "RSDY2" dan SMS/Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco

***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : admin@biovco.com
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
***************************************.
Baca Lagi...

30 November 2009

Serangan resdung


MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.





Baca Lagi...

16 November 2009

Penawar Resdung



ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih teliti kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.   Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.




 

Baca Lagi...

10 November 2009

Jangan remehkan penyakit resdung



RESDUNG agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Namun penyakit ini sering dipandang remeh oleh masyarakat tempatan yang selalunya membiarkan penyakit itu bersarang untuk bertahun lamanya. 

Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. 

Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.



Baca Lagi...