Memaparkan catatan dengan label sakit kepala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit kepala. Papar semua catatan

01 Ogos 2015

Sakit kepala dan migrain

RAMAI menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius.

Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.

Bagaimanapun, kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau meringankan migrain, kata pakar neurologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Beliau berkata, bagaimana migrain berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.

Faktor-faktor pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita, katanya.

Prof. Tan Chong Tin dari Jabatan Neurologi University Hospital berkata, bahawa di Malaysia ramai percaya sakit kepala disebabkan mengambil ''makanan'' yang menyebabkan kepanasan badan.

Bagaimanapun, kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7 peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Tan.

Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain.

Sebaliknya, lelaki lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.

Kajian ke atas masyarakat Orang Asli baru-baru ini _ yang tinggal jauh daripada kehidupan moden _ mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka.

Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala, kata Raymond Azman.

Beliau berkata, cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil, kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.

Simptom amaran sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang berbayang, kata beliau.

Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna.

Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda.

Bila pesakit menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku sebelum melihat faktor lain.

Doktor mungkin mencadangkan supaya pesakit menyimpan ''diari migrain'' yang tercatat makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ''beta blocker'', dan pengelakan faktor penyebab, kata Raymond Azman.

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami sakit kepala agar tidak memandang remeh, sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.


PERCUMA !!!

Info-info TERKINI berkaitan kesihatan



Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit 
yang menghidapisakit kepala mengalami sama ada migrain atau 
tension headache. Migrain ...

Migrain atau Sakit Kepala

Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak 
dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. 
Stress boleh ...

Wanita mudah kena sakit kepala

Semua orang pernah sakit kepala dan kajian mendapati masalah ini
 lebih kerap ... “Simptom migrain berbeza dengan sakit kepala yang 
disebabkan tekanan.

Kenali sakit kepala anda

Keadaan-keadaan tersebut merupakan sebahagian deskripsi sakit kepala 
walaupun berbeza jenisnya - dengan migrain dan ketegangan adalah yang 
paling ...

Diet berkhasiat kurangkan Migrain | Migrain boleh dielak

Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa ... pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain.
Baca Lagi...

28 September 2014

Tanda-Tanda Migrain Dan Cara Elak

Migrain sebenarnya mempunyai beberapa tanda @ simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. 

Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku. 

Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. 

Kebiasaannya, serangan migrain atau sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.


Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala. Migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit migrain muntah.


  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Menahan lapar
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.


  • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
  • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
  • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
  • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
  • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak-bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit.. ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian.. memilih alternatif dengan pengambilan suplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah  sakit migrain.

Ubah gaya hidup anda untuk mengurangkan kekerapan migrain. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan migrain.







  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
  • Migrain 

    Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...
  • Wanita migrain risiko hidap strok

    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

    Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...
  • Baca Lagi...

    04 Januari 2010

    Kenali sakit kepala



    ADA satu humor perubatan, di mana seorang pemuda yang begitu bimbang akan penyakit yang dideritainya meminta penjelasan daripada doktor yang merawatnya.

    Doktor, saya sakit apa? tanya pesakit tersebut.

    Adakah anda pernah mengalaminya sebelum ini? soal doktor balik kepada pesakit berkenaan.

    Ya, jawabnya.

    Tak apa, anda cuma mengalaminya sekali lagi, ujar doktor berkenaan bersahaja.

    Pengajaran yang tersembunyi di dalam jenaka ini, ada ketikanya, fakta paling penting tentang gejala penyakit anda adalah sama ada ia berulang.

    Keadaan ini sangat bertepatan dengan sakit kepala, sakit yang paling biasa menyerang dari sekian banyak gangguan kesihatan yang dialami manusia.

    Berdasarkan laporan Majlis Pendidikan Sakit Kepala Amerika (ACHE), dianggarkan hampir 90 peratus lelaki dan 95 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya rasa sakit kepala seumur hidup mereka terutamanya ketika jatuh sakit, keletihan ataupun tertekan.






    Baca Lagi...

    24 Disember 2009

    Kurangkan migrain dengan diet berkhasiat



    Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Di dapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa simptom seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya.

    Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.

    Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.





    Baca Lagi...

    03 Disember 2009

    Ubat epilepsi tidak mencegah migrain


    BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian terbaru mendapati, dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala atau migrain.

    Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain. Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center di Philadelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologi menyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.

    Dalam kajian yang dilakukan lima bulan lalu, penyelidik secara rambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah migrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.

    Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi serangan migrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.

    Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dan kumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.

    Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlah rawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas oleh rawatan peruntukan itu.



    Baca Lagi...