28 Jun 2013

Kekurangan vitamin D

Kekurangan vitamin D tidak hanya berlaku pada wanita kerana ia turut membabitkan lelaki dan kanak-kanak. Kira-kira 50 peratus kanak-kanak di Eropah dan Amerika Utara berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin D. Dianggarkan 40 hingga 100 peratus lelaki warga emas di Eropah juga kekurangan vitamin D, bergantung kepada kedudukan negara dari garisan Khatulistiwa.

Kira-kira 30 hingga 50 peratus kanak-kanak di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Turki, India dan Lubnan mengalami kekurangan vitamin D yang agak teruk. Kajian yang dilakukan ke atas kanak-kanak prasekolah di Mexico juga mendapati 54 peratus mengalami masalah serupa.

Di Malaysia, kajian ke atas kanak-kanak sekolah berumur lima hingga 12 tahun di lima sekolah di Kuala Lumpur pada 2011 yang dilaporkan dalam Jurnal Kesihatan Awam BMC mendapati 35 peratus daripada kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D yang serius dan paras vitamin D pada 37 peratus golongan muda itu terlalu rendah untuk menyokong kesihatan yang baik. 

Peranan atau fungsi vitamin D bukan hanya untuk kesihatan tulang. 

Ia mempunyai peranan lebih besar yang merangkumi kesihatan badan secara keseluruhan. Penyelidik mengesahkan vitamin D menjadi komponen pelengkap kepada kesihatan dan pengekalan sel badan. 

Kajian terbaru mengesahkan bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam:

Metabolisma sel
Kesihatan jantung
Sebagai sokongan kepada sistem saraf
Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)

Malah penyelidik di Universiti California kini berasa lebih pasti bahawa kekurangan vitamin D mungkin menjadi punca kepada pelbagai jenis kanser. Malangnya kekurangan vitamin D ini adalah masalah yang sering disalah diagnos dan tidak disedari.

Kekurangan vitamin D yang sedikit biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala. 

Bagaimanapun, ia boleh meningkatkan risiko sepanjang hayat kepada seseorang untuk mendapat pelbagai penyakit antaranya kanser, penyakit jantung, osteoporosis, kencing manis, sklerosis pelbagai dan gangguan autoimun.

Malah kata MacWilliam lagi, Malaysia yang terletak hanya tiga darjah di atas garisan Khatulistiwa yang kaya dengan sumber vitamin D percuma mula mencatatkan kes penyakit riket (penyakit kanak-kanak iaitu tulang tidak menjadi keras dan cacat) akibat kekurangan vitamin D.

Kekurangan vitamin D yang teruk boleh menyebabkan berlakunya kehilangan mineral pada tulang. Individu yang ada masalah ini akan mula mengalami pelbagai gejala seperti sakit pada tulang, keletihan melampau, lebih mudah mengalami keretakan tulang, tulang menjadi lembut, osteoporosis (tulang rapuh), masalah tulang belakang, otot lemah dan mudah kejang, peningkatan tahap kolesterol dan tekanan darah.


Baca Lagi...

Bahaya asid lemak trans

Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak. Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak trans ini.

Banyak kajian sains yang menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL.

Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah penyakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kolesterol berlebihan.
Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus daripada sumber haiwan.

Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada memakannya setiap hari. Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak trans seperti mi segera, biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donut, kentang goreng dan jajan. Kebanyakan makanan ini menggunakan marjerin atau mentega.

Makanan segera seperti burger yang dijual di tepi jalan atau restoran makanan segera juga mengandungi asid lemak trans yang tinggi kerana ia digoreng menggunakan marjerin atau mentega.

Di samping itu, ia menggunakan banyak perasa dan bahan pengawet. Anda patut kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana boleh menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.

Untuk meninggalkan langsung makanan mengandungi asid lemak trans ini adalah agak susah dan hampir mustahil bagi kita yang hidup di zaman moden sekarang. Cara terbaik mengurangkan pengambilannya ke tahap paling seminimum yang mungkin.

Baca Lagi...

Penyakit Gout


Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. 

Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. 

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin. 

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan. 

Baca Lagi...

20 Jun 2013

Trauma ekzema

By 16:40
RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit.


Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.

Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.

Sistem imun yang malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif dan mudah mendapat alahan.

Baca Lagi...

16 April 2013

Obesiti undang penyakit


DEFINISI cantik, menarik atau kacak pada seseorang itu sangat subjektif. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai kecantikan yang selalunya dipandang secara luaran.
Persepsi yang sering dilontarkan, individu kurus itu cantik dan sempurna berbanding mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Namun, bagi saya apa yang penting adalah anda harus mempunyai tubuh badan sihat tidak kira sama ada berfizikal kurus mahupun tidak. 
Bagaimanapun, keutamaan saya pada minggu ini khas bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun sudah mencapai tahap obesiti agar mengawal keadaan mereka supaya jangan sampai menghidap penyakit berbahaya. 

Bukan apa, sebelum terlewat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Di sini, saya ingin kongsi kisah untuk tatapan anda yang boleh dijadikan inspirasi dan renungan supaya kita menjadi insan lebih sihat, cergas dan cerdas.

Dek cepat berasa penat ketika berjalan dan mengalami kesukaran mahu bernafas dengan baik dan paling buruk disahkan menghidap penyakit darah tinggi, jejaka berusia 25 tahun ini nekad untuk berubah.

Ridwan Mustafa menjelaskan, sejak kecil dia memang sudah tergolong dalam kanak-kanak yang obes. Menginjak ke usia remaja, berat badannya mencecah 96 kilogram (kg) dan terpaksa memakai seluar bersaiz 40. 

Bagaimanapun, kesedaran untuk menurunkan berat badan masih lagi belum timbul dalam diri anak muda ini. Ketika menuntut di universiti, dia cuba mengelak daripada melakukan apa saja aktiviti berkaitan sukan. 

“Saya malas hendak bersukan disebabkan keadaan fizikal. Pakaian sukan saya hanya menjadi perhiasan di dalam almari. Disebabkan cepat berasa lapar dan kerap makan makanan segera, berat badan saya naik hingga 120 kg. 

“Sehingga satu ketika barulah saya mula sedar dan takut dengan bahaya kegemukan. Mana tidaknya, hendak berjalan semakin rasa lelah, hendak bernafas pun terasa susah. Kawan-kawan juga ramai nasihatkan supaya jaga berat badan. Atas saranan seorang teman, saya mula mengambil pil tradisional untuk menurunkan berat badan. 

“Saya mula belajar diet. Baju sukan yang selama ini putih bersih macam baju baru, sudah mula saya pakai untuk digunakan ketika bersenam. Alhamdulillah, selepas tiga bulan, saya berjaya menurunkan 18 kg,” katanya. 

Selepas menyedari, berkemungkinan besar pil diet yang diambilnya akan membawa kesan buruk di kemudian hari, Ridwan berhenti mengambilnya. Di samping itu, dia juga semakin mengabaikan rutin pemakanan sihatnya yang mengakibatkan berat badannya naik 10 kg. 

Berat badannya kekal pada 112 kg sehingga dia mula bekerja di sebuah syarikat di ibu negara pada Oktober 2010. Ketika mula bekerja, dia berasa tertekan untuk menyesuaikan diri di tempat kerja, sering sakit kepala dan badan menjadi gatal-gatal terutama di bahagian paha. 

Pada satu malam, akibat tidak dapat menahan situasi itu, Ridwan bertindak ke klinik untuk mendapatkan khidmat doktor profesional. 

“Selepas diperiksa doktor, saya disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan berada pada tahap berbahaya. Hanya satu nasihat doktor kepada saya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi itu kepada tekanan darah normal, saya perlu untuk menurunkan berat badan lebih 20 kg. 

“Justeru, doktor memberikan pelan rancangan diet kepada saya bagi membantu menguruskan badan. Bermula dari saat itu saya berazam untuk mencapai berat badan ideal. 

“Saya mengikut segala nasihat doktor dan mula bersenam di gimnasium dengan bimbingan seorang jurulatih, lakukan kajian mengenai nutrisi, makan ­makanan seimbang, membaca kisah kejayaan individu lain yang sudah kurus sebagai inspirasi, melanggan majalah kesihatan dan macam-macam lagi,” katanya. 

Hasil usaha keras dan disiplin diri yang tinggi akhirnya, dalam tempoh lapan bulan, Ridwan berjaya kurangkan berat badannya sebanyak 30 kg. 

Kini dia sudah boleh berlari sejauh 10 kilometer tanpa henti dan aktif menyertai kejohanan larian di sekitar Kuala Lumpur. Tidurnya juga lebih tenang kerana masalah dengkuran sudah hilang dan saiz pinggang yang dulunya 44 inci bertukar kepada 34 inci. 

Paling penting, tahap kesihatannya juga dalam keadaan baik seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan gula dalam darah adalah normal. 

“Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama lebih lapan bulan,” katanya.

  1. Risau gemuk, tua - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/risau-gemuk-tua.php?ref=fbik
    Translate this page
    KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa ...
  2. AWAS !! Masalah kegemukan 16.8 juta penduduk ... - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexfb.php?no=6&ref=fbik...
    Translate this page
    Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com www.biovco.com/indexik.php?no...gemuk - Translate this page SEJAK kebelakangan ini, berita-berita ...
  3. Cabaran menurunkan berat - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/gemuk-04r.php
    Translate this page
    Seseorang juga digolongkan sebagai gemuk gedempol jika BMInya melebihi 30. BMI dikira dengan rumusan kg/m2, di mana kg adalah berat badan dan m ...
  4. Info Kesihatan : Kegemukan - ibu segala penyakit - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/indexik.php?...kegemukan...
    Translate this page
    Ramai tidak menganggap gemuk sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan gemuk dalam kedudukan pertama, ...
  5. Gemuk | minyak kelapa dara biovco
     

    blog.biovco.com/tag/gemuk/
    Translate this page
    Jan 27, 2010 – ADSENSE CODE #2. MENONTON rancangan The Biggest Loser iaitu rancangan realiti mengenai individu obes mengurangkan berat badan ...
  6. Info Kesihatan
     

    infokesihatan4u.blogspot.com/
    Translate this page
    3 days ago – Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes - BioVCO.com ... Info Kesihatan : Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com ...
  7. Budaya makan waktu malam punca obesiti ~ Info Kesihatan
     

    infokesihatan4u.blogspot.com/.../budaya-makan-wakt...
    Translate this page
    4 days ago – Info Kesihatan : Orang gemuk ramai hidap diabetes - BioVCO.com ... Info Kesihatan : Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk - BioVCO.com ...


Baca Lagi...

13 April 2013

Jangkitan kulat pada kulit


KULIT bayi yang halus memerlukan penjagaan khusus kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa.

Ramai ibu rasanya pernah berhadapan dengan kulit bayi di bahagian yang ‘terperap’ menjadi kemerah-merahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah yang dipanggil ruam lampin. Ruam lampin ini memang menyebabkan ketidakselesaan pada bayi hingga boleh menyebabkan bayi anda menangis.

Bagi wanita yang baru menjadi ibu, tangisan anak yang berlarutan dan menunjukkan tanda gelisah itu kadang kala menimbulkan rasa panik kerana bayi masih belum pandai memberitahu ketidakselesaan yang mereka alami. Ia hanya diluahkan melalui tangisan.

Keadaan ini menyebabkan ibu muda berada dalam keadaan tertekan dari segi emosi dan psikologi kerana merasakan tidak mampu membantu bayi mereka mengurangkan rasa sakit, gatal dan tidak selesa itu.

Menurut Perunding Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah mengalami jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Katanya, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin iaitu kulit bayi yang sensitif menjadi merah dan mengalami keradangan terutama di bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

“Ruam lampin berlaku pada bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin dan keadaan ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa serta meragam.

“Sebagai ibu, anda perlu sentiasa memastikan lampin bayi anda ditukar sekerap mungkin bagi mengelakkan terjadinya masalah ruam lampin sebegini,” katanya ditemui pada majlis pelancaran program Huggies School of Skin Health dan juga rangkaian produk lampin pakai buang terbaru yang terbukti secara klinikal, Huggies - DryPants, Dry, Ultra, Total Protection Pants dan Total Protection.

Dr Yong Junina berkata, antara gejala ruam lampin termasuk tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha.

Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan dan jika dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diselaputi ruam berkilat dan bertompok-tompok serta dipenuhi bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

“Faktor penyebab kepada masalah ini berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan juga najis.

“Disebabkan tempoh ‘pemerapan’ bahan buangan itu terlalu lama, ia mula memberikan kesan pada kulit bayi anda dan perkara ini perlu dielakkan,” katanya.

Selain itu, menurutnya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang terhasil daripada perkumuhan air kencing secara tidak langsung boleh memusnahkan lapisan perlindungan terdapat pada kulit terutama pada kulit bayi.

Keadaan ini boleh menye­babkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan selain turut dikaitkan dengan alahan pada bahan cucian ataupun kandu­ngan bahan pada lampin pakai buang yang digunakan.

“Bayi akan mengalami rasa ketidakselesaan berterusan disebabkan masalah ini dan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu perhatian ibu bapa dan juga bayi terbabit.

“Berikan rawatan bersesuaian untuk menangani permasalahan itu antaranya menggunakan krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berlaku secara berulang terutama jika faktor kebersihan bayi dipandang ringan,” katanya.

Malah, tinjauan yang dilakukan ke atas 2,500 ibu melalui program Huggies School of Skin Health ini juga menunjukkan mereka percaya 100 peratus kesihatan kulit bayi amat penting.

Selain itu, tinjauan yang dilakukan ini turut diadakan bertujuan memahami dengan lebih mendalam keadaan dilalui ibu apabila kesihatan kulit bayi mereka bermasalah.

Daripada keputusan keseluruhan yang diperoleh, 70 peratus golongan ibu mengakui bayi mereka pernah mengalami masalah kulit termasuk ruam lampin.

Faktor kebimbangan sebegini menyaksikan 34 peratus daripada mereka mengakui sering rasa hilang sabar hingga menyebab­kan berlakunya pertengkaran dengan suami, rakan atau ahli keluarga disebabkan perkara itu.

Sementara itu, menurut Pakar Pendidik Keluarga, Charis Pat­rick, perhubungan yang erat antara bayi dan ibu menambahkan lagi keperitan yang dirasai si ibu terutama apabila berhadapan dengan bayi mereka yang sakit ataupun tidak selesa.

Katanya, keadaan ini boleh menyebabkan golongan ibu terbabit mengalami masalah ketegangan, tidur tidak lena serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja ataupun tugasan harian.

“Tidak dapat dinafikan ia suatu yang sukar dihadapi tetapi bukan juga perkara mustahil untuk ditangani kerana sebagai ibu, kita perlu menjadi lebih fleksibel dalam menangani kesukaran dihadapi bayi anda.

“Sebagai contoh, untuk mengurangkan ketidakselesaan dialami ibu dan juga bapa boleh mengalihkan perhatian bayi mereka dengan melakukan perkara diminati daripada berterusan menggaru bahagian yang mengalami ruam berkenaan,” katanya.

Selain itu, Charis berkata, dengan kemudahan keleng­kapan bayi kini, penjagaan bayi makin mudah dilakukan contohnya jika bayi buang air kecil atau besar, bahagian yang terkena najis boleh dibersihkan menggunakan tisu basah.

“Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai bagi bayi yang masih kecil tetapi sekiranya mereka sudah mula makan, penggunaan tisu basah tidak mencukupi. Kulit yang terkena najis perlu dibersihkan dengan air dan sabun lembut.

“Pada ketika ini, penjagaan kebersihan bayi anda sudah menjadi seperti orang dewasa iaitu ia perlu dibersihkan de­ngan air bersih dalam kuantiti mencukupi untuk menghilangkan kotoran berkenaan dan pastikan sebelum memakaikan bayi anda dengan lampin, kawasan yang dibasuh tadi perlulah kering sepenuh­nya,” katanya.

Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah ruam lampin secara berpanjangan serta memastikan kebersihan bayi anda sentiasa terjaga. Malah asas kekeluargaan yang utama yang perlu diterapkan apabila berumah tangga adalah kerjasama antara kedua-dua pihak dan bukan sebaliknya.

“Masing-masing memiliki peranan tersendiri terutama jika membabitkan soal penjagaan serta kebajikan anak dan jangan hanya terlalu berharap ataupun bergantung kepada satu individu saja untuk melaksanakannya.

“Jika si ibu sudah memandikan dan menukar lampin bayi, si ayah pula perlu turut sama membantu sama ada bermain dengannya ataupun menenangkannya jika berada dalam ketidakselesaan dan ia adalah kerjasama dua hala yang perlu dilakukan sebaiknya agar masing-masing berasa dihargai,” katanya.

Rutin penukaran lampin bayi

> Cuci punggung bayi dengan kapas dan gunakan sabun yang tidak memiliki bahan pewangi.

> Anginkan seketika bahagian berkenaan sehingga kering.

> Jika menggunakan lampin kain, bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta serta jemur di bawah cahaya matahari terik.

> Ambil langkah pencegahan sepatutnya jika berlaku ruam lampin untuk mengelakkan daripada terus merebak.

  1. Ruam Lampin - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/ruam-lampin-01r.php
    Translate this page
    Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampinRuam lampin terjadi pada bahagian punggung, ...
  2. Masalah ruam lampin | hindari ruam lampin - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/ruam-lampin.php
    Translate this page
    Ruam lampin kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan ...
  3. Ruam Lampin - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/info/ruam-lampin.html
    Translate this page
    Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin.
  4. Ruam lampin jangan ambil mudah - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/27062009a.php?ref=yg&email...
    Translate this page
    Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka.
  5. Ruam Lampin - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/v3/infosihatahli.php?nbr=12
    Translate this page
    biovco.com. Rawatan dan sihat tanpa ubat. Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cookie - headers already sent by (output ...
  6. TESTIMONI Pengguna Produk BioVCO
     

    www.biovco.com/testimoni.php
    Translate this page
    ... produk. - **** Harap maklum - BioVCO.com **** ... Dapatkan minyak kelapa dara -BioVCO · poslaju-minyak kelapa dara ... Ruam lampin · Sakit kulit · Sembelit ...
  7. Kenali masalah kulit bayi anda - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/kenali-masalah-kulit-bayi-anda.php...
    Translate this page
    Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu. 1.Ruam panas Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi ...
  8. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan ...
     

    www.biovco.com/kdgn/ruam-lampin-gq02.html
    Translate this page
    Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan ...
  9. Minyak Kelapa Dara - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/info/ruamlampin-sj.html
    Translate this page
    TESTIMONI PENGGUNA : RUAM LAMPIN. Assalamualaikum,. Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini anak saya mengalami ...

Baca Lagi...