18 Ogos 2014

Tiroid jadi masalah

Apabila menyebut penyakit tiroid, kita tentu akan terbayangkan bahagian leher yang membengkak dengan tubuh yang kurus dan mata terjojol seperti mata ikan.

Pakar Runding Pembedahan Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Nanda Kumar Rajendram berkata, mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan tiroid biasanya cepat marah, panas baran dan tidak fokus.

"Kelenjar tiroid secara anatominya terbahagi kepada dua seakan-akan rama-rama dan terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan," katanya.

Menurut Dr. Nanda, kelenjar tiroid mengeluarkan dua jenis hormon iaitu tiroksin atau T4 dan triiodotiroksin atau T3.

MengawalKedua-dua hormon berkenaan mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

"Apabila hormon berkenaan meningkat, metabolisma badan juga meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

"Metabolisma yang tinggi menyebabkan pesakit berasa panas, cepat marah dan kurang fokus manakala jika metabolisma rendah, pesakit kurang bermaya sehingga berat badan meningkat," katanya.

Justeru kelenjar tiroid dengan hormon T3 dan T4 membantu fungsi badan pada kadar yang selamat dan berkesan.

Dr. Nanda berkata, kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid terlalu banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, pesakit menghidapi hipotiroidisma.

Menurut Dr. Nanda, penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan ketidakseimbangannya membahayakan kesihatan.

"Sebenarnya penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

"Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah," katanya.

Menurut Dr. Nanda, terdapat ujian, pemeriksaan dan rungutan pesakit atau orang sekeliling yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid.

"Selain itu pesakit juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

"Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan," katanya.

DiperiksaKulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

Penyakit hipotiroidisma berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Selain itu, ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.

Biasanya, jelas Dr. Nanda, penyakit hipotiroidisma disebabkan oleh radangan pada kelenjar tiroid, dipanggil tiroiditis.

Penyakit berkenaan juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid bekerja dengan lebih kuat.

Akhirnya, kelenjar tiroid membesar dan dipanggil sebagai benguk. Lama-kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

"Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma.

"Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin pesakit mempunyai penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan," katanya.


  • Penyakit Tiroid 

  • www.biovco.com/mkd/penyakit-tiroid.php

    Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...
  • Penyakit Tiroid

  • Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.
  • Penyakit Thyroid

  • Pada amnya penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki pada kadar tujuh kepada satu. Penyakit goiter tidak toksik juga lebih kerap ...
  • Wanita dan penyakit tiroid | Rawatan Tiroid 

  • TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir ...
  • Penyakit Tiroid - BioVCO

  • APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus.
  • BioVCO

  • Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua ...

  • Baca Lagi...

    17 Ogos 2014

    Tonsilitis jangkitan pada tekak

    ANDA mungkin pernah diberitahu doktor anak anda yang sakit tekak mengalami tonsilitis. Tonsilitis adalah jangkitan virus atau bakteria pada tonsil iaitu tisu lembut terletak di setiap belah di belakang tekak. Ia adalah jangkitan biasa pada kanak-kanak yang membuatkan tonsil membengkak dan sakit. 

    Kebanyakan kes tonsilitis berpunca daripada jangkitan virus dan boleh dirawat di rumah dengan mengambil ubat sakit tekak. Tonsilitis yang disebabkan jangkitan bakteria agak jarang berlaku dan memerlukan antibiotik. Satu ketika dulu pembedahan membuang tonsil (tonsilektomi) sering dilakukan pada pesakit kanak-kanak yang kerap mengalami tonsilitis. Bagaimanapun, kini pembedahan hanya dilakukan jika rawatan lain tidak menunjukkan kesan. 

    Apabila bakteria dan virus memasuki badan melalui hidung atau mulut, tonsil bertindak sebagai penapis manakala sel darah putih akan menyelaputi atau menelan bakteria atau virus untuk dimusnahkan. Ini akan menyebabkan sedikit jangkitan pada tonsil. Tonsilitis berlaku apabila jangkitan menjadi lebih serius dan tonsil membengkak serta alami keradangan. 

    Seperti disebut di atas, kebanyakan tonsilitis berpunca daripada jangkitan virus, termasuk virus yang menyebabkan mononukleosis (virus Epstein-Barr). Jika disebabkan jangkitan bakteria, jenis yang biasa ditemui ialah Streptokoki kumpulan A. 

    Gejala 

    Antara amaran awal yang menandakan masalah ini disebabkan jangkitan bakteria streotokokal, termasuk kesakitan dan keradangan secara tiba-tiba, nodus limfa di tengkuk membengkak dan kurang kesesakan hidung. Jika tonsilitis disebabkan jangkitan bakteria, anak akan diberikan antibiotik. Bagaimanapun, oleh kerana kebanyakan kes disebabkan jangkitan virus, maka pesakit hanya memerlukan rehat dan penjagaan di rumah. 

    Antara gejala tonsilitis ialah: 

    * Tonsil bengkak dan merah 
    * Ada tompokan putih pada tonsil 
    * Sakit tekak 
    * Sukar atau sakit untuk menelan 
    * Sakit kepala 
    * Demam dan menggigil 
    * Nodus limfa (pada rahang dan tengkuk) membengkak 
    * Hilang suara 
    * Sakit perut 

    Baca juga : "Atasi Tonsil bengkak"

     Dapatkan SEKARANG !!!

    Baca Lagi...

    16 Ogos 2014

    Kesan luka kencing manis

    25 peratus pesakit kencing manis yang mengalami komplikasi luka yang teruk hingga menyebabkan kaki mereka terpaksa dipotong. Terdapat dua faktor yang dikenal pasti menjadi punca utama seseorang mendapat penyakit diabetes, sama ada disebabkan keturunan, yakni diwarisi atau akibat tingkah laku pesakit itu sendiri.

    Ada dua juga perkara membabitkan tingkah laku ini. Paling utama ialah tabiat pemakanan yang mana mereka gemar mengambil makanan tinggi kandungan gula. Selain itu, penjagaan kaki tidak dititikberatkan lebih-lebih lagi selepas dikesan menghidap diabetes.

    Malaysia antara negara paling banyak menggunakan gula hinggakan barang asas itu pernah kehabisan di pasaran.

    Fenomena stok habis ini tidak berlaku di negara lain, jadi ia jelas menunjukkan betapa serius dan banyaknya penggunaan gula dalam makanan di kalangan rakyat negara ini, sekali gus menyebabkan diabetes juga terus meningkat.

    Baca juga : "Ancaman kencing manis"

    rawatan dan sihat tanpa ubat
    Baca Lagi...

    15 Ogos 2014

    Psoriasis Kulit merekah, bersisik

    APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

    Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

    Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

    Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

    Psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

    Selain itu, serangan psoriasis biasanya bersifat simetri iaitu ada di sebelah kiri dan kanan anggota badan serta mempunyai garis luar yang ketara dan tempat permulaan serangan boleh dilihat dengan jelas.

    Psoriasis adalah masalah penggantian kulit yang berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari berbanding proses normal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

    Ini menyebabkan kulit matang dan mati dengan cepat. Akibatnya, sel-sel kulit akan berkumpul, bertimbun, keras, kering dan menggelupas, menyebabkan ia nampak seperti bersisik.

    “Puncanya belum diketahui dengan tepat, tetapi dipercayai ia penyakit keturunan. Penyakit ini boleh dirangsang oleh pelbagai faktor antaranya jangkitan bakteria, trauma, tekanan psikologi, sesetengah jenis ubat, penyakit, alkohol dan pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari.

    Baca juga "Penyakit Psoriasis"

    rawatan dan sihat tanpa ubat

    Baca Lagi...

    14 Ogos 2014

    Ketahui 3 Punca Ekzema

    Ekzema adalah satu keadaan kulit yang disebabkan oleh keradangan dan juga dikenali sebagai atopik atau dermatitis. Kebiasaannya, ekzema akan menyebabkan kulit seseorang itu mengalami kegatalan, kemerahan, kering, merekah, bersisik, timbul cecair dan berdarah serta kulit menebal.

    Ekzema boleh kelihatan di mana-mana bahagian tubuh badan. Bagi kebanyakan orang, ekzema adalah satu masalah kulit yang kronik dan kerap terjadi kepada kanak-kanak seawal usia dua bulan.

    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

    Apakah punca yang menyebabkan ekzema ini sering terjadi pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

    1. Keturunan

    Faktor keturunan memainkan peranan penting kepada risiko mendapat masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidap masalah ini, tidak mustahil anaknya juga berisiko tinggi menghidapinya.

    2. Kuman yang membiak

    Ada sesetengah pesakit mendapat masalah ini berpunca daripada kuman kulat yang dipanggil pityrosporum ovale. Namun, tidak semua bayi menghadapinya disebabkan kuman kulat berkenaan.

    Peningkatan sensitiviti kepada kulat berkenaan iaitu organisma yang hidup pada kulit dipercayai memainkan peranan dalam masalah ini.

    3. Bahan kimia seperti buih sabun

    Elakkan menggunakan sabun daripada jenis berbuih banyak kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Apabila kering, kulit akan rasa lebih gatal. Sebaiknya gunakan sabun yang khusus untuk kulit sensitif dan mandi menggunakan air yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

    Ekzema boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Sebaik sahaja anda mendapati ada kelainan seperti tompok-tompok merah, berair dan bersisik di kulit anak atau pada anda,  segeralah berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan sebagainya.

    Ubat pencegah gatal seperti antihistamin  dan krim steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk dan jika terdapat jangkitan kuman. Namun, rawatan ini hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

    Tetapi bagaimana pula, anda ingin menjaga anak yang mengalami ekzema?

    Usah risau, di bawah ini adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut.

    Amalkan vitamin / supplemen dan krim pelembab secara teratur
    Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
    Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
    Elakkan daripada fabrik kasar
    Gunakan krim pelembab selepas mengelap badan anak anda
    Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
    Justeru itu, ibu, bapa dan penjaga disarankan saling membantu dalam menguruskan anak yang menghidap ekzema serta mencari kaedah paling sesuai bagi mengurangkan ketidakselesaan yang ditanggung anak mereka.

    Dari segi pengambilan ubat pula, ramai ibu bapa yang agak keberatan apabila diberitahu anak mereka perlu diberikan ubat yang mengandungi steroid kerana bimbangkan kesan sampingannya. Jalan terbaik, dapatkan nasihat doktor atau pakar kulit berkaitan permasalahan ini. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

    rawatan dan sihat tanpa ubat


    Baca Lagi...

    12 Jun 2014

    Tiroid dan Kesihatan

    Setiap orang mempunyai kelenjar tiroid. Ia terletak di bahagian leher (depan) dan berbentuk seperti ‘bow-tie’ atau rama-rama. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berfungsi dalam membantu  sistem metabolisma seseorang.

    Apakah masalah berkaitan dengan kelenjar tiroid ?

    1. Masalah kelenjar : bengkakan pada kelenjar seperti goiter, cyst, ketumbuhan dan kanser

    2. Masalah hormon : hormon tiroid berlebihan (hyperthyroid) atau kekurangan hormon tiroid (hypothyroid)

    Kesan masalah kelenjar tiroid ?

    1. Kesan akibat pembengkakan kelenjar tiroid

    Kelenjar tiroid yang membengkak boleh menyebabkan tekanan pada struktur yang berhampiran dan menyebabkan timbulnya gejala; antaranya seperti :

    tekanan pada salur makan (esofagus) menyebabkan rasa sukar menelan atau makanan seperti tersekat di leher

    tekanan pada saluran pernafasan (trakea) menyebabkan penyempitan saluran nafas, kesukaran bernafas dan nafas berbunyi (stridor) terutama ketika berbaring tekanan pada saraf menyebabkan suara menjadi kasar atau serak

    2. Kesan berlebihan hormon tiroid ?

    Berlebihan hormon tiroid menyebabkan peningkatan sistem metabolisma tubuh. Antara gejala yang dialami adalah : rasa berdebar, sukar tidur malam, kuat berpeluh, mudah marah, rasa panas dan tidak tahan keadaan panas, kuat makan, penurunan berat badan, gangguan pada kitaran haid, mudah letih, menggeletar dan banyak lagi….

    3. Kesan kekurangan hormon tiroid ?

    Kekurangan hormon tiroid menyebabkan sistem metabolisma tubuh menjadi perlahan atau lembab. Antara gejala yang di alami adalah : lemah, letih, peningkatan berat badan atau kesukaran menurunkan berat badan, kulit kasar dan kering, rambut gugur, gangguan kitaran haid, tidak tahan keadaan sejuk, depress, sembelit dan lain-lain….

    Bagaimana mengesannya ?

    Pembengkakan kelenjar dikesan melalui pemeriksaan bahagian leher atau kehadiran gejala (seperti di atas)

    Masalah hormon dapat disahkan melalui ujian darah.

    Bolehkah dirawat?

    Ya. Rawatan adalah mengikut jenis masalah tiroid yang dialami.

    Adakah masalah tiroid berbahaya ?

    Masalah tiroid sama ada disebabkan kelenjar tiroid atau hormon boleh mendatangkan mudarat jika tidak dirawat. Misalnya bengkak pada kelenjar tiroid jika menekan pada saluran pernafasan atau saraf akan menyebabkan kesukaran bernafas. Jika bengkakan disebabkan kanser pula boleh menyebabkan ia merebak ke struktur disekitarnya . Masalah berlebihan atau kekurangan hormon yang teruk juga boleh mendatangkan masalah kepada jantung.

    Gangguan hormon punca tiroid
    Baca Lagi...

    11 Jun 2014

    Diet seimbang kekal kesihatan

    Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan rambut seperti penggunaan bahan kimia, pewarna, merokok dan ketidakseimbangan hormon.

    Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang untuk membantu meningkatkan kesihatan serta kecantikan rambut. 

    Untuk memberi penekanan mengenai pemakanan bagi kesihatan rambut, terdapat beberapa nutrien yang diperlukan dalam diet harian anda. 

    Vitamin B, vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Antara jenis vitamin yang membantu mengurangkan kerosakan rambut ialah vitamin B6, B9, B7 dan B8.

    Pengambilan vitamin B6 penting dalam mengekalkan rambut yang sihat

    dan membantu meningkatkan aliran oksigen ke dalam kulit kepala manakala 
    B9 pula membentuk sel darah merah, membina antibodi dan menyem­buhkan kerosakan 
    rambut. 

    Vitamin B7 membantu menggalakkan rambut yang sihat dan melindungi kekeringan mana­kala amalan pengambilan B8 dapat membentuk sel yang sihat. 

    Zink secara amnya baik untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhannya. 

    Air diperlukan untuk membantu proses penghidratan. Penting untuk mengambil lapan hingga 10 gelas sehari bagi mengaktifkan saraf rambut dan menjadi pengesan kerosakan dalam kulit kepala. 

    Baca Lagi...

    10 Jun 2014

    Tidak sarapan punca gemuk

    Mengikut satu laporan terkini, pengambilan sarapan pagi yang tidak teratur boleh meninggalkan kesan buruk pada kesihatan dalam tempoh tiga dekad berikutnya.

    Hasil penyelidikan daripada seorang penyelidik dari Sweden mendapati individu yang tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi dalam tempoh jangka masa semasa kehidupan antara zaman kanak-kanak hingga dewasa menunjukkan lebih tanda-tanda sindrom metabolik dalam tempoh 27 tahun akan datang berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan pagi secara betul dan teratur.

    Sindrom metabolik merupakan satu istilah perubatan bagi kombinasi tiga penyakit berkait iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti, dan ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk penyakit jantung dan angin ahmar sehingga 68 peratus ke atas lelaki dewasa.

    Dengan membuat kajian ke atas kumpulan responden 27 tahun lalu, para penyelidik dari Sweden ini turut mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi atau bersarapan pagi sambil lewa mampu meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

    Pada tahun 1981, para penyelidik dari Universiti Umee, Sweden turut membuat soal selidik ke atas sekumpulan para pelajar yang belajar di sekolah di bahagian bandar Utara Lulea, bagaimana cara pemakanan serta pengambilan sarapan pagi mereka setiap hari.

    Kemudian, kesemua responden turut diminta untuk kembali semula pada tahun 2008, selepas 27 tahun daripada tarikh kajian tersebut dilakukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

    Melalui kajian yang dilakukan, selain ingin melihat tanda-tanda sindrom metabolik para penyelidik juga ingin melihat sama ada cara pengambilan sarapan pagi yang tidak betul ataupun tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi mampu mengundang pelbagai jenis penyakit lagi yang berkaitan.

    Melalui kajian tersebut juga didapati sebanyak 68 peratus para remaja yang mengabaikan atau tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi akan menghidap sindrom metabolisme ini seperti yang dihidapi kebanyakkan orang dewasa jika hendak dibanding dengan mereka (remaja) yang begitu berdisiplin dalam soal pengambilan sarapan pagi ini.

    Pada masa yang sama, selain soal kaji selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan pengambilan sarapan pagi, para pengkaji turut membuat kajian yang merangkumi pelbagai soalan mengenai faktor sosio ekonomi dan juga pelbagai jenis gaya hidup.

    Bagaimanapun, penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan untuk lebih memahami mekanisma yang digunakan, serta hubungan antara sarapan pagi dan sindrom metabolisme. Bagaimanapun, kajian awal ini telah mendapatkan terdapat kesan secara langsung ke atas kadar gula dalam darah.

    Selain itu menurut para penyelidik tersebut, kegemukan terutama di bahagian perut dan kencing manis, nyata jelas mempunyai kaitan dengan pengambilan sarapan yang tidak sempuran ketika zaman kanak-kanak mereka.

    “Kajian lanjut diperlukan dalam usaha untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai mekanisma yang terlibat antara pengambilan sarapan pagi yang diambil sambil lewa dengan sindrom metabolisme.

    “Tetapi keputusan yang diperoleh serta kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini turut mencatatkan kesan yang negatif terhadap peredaran gula dalam darah sekiranya sarapan pagi diabaikan ataupun cara pengambilannya adalah sambil lewa," ujar ketua penyelidik, Maria Wennberg.

    Kajian tersebut turut menyokong beberapa keputusan kajian sebelum ini dari Universiti of Tel Aviv yang mendapati pengambilan lebih kalori pada waktu pagi berbanding pengambilannya pada waktu petang boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

    Selain itu, pengambilan sarapan pagi yang banyak juga didapati mampu membuatkan seseorang itu mengalami penurunan berat badan.

    Keputusan yang diperoleh pada akhir kajian tersebut turut mendapati mana-mana individu yang mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak manakala kuantiti yang sedikir untuk makan tengah hari dan juga makan malam mampu mengurangkan berat badan sekitar 19.1 paun.

    Berbanding bagi mereka yang mengambil banyak kalori pada sebelah petang atau malam hanya mampu mengurangkan berat badan sehingga 7.9 paun dalam sehari.

    rawatan dan sihat tanpa ubat


    Baca Lagi...

    07 Jun 2014

    Tangan sakit dan kebas

    KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.

    CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

    Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.

    Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

    Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

    Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

    Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

    CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.

    Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

    Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

    Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

    Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

    Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

    Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. 

    Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.

    Sakit Tekak
    Baca Lagi...

    06 Jun 2014

    Darah tinggi bagai bom jangka

    Seseorang itu dikatakan mempunyai darah tinggi apabila tekanan darahnya melebihi 140 mmHg untuk sistolik (tekanan darah atas) dan melebihi 90mmHg untuk diastolic (tekanan darah bawah).

    Pesakit akan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi jika tekanan itu berterusan untuk selang beberapa kali bacaan dalam jarak masa yang berbeza. Pradarah tinggi pula dikatakan jika tekanan sistolik antara 120 hingga 139 mmHg dan tekanan diastolic antara 80 hingga 89 mmHg.

    Secara umumnya 90 peratus daripada pesakit darah tinggi tidak mempunyai punca utama. Ia dipanggil sebagai essential hypertension. Biasanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dari kumpulan ini disebabkan faktor usia.

    Ia juga kombinasi kompleks antara faktor genetik dan amalan gaya hidup tidak sihat. Selebihnya pesakit yang mempunyai darah tinggi disebabkan masalah perubatan lain seperti buah pinggang, ketidakstabilan hormon, tiroid, masalah saluran darah ataupun masalah auto immune. Kumpulan ini dikenali sebagai secondary hypertension Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai simptom. Mereka hanya dikenal pasti apabila menjalani pemeriksaan klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema.

    Bagaimanapun, ada juga yang mempunyai simptom seperti sakit kepala, sakit tengkuk, pening, loya, telinga berdesing dan penglihatan mula kabur. Oleh itu, tekanan darah tinggi juga dipanggil sebagai ‘bom jangkamasa’ kerana ia tidak mempunyai simptom walaupun tekanan darah sudah tinggi.

    Yang lebih merisaukan ialah dalam kebanyakan kes, tekanan darah meningkat terlalu tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi.’ Ketika itulah simptom dirasai. Ia berlaku jika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik dan 110 mmHg untuk diastolic. Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin sudah berlaku.

    Antara komplikasi darah tinggi ialah strok ataupun bengkak dalam otak pesakit. Ini mengakibatkan seseorang itu mengalami lemah sebelah anggota badan ataupun gangguan saraf lain.

    Jika komplikasi berlaku dalam mata, pembuluh darah pada retina boleh pecah dan mengakibatkan gangguan penglihatan. Buah pinggang juga boleh rosak dan gagal berfungsi menyebabkan seseorang pesakit akan bergantung kepada dialisis sepanjang hayat. Serangan jantung juga boleh berlaku dan mengakibatkan jantung gagal berfungsi.

    Walaupun diberi gelaran ‘bom jangka’, ramai yang mengambil ringan tentang pengawalan tekanan darah. Sikap sambil lewa untuk mengambil ubat seperti diarahkan dan gagal mengubah gaya hidup sihat menyebabkan komplikasi darah tinggi berlaku lebih awal dan komplikasi ini kekal serta berpanjangan.

    Perubahan gaya hidup amat penting kepada semua pesakit darah tinggi terutama kepada mereka dalam kelompok pradarah tinggi. Pergantungan hanya kepada ubat diberi tidak memadai.

    Pengurusan berat badan amat penting. Semua pesakit dinasihatkan mencapai berat badan optimum berdasarkan pengiraan indeks jisim badan (BMI). Pengurangan berat badan sebanyak 4.5 kilogram terbukti dapat mengurangkan tekanan darah.

    Penjagaan makanan yang kurang garam dalam masakan dan pengambilan diet yang kaya dengan buah-buahan serta sayuran dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, senaman juga tidak boleh dilupakan. Bersenamlah 30 minit sehari sekurang-kurangnya selama lima hari. Senaman dapat mengendurkan lapisan salur darah dan seterusnya tekanan dalam salur darah pesakit dapat dikurangkan.

     Rawatan tanpa ubat
    Baca Lagi...

    05 Jun 2014

    Ketahui tanda awal leukemia

    Leukemia ialah satu daripada barah yang berpunca daripada pertambahan sel darah putih. Ini memudaratkan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah.

    Ini memudahkan jangkitan, mengurangkan sel darah putih matang selain membantutkan pertumbuhan platelet iaitu bahan utama dalam kandungan darah.

    Pakar Pediatrik Hospital Columbia Asia, Dr Khairul Zaman Omar berkata, tiada sebab mutlak seseorang diserang leukemia, namun ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

    “Antara faktor kanak-kanak dijangkiti leukemia ialah sejarah keluarga yang mengalami sakit sama atau barah, pernah terkena jangkitan virus Epstein-Barr (tidak semua), selepas membuat rawatan kemoterapi dan mengalami penyakit sindrom Down, sindrom fragile-X (sindrom reput-X) serta sindrom Fanconi.

    “Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan maut. Meskipun selepas rawatan, perlu sentiasa diawasi kerana leukemia menyebabkan sistem imunisasi pesakit lemah dan tidak normal, malah mudah terkena jangkitan kuman, misalnya fungus,” katanya, baru-baru ini.

    Menurutnya, seawal bayi lahir, ia mempunyai risiko dijangkiti leukemia, malah antara lelaki dan wanita, risiko diserang leukemia adalah sama.

    “Leukemia boleh berlaku kepada sesiapa saja, sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Orang dewasa lebih berisiko mendapat penyakit ini apabila sering terdedah kepada sinaran.

    “Ini termasuk orang yang terselamat dalam letupan bom atom di Jepun, mereka yang terdedah kepada sinaran radiasi selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan mereka yang menerima sinaran pada jumlah banyak sewaktu menjalani rawatan perubatan tertentu pada masa lalu,” katanya.

    Di kawasan tertentu dunia, seperti barat daya Jepun, bahagian Afrika dan Caribbean, sejenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan disebabkan virus dikenali sebagai Human T cell lymphotropic virus (HTLV).

    Jenis leukemia

    Leukemia boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu yang dipanggil leukemia akut.

    Manakala yang berkembang dengan kadar perlahan dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun pula dipanggil leukemia kronik.

    Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis sel darah putih yang terbabit. Leukemia mieloid ialah yang membabitkan granulosit (satu daripada sekumpulan darah putih yang mengandungi bintil dalam sitoplasma); leukemia limfoid membabitkan limfosit (sel darah putih di nodus limfa, limpa, kelenjar timus, dinding usus dan sumsum tulang).


    Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan peratusan yang kecil di kalangan orang dewasa. Ia menjejaskan limfosit yang belum matang.

    Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel pembunuh limfosit yang khas.


    Leukemia ini juga menjejaskan limfosit tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. Penyakit ini menyerang orang dewasa, tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

    Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel normal tidak terhimpit dan ditolak keluar dengan cepatnya berbanding leukemia limfoid akut.

    Jika menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala hinggalah peringkat lanjut penyakit ini.

    3) Leukemia mieloid akut (Acute myeloid leukaemia)

    Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Ia menjejaskan sel mieloid yang dipanggil granulosit.

    Penyakit ini menghasilkan sel mieloid yang masih muda dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel mieloid matang. Sel ini boleh menyekat saluran darah.

    4) Leukemia mieloid kronik (Chronic myeloid leukaemia)

    Leukemia jenis ini boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun. Ia menghalang sel mieloid daripada berfungsi dengan betul.

    Ia berlaku dalam dua peringkat iaitu berlakunya pembahagian sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

    Rawatan

    Kemoterapi.
    Rawatan komplikasi seperti jangkitan kuman memerlukan antibiotik.
    Rawatan pemindahan sum-sum tulang.
    Baca Lagi...

    04 Jun 2014

    Sembelit kronik

    PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

    Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

    Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

    “Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

    “Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.

    “Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

    “Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.

    Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.

    “Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.

    “Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

    Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.

    Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

    “Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.

    “Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.

    Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.

    “Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
    Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

    “Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

    “Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.

    Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

    Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

    “Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.

    “Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

    “Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

    SIMPTOM kanser usus sering dianggap gejala buasir kerana wujud persamaan iaitu sukar buang air besar.

    Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri daripada golongan lelaki.

    “Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

    “Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,” ujarnya.

    Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan mengundang rasa tidak selesa kepada perut.

    “Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.

    “Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.


    Baca Lagi...