25 Julai 2015

Amal pemakanan sihat

Antara perkara asas dalam penjagaan kesihatan ialah tabiat pemakanan. Kesedaran mengamalkan pemakanan sihat memang sudah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat pemakanan apabila menghidap penyakit sedangkan ramai tahu mencegah adalah ‘ubat’ paling baik.

Antara usaha meningkatkan tahap kesihatan keluarga secara menyeluruh ialah dengan memberi pendidikan kepada wanita yang bukan saja menjadi pengurus rumah tangga, tetapi setiap hari turut ‘memerah’ otak memikirkan sajian apa yang hendak dimasak untuk suami dan anak.

Namun usaha ini masih tidak mencukupi kerana setiap orang, terutama ibu bapa, perlu mempunyai pengetahuan mengenai corak pemakanan yang baik dan seimbang. Ramai orang ingat, oleh kerana satu-satu produk itu baik, ia boleh dimakan banyak.

Prinsipnya mudah, makan secara sederhana ikut seperti saranan dalam piramid makanan. Makanan yang enak, dimakan paling sikit. Lebih baik jika mengetahui jumlah kalori dalam makanan yang diambil supaya ia tidak melebihi keperluan kalori harian kita,” katanya.

Usaha memulakan gaya pemakanan sihat adalah lebih sukar di kalangan remaja (pelajar sekolah menengah) kerana pada usia ini setiap orang mempunyai tabiat pemakanan masing-masing yang diamalkan sejak kecil.

Manakala kadar obesiti juga meningkat kepada 13.7 peratus berbanding hanya 9.7 peratus pada kajian 2001/2002. Kebanyakan kanak-kanak juga tidak mengambil makanan seimbang, hanya 28.5 peratus makan sayur dan buah.

Yang menyedihkan, masih ada ibu bapa tidak menekankan kepentingan sarapan kepada kanak-kanak kerana 32.1 peratus ke sekolah dengan perut kosong atas alasan tiada masa, tidak lapar dan tiada selera. Daripada jumlah ini, 7.5 peratus langsung tidak pernah bersarapan.

Mungkin ibu bapa tidak sedar, kanak-kanak yang ke sekolah dengan perut kosong lebih sukar menumpukan perhatian dalam bilik darjah dan mempunyai peluang besar menjadi gemuk kerana mereka akan lebih cenderung memilih makanan berlemak dan bergoreng ketika rehat.


Penyakit Resdung atau Sinusitis

Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria.

BioVCO

Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik dan diperolehi daripada ...

Penyakit Tiroid

Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...

Penyakit Tiroid

Tiroid atau penyakit Tiroid menyebabkan pesakit tiroid mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah. Penyakit tiroid ...

Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak. sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula ...

Hepatitis adalah sejenis penyakit keradangan hati...

Hepatitis adalah sejenis penyakit keradangan hati yang disebabkan oleh jangkitan virus. Setakat ini, terdapat beberapa jenis hepatitis dan paling lazim...

Biovco - Minyak Kelapa DARA

Minyak Kelapa Dara BioVCO adalah 100% organik kerana diperolehi... ... 'GATAL KULIT SEBAB EKZEMA Penyakit ekzema berlaku kerana sistem imun akan ...

0 comments: