20 Oktober 2009

Cara mengawal tahap kolesterol


TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang daripada 200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari meningkat, terutama jika bacaan kolesterol anda daripada 200mg/dl ke 239mg/dl.

Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin kesihatan anda. LDL atau lower density lipoproteins juga dikenali sebagai `kolesterol kurang baik' manakala HDL atau high density lipoproteins adalah kolesterol baik. LDL menyebabkan arteri tersumbat dengan kolesterol manakala HDL menghalang perkara ini daripada berlaku.


0 comments: