12 September 2015

Mengatasi masalah sembelit

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)


Mengatasi masalah sembelit

Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...

Gastrik Sakit gaya hidup

Antara gejala lazim yang dialami adalah sakit pada bahagian hulu hati dan pedih hingga naik ke bahagian dada, loya, muntah, kadangkala sembelit dan cirit ...

Bahaya darah dalam najis

Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa ...

Awasi masalah penghadaman

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh ...

Buasir

Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, ...

Buasir usah biar melarat

Menurutnya, antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan ...

Seribu guna menyimpan seribu rahsia

kesan demam campak dan cacar air; mengurangkan risiko dan kesan lelah; mengurangkan risiko dan kesan buasir; mengurangkan risiko dan kesansembelit ...

0 comments: