14 September 2015

Atasi bahaya darah tinggi

Tambah kapsyen
Pesakit sebenarnya boleh mengawal darah tinggi dengan mengubah cara hidup dengan senaman dan makanan yang betul setiap hari. Terdapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan.

Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ‘Dietary Approach to Stop Hypertension’.

Dengan kaedah DASH ini pengambilan makanan yang rendah lemak, terutama lemak tepu (dari sumber haiwan) dan berkolesterol tinggi di samping itu makan makanan yang tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu (dairy) rendah lemak.

Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi. Ia akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

Pemakanan dengan kaedah DASH ini memberikan serat yang tinggi, zat, kalsium, magnesium dan potasium yang terbukti dengan kajian lain membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak ‘trans’. Kaedah DASH ialah dengan makan lapan ke 10 hidangan buah-buahan seperti epal, oren, pear yang digabungkan dengan makan sayuran-sayuran seperti seleri, kubis bunga, brokoli, kacang buncis, salad, asparagus dan kubis.

Minum susu rendah lemak dua hingga tiga gelas sehari atau produk tenusu. Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Elakkan makanan segera yang lain seperti roti putih, mi segera, jajan, kerepek dan sebagainya.

Makan makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, oat, beras perang dan lain-lain sehingga tujuh ke lapan hidangan sehari.

Makan daging dikurangkan sehingga dua hidangan sehari dan utamakan sumber makanan protein putih seperti ayam (tanpa kulit) atau ikan, udang, sotong selain makan kekacang, kuaci atau biji-bijian empat ke lima hidangan seminggu.

Darah tinggi Membunuh secara senyap

Darah tinggi Membunuh secara senyap TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa ...

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi Minyak Kelapa Dara MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan ...

Tekanan Darah Tinggi 

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap 

Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang ...

Darah tinggi, kencing manis potensi strok

Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...

Kawal tekanan darah tinggi 

Kawal tekanan darah tinggi TANYALAH mana-mana lelaki di dunia ini, mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) adalah masalah yang cukup ditakuti.

Hipertensi : Kurang makan garam

Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.

Pemakanan dan Kesihatan Kawal darah tinggi

Ketahui punca darah tinggi kerana darah tinggi boleh dielak melalui pencegahan. Rawatan darah tinggi melalui kaedah semulajadi dapat mengelak ...

Ancaman penyakit Darah Tinggi 

tekanan darah tinggi, hipertensi dan minyak kelapa dara Di Malaysia, Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan pada 1996 mencatatkan 33 peratus warga ...

0 comments: