15 Oktober 2010

Punca mata rosak

Golongan perokok empat kali ganda berisiko alami masalah penglihatan

PERNAHKAH anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.

Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.

Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.

Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.

Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.

Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.

“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.

“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.

“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.

Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.

Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.

AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.

Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.

“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.

Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.

“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.

FAKTA: Tahap-tahap AMD

# AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.

# AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.

iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.

# AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.

Faktor risiko yang tidak boleh dikawal

# Genetik
# Umur

Faktor boleh dikawal

# Merokok
# Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD
# Hipertensi atau tekanan darah tinggi
# Obesiti dan tidak bersenam
# Pendedahan pada cahaya matahari

Rawatan

# Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.

# Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.

# Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.


Baca Lagi...

12 Oktober 2010

Keracunan makanan boleh dielak

RESMI kita bila memilih tempat-tempat makan mahupun restoran - tinjau dahulu dari jauh, ramai atau tidak pengunjungnya.

Kalau ramai, maknanya sedaplah makanan yang disediakan. Sebaliknya, jika lengang sahaja, `mesti tak sedaplah tu', begitu kesimpulan mudah yang dibuat.

Setelah berpuas hati dengan hasil tinjauan dan dalam pada kaki mengatur langkah menghampiri premis berkenaan untuk menjamu selera, tiba-tiba mata kita tersorot insiden ini.

``Arggkkkhhh... ptuih!'' Dengan tidak semena-mena pengendali makanan tidak kira sama ada tukang masak, pelayan, juruwang mahupun pemilik premis meludahkan air liur atau kahaknya sesuka hati.

pelayan, juruwang mahupun pemilik premis meludahkan air liur atau kahaknya sesuka hati.

Seorang pekerja yang lain pula mengorek hidung dan telinganya sambil menggaru-garu kepala atau bahagian-bahagian lain anggota badannya.

Salah seorang daripada mereka juga, kukunya kalau secara kiasannya, nah! Panjang sedepa.

Tidak kurang juga yang mengamalkan kelakuan buruk seperti merokok, bersin dan berbual-bual semasa sedang menyediakan makanan.

Sesekali ada kelibat seekor kucing yang keluar dari longkang tetapi rupa-rupanya tikus mondok bersaiz gergasi, menumpang lalu di situ.

Jika demikianlah senarionya, anda mempunyai peluang yang sangat cerah untuk mendapat keracunan makanan.

Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abd. Rahim Mohamad berkata, keracunan makanan adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat memakan bahan-bahan tercemar.

``Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu bahan yang tidak seharusnya berada di dalamnya,'' kata beliau.

Menurut Dr. Abd. Rahim, pencemaran makanan utama terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Biologi; bakteria, virus, fungus, kulat dan yis

Fizikal; benda atau bahan asing seperti rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain

Kimia; racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan.

Beliau berkata, memakan makanan atau meminum minuman yang mengandungi toksin atau racun semula jadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya merupakan antara beberapa punca utama berlakunya keracunan makanan.

``Gejala yang dialami adalah berbeza bagi setiap orang.

``Ia bergantung kepada jenis racun atau bakteria, jumlah racun atau bakteria yang termakan, umur dan daya ketahanan tubuh seseorang,'' kata Dr. Abd. Rahim.

Tambahnya, tanda-tanda dan gejala biasanya mulai timbul beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudian.

Ditanya mengapakah kes-kes keracunan makanan berlaku, beliau berkata, rata-ratanya ia disebabkan oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika menyedia, menghidang mahupun menjual makanan.

``Mereka tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan selain membiarkan sahaja makanan terdedah kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal.

``Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan atau konsep layan diri juga boleh meningkatkan risiko keracunan makanan,'' kata Dr. Abd. Rahim.

Katanya, keracunan makanan dapat dielakkan jika pengguna tidak melanggani atau dalam kata lain, ``pakat-pakat memboikot premis makanan yang kotor''.

Orang ramai juga disarankan agar tidak memakan makanan dalam tin kemik atau berkarat, paket bocor, menggelembung, rosak dalam apa jua bentuk serta tamat tempoh penggunaannya.

Cara paling berkesan untuk mencegah keracunan makanan yang boleh dikatakan dilaporkan terjadi dari semasa ke semasa, adalah dengan melindunginya daripada tercemar.

Langkah-langkah mengawasi punca pencemaran:

Manusia

Membasuh tangan dengan bersih terutamanya selepas ke tandas, memegang bahan mentah, membuang sampah sarap atau sisa-sisa makanan

Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi

Sentiasa menudung makanan yang dihidang

Tidak menyediakan makanan terlalu awal

Belajar tidak menjamah atau mengambil makanan dengan tangan yang kotor.

Bahan mentah

Bahan-bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu rendah (kurang 4oC)

Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan.

Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan.

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong berasingan bagi mengelakkan pencemaran silang

Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran dan bendasing pada permukaannya

Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendalikan makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

Serangga dan haiwan

Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria

Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

Bekalan air

Jika air yang digunakan tidak diperoleh secara langsung dari sumber utama, contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah, pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

Sisa dan bahan buangan

Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah

Bekas sisa dan sampah sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.


Baca Lagi...

10 Oktober 2010

Cabaran menurunkan berat

BERAT badan wanita sentiasa berubah bergantung pada peristiwa harian yang dialaminya. Antaranya adalah mengandung, masalah emosi dan perubahan persekitaran pekerjaannya.

Kebanyakan wanita moden akan mengalami tekanan dalam isu diet dan mengekalkan berat badan ideal.

Melangsingkan tubuh selalunya dianggap hanya memperbaiki penampilan luaran. Tetapi, berat badan berlebihan adalah salah satu faktor risiko paling utama yang menjurus kepada pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah kencing manis jenis II, penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit sendi, sakit belakang, penyakit jantung koronari dan penyakit pundi hempedu.

Kadar metabolisme yang tinggi dapat menolong seseorang itu membakar kalori yang berlebihan dengan berkesan dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.

Gen, umur, nisbah otot dengan lemak merupakan antara perkara penting yang menentukan kadar metabolisme seseorang.

Sesetengah individu mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi secara semula jadi. Hal ini disebabkan oleh gennya.

Berat ideal

Seseorang dikatakan mempunyai berat badan berlebihan jika BMI (Indeks Jisim Badan) melebihi 25. Seseorang juga digolongkan sebagai gemuk gedempol jika BMInya melebihi 30. BMI dikira dengan rumusan kg/m2, di mana kg adalah berat badan dan m adalah ketinggian dalam meter.

Jika anda mengalami berat berlebihan, anda haruslah cuba untuk mencapai BMI yang ideal (antara 18.5 dan 25). Jika BMI anda melebihi kadar yang ideal, anda haruslah menurunkan berat badan anda untuk mencapai tahap BMI yang ideal.

Satu cara lain untuk mengira adalah dengan nisbah pinggang dan pinggul anda:

Pengiraan: Lilitan pinggang dan pinggul dalam inci.

Bentuk tubuh anda.

*Jika nisbahnya melebihi 0.8, anda berbentuk epal.

*Jika nisbahnya ialah 0.8 atau kurang, anda berbentuk pir.

Kebanyakan orang menyimpan lemak badannya dengan dua cara berbeza:

*Di sekeliling pertengahan badan (berbentuk epal).

*Di sekeliling bahagian pinggul (berbentuk pir).

Nisbah pinggang ke pinggul bergantung pada kadar lemak yang tersimpan di bahagian pinggang dan pinggul anda.

Bentuk badan risiko kesihatan:

*Bentuk epal, berat yang berlebihan pada perut. Risiko kesihatan yang lebih tinggi.

*Bentuk pir, berat yang berlebihan pada bahagian pinggul atau paha. Kurang risiko kesihatan.

Bantuan melangsingkan tubuh

Melangsingkan badan secara praktikal bermakna menyingkirkan berat sebanyak dua hingga tiga kilogram sebulan.

Menghilangkan berat badan bermaksud menghilangkan lemak badan yang berlebihan dan bukan cecair badan. Program pelangsingan yang ekstrem selalunya menghilangkan cecair badan dan bukannya lemak.

Program pelangsingan yang ekstrem akan menyebabkan kehilangan air. Kehilangan air menyebabkan kulit badan menjadi lemah dan kadangkala ia menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit.

Adalah mitos jika produk melangsingkan badan seharusnya membawa kesan cirit-birit.

Tip

Cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah:

*Kurangkan pengambilan makanan sebanyak empat peratus.

*Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.

*Bersenam sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

Penurunan berat badan bergantung pada jumlah lemak yang berada dalam badan seseorang.


Baca Lagi...

09 Oktober 2010

Penyakit senyap

Ramai pembawa talasemia tidak sedar penyakit keturunan

SAYA ada menerima pertanyaan seorang gadis yang risau selepas dimaklumkan tunangnya seorang adiknya disahkan doktor sebuah hospital kerajaan sebagai pembawa penyakit talasemia. Doktor yang merawatnya itu menyarankan seisi keluarga menjalani ujian darah kerana ia adalah penyakit keturunan. Si gadis juga risau kemungkinan bakal anaknya boleh menghidap penyakit itu serta mungkinkah ada cara untuk mengatasi.

Untuk makluman semua, talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mana penghasilan struktur hemoglobin di dalam sel darah merah yang tidak normal. Hemoglobin ini terdiri daripada dua rantaian protein globulin yang utama iaitu alpha dan beta.

Ada beberapa jenis penyakit talasemia iaitu talasemia alpha (a) dan talasemia beta (ß). Seseorang boleh mewarisi satu gen daripada ibu atau bapa dan menjadi pembawa talasemia minor. Sementara itu sekiranya mewarisi dua gen iaitu setiap satu daripada ibu dan bapanya maka mereka akan menghidap talasemia major.

Kecacatan gen pada pesakit talasemia akan menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal dan tidak mencukupi. Hemoglobin adalah komponen darah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Kesan kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit akan kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah. Keadaan ini juga dipanggil anemia bagi pesakit jenis talasemia major.

Majoriti pesakit talasemia minor pula tidak menyedari mereka adalah pembawa gen ini sehinggalah mereka menjalani ujian darah ataupun mereka mempunyai anak yang disahkan menghidap talasemia major. Anak yang lahir sebagai talasemia major akan menunjukkan simptom apabila mencapai usia 3-18 bulan.

Apa yang pasti, pesakit memerlukan pemindahan darah setiap 6 - 8 minggu sepanjang hayatnya. Transfusi darah yang berterusan boleh menyebabkan zat besi berkumpul secara berlebihan di dalam tubuh dan ia dapat dikeluarkan menerusi kaedah chelation therapy.

Jika seseorang pesakit talasemia minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung akan menjadi pembawa talasemia minor dan 50 peratus lagi normal. Manakala jika kedua-dua suami isteri adalah pembawa talasemia minor, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung menjadi pembawa, 25 peratus kemungkinan akan menghidap penyakit talasemia major dan 25 peratus lagi dilahirkan normal.

Di Malaysia, penyakit talasemia adalah masalah kesihatan yang besar yang mana kira-kira 3 - 5 peratus daripada penduduk kita adalah pembawa pe-nyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memulakan Program Saringan Talasemia Kebangsaan sebagai program kawalan dan langkah pencegahan. Di antara objektif program ini adalah untuk mengesan pembawa gen talasemia, menyedarkan masyarakat mengenai kadar kematian kes talasemia serta impak penyakit itu kepada individu, keluarga dan komuniti.

Saringan penyakit ini dapat dilakukan dengan mengambil darah sebanyak 2.5 mililiter untuk ujian darah ÔFull Blood Count.Õ Julat normal hemoglo-bin 3-18 g/dL. Sekiranya didapati hemoglobin (Hb) rendah dan parameter Mean Corpuscular Haemogolobin (MCH) adalah < 27pg, ada kemungkinan pesakit menghidapi anemia dan rawatan yang sewajarnya akan diberikan.

Jika pesakit tidak memberi sebarang respon kepada zat besi yang diberikan atau bagi individu yang mempunyai Hb normal tetapi MCH < 27pg, ujian lanjutan analisis hemoglobin akan dijalankan. Melalui kaedah ini, talasemia beta dan beberapa jenis talasemia hemoglobinopati yang lain seperti Hb E, Sickle cells, Hb Constant Spring boleh dikenal pasti. Diagnosis untuk Talasemia Alpha pula hanya boleh dilakukan melalui kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR) iaitu suatu ujian analisis DNA.

Bagi ibu hamil yang mana kedua-dua pasangan adalah pembawa gen talasemia, ujian pranatal diagnosis boleh dijalankan dengan mengambil darah janin, cecair amniotik atau korionik villi bagi ujian analisis DNA. Amatlah digalakkan agar mereka yang mengetahui pasangan atau ahli keluarganya menghidap atau pembawa talasemia berjumpa doktor dan membuat ujian saringan. 



Baca Lagi...

03 Oktober 2010

Kawal kolesterol di tahap rendah

SARANAN melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta bersenam setiap hari bukan hanya untuk individu yang ingin menurunkan berat badan, tetapi juga bermanfaat bagi golongan yang ada masalah paras kolesterol tinggi.

Sterol ini boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, pokok kekacang, kacang dan bijian. Jadi bagi individu yang ada masalah paras kolesterol tinggi, selain pengambilan ubat, perubahan makanan sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurut pakar kesihatan, mengambil makanan mengandungi sterol adalah cara paling mudah untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung.

Kini ada pengusaha makanan menambah sterol kepada produk mereka, termasuk dalam susu, marjerin, jus, bijirin sarapan pagi dan makanan lain berasaskan bijirin.

Bagaimanapun, ramai pakar berpendapat, lebih baik jika mendapat khasiat baik ini daripada sumber makanan kerana bukan saja mengandungi sterol tetapi turut mempunyai pelbagai zat lain yang saling bekerjasama memberi kebaikan kepada kesihatan.

Kolesterol ialah bahan lembut seperti lilin yang wujud dalam aliran darah dan sel badan. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon. Kolesterol dibawa oleh lipoprotein.

Lipoprotein densiti tinggi (HDL) adalah kolesterol baik yang mampu mengelak endapan kolesterol dalam salur darah. Lipoprotein densiti rendah (LDL) juga dipanggil kolesterol tidak baik boleh berkumpul pada dinding saluran darah dan membentuk plak.

Pengumpulan plak ini lama-kelamaan membuatkan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat. Jika bekalan darah ke jantung terhalang, ia menyebabkan serangan jantung dan jika ia membabitkan saluran darah ke otak, seseorang itu boleh mengalami strok. Ini kerana saluran darah ke jantung atau otak sangat halus dan mudah tersumbat.

Justeru, penjagaan paras kolesterol sangat penting. Semua orang perlu tahu paras kolesterol masing-masing dan paras selamat ialah di bawah 5.2 milimol/liter. Antara langkah yang boleh diambil untuk merendahkan paras kolesterol ialah:

a. Makan cara berhemah

Banyak penyakit gaya hidup muncul kerana kita tewas pada dugaan selera. Antara penyakit itu ialah kencing manis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan obesiti. Sama ada anda belum atau mempunyai penyakit gaya hidup ini, buat perubahan sekarang demi kesihatan diri. Walaupun perubahan dilakukan itu kecil tetapi jika diamalkan setiap hari, ia boleh membawa perubahan besar terhadap status kesihatan.

Antara langkah yang anda boleh ambil ialah:

# Pilih ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak. Jika ayam yang anda beli mempunyai kulit, buang kulitnya.

# Makan ikan yang mempunyai asid lemak beberapa kali seminggu.

# Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuba ambil sekurang-kurangnya lima hidangan sehari.

Bagi yang jarang makan sayur, mulakan dengan mengambil satu hidangan sayur-sayuran setiap kali anda makan nasi dan apabila sudah biasa, jadikan dua hidangan. Cara lain yang anda boleh lakukan ialah dengan makan sebiji atau sepotong buah-buahan pada waktu pagi (sarapan) atau sebagai snek antara waktu makan.

Pakar Kardiologi, Datuk Khoo Kah Lin berulang kali mengingatkan supaya kita membahagikan pinggan kepada empat bahagian — satu bahagian untuk sumber karbohidrat (nasi); satu bahagian untuk protein (contohnya ikan, daging, telur) dan dua bahagian lagi diisi dengan sayur-sayuran. Lebih baik jika anda boleh memulakan hidangan tengah hari atau malam dengan sebiji atau sepotong buah-buahan.

# Kurangkan penggunaan minyak dan santan kelapa ketika memasak.

# Kurangkan snek bergoreng yang mengandungi banyak garam dan lemak, terutama ketika menonton televisyen.

# Kurangkan pengambilan produk tenusu penuh lemak dan gantikan dengan jenis rendah atau tanpa lemak.

b. Ubah sikap

# Bergiat aktif dengan sekurang-kurangnya berjalan pantas setiap hari selama 20 hingga 30 minit; tiga atau empat kali seminggu. Antara aktiviti cergas lain yang boleh dilakukan ialah berenang, berbasikal, berjoging atau menari. Melakukan aktiviti cergas (pada tahap sederhana) selama dua setengah jam seminggu atau senaman lasak selama sejam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 peratus.

Jika tidak dapat bersenam selama 20 hingga 30 minit berterusan, anda boleh membahagikannya kepada tiga waktu iaitu 10 minit untuk satu waktu. Ia boleh dilakukan pada waktu pagi, tengah hari dan malam kerana kajian menunjukkan kesan senaman yang dibahagikan kepada tiga waktu adalah sama dengan senaman dalam satu sesi; selagi ia dilakukan pada hari sama.

# Kekalkan ukuran pinggang yang sihat iaitu tidak melebihi 80 sentimeter (36 inci) bagi wanita dan 90 sentimeter (41 inci) bagi lelaki.

# Pelajari pelbagai kaedah untuk mengawal tekanan. Ini termasuk berehat secukupnya, tidur, bersenam, meditasi dan bersembahyang.

# Bahagikan tugas mengikut keperluan; oleh kerana semuanya sama penting; lihat kepada mana yang perlu diutamakan. Belajar berkata ‘tidak’ apabila diberi tugas berlebihan, terutama jika anda ada banyak kerja dan di luar daripada kemahiran anda.

# Berhenti merokok.

# Kurangkan pengambilan minuman beralkohol atau lebih baik jika dapat berhenti terus. Walaupun ada pendapat mengatakan wain merah memberi manfaat kepada kesihatan jantung, tetapi jika anda tidak meminumnya, anda tidak rugi apa-apa.

# Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan jantung.


Baca Lagi...

29 September 2010

Virus bronkiolitis serang bayi

JANGKITAN bronkiolitis adalah jangkitan pada sistem pernafasan yang biasanya (lebih 80 peratus kes) terjadi kepada bayi berusia antara dua hingga 12 bulan.

Ia berpunca daripada serangan virus ke atas saluran pernafasan bronkiol di paru-paru yang menyebabkan inflamasi ke atas saluran pernafasan dan seterusnya saluran pernafasan menjadi sempit.

Melalui kajian di Barat, virus RSV dikenal pasti sebagai penyebab utama jangkitan bronkiolitis (lebih 90 peratus).

Selebihnya disebabkan virus seperti parainfluenza, adenovirus dan rhinovirus.

Pada peringkat awalnya, kanak-kanak yang mendapat jangkitan bronkiolitis akan menunjukkan simptom seperti selesema, batuk dan demam. Kemudian, batuk semakin teruk dan kanak-kanak sukar bernafas dan kemungkinan nafas mereka kedengaran seperti bunyi lelah.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami masalah hilang selera makan dan sukar tidur akibat masalah lendir yang menyumbat saluran pernafasan. Masalah nafas berbunyi mungkin pulih selepas lima hari, tetapi masalah batuk berkemungkinan berterusan sehingga sebulan
lamanya.

Di negara Barat, ada sekumpulan bayi yang dikenal pasti mempunyai risiko tinggi jika mengalami serangan virus bronkiolitis sehingga mereka mungkin memerlukan alat bantuan pernafasan jika mendapat masalah bronkiolitis teruk.

Ini termasuk bayi yang lahir tidak cukup bulan, ada masalah penyakit paru-paru kronik (CLD-Chronic Lung Disease), masalah jantung kongenital dan bayi berusia kurang empat bulan.

Kadar kematian disebabkan masalah bronkiolitis juga tinggi. Kajian menunjukkan jika bayi mendapat masalah bronkiolitis ketika peringkat bayi, mereka berisiko untuk mendapat asma (lelah) apabila besar.

Malah, risiko mendapat masalah bronkiolitis bertambah jika bayi berkenaan terdedah kepada asap rokok dan habuk (seperti rumah di tepi jalan atau kuari), bayi yang dihantar ke rumah asuhan, tinggal di rumah sempit dan ramai anggota keluarga serta bayi yang tidak pernah mendapat susu ibu.

Masalah bronkiolitis dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Bayi yang mendapat masalah bronkiolitis akan mengalami selesema, batuk, demam dan masalah pernafasan.

Doktor akan dapat mengesan sama ada masalah bronkiolitis itu ringan, sederhana atau teruk. Bagi masalah bronkiolitis yang sederhana dan teruk, bayi perlu mendapat rawatan susulan di wad.

Namun, bagi kes bronkiolitis yang ringan, cukup sekadar rawatan di rumah diikuti rawatan susulan di klinik.

Walaupun biasanya bronkiolitis hanya terjadi sekali ketika peringkat bayi, ia boleh berulang. Kebiasaannya kanak-kanak akan pulih dalam tempoh seminggu hingga 10 hari.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia mengalami masalah pernafasan, kurang selera makan dan tidur terganggu. Rawatan seterusnya seperti cecair intravena (jika kurang minum) dan rawatan oksigen mungkin diberi diikuti pemantau pernafasan secara rapi.

Walaupun jangkitan virus bronkiolitis tiada rawatan khusus, kanak-kanak berkenaan mungkin diberi rawatan gas Ventolin untuk membantu pengembangan saluran pernafasan yang menyempit akibat kesan inflamasi virus ke atas saluran pernafasan bronkiol.

Kepada bayi berisiko tinggi, rawatan pencegahan melalui pemberian immunoglobulin mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat bronkiolitis teruk.

Pembasmi kuman semulajadi

Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara BioVCO.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara BioVCO satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman.

Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. minyak kelapa dara BioVCO boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.



Baca Lagi...

Barah kelenjar air liur

Muka membesar, rasa sakit, saraf muka lumpuh antara masalah dihadapi penghidap yang majoriti wanita

BARAH kelenjar air liur mungkin penyakit yang jarang anda dengar. Di Malaysia berdasarkan laporan Daftar Barah Kebangsaan 2003, daripada 21,464 kes yang direkodkan di Semenanjung, kira-kira satu peratus membabitkan barah kelenjar air liur dengan 0.6 peratus kes adalah pesakit lelaki.

Daripada jumlah itu, 50 peratus membabitkan lelaki Cina dan 46.6 peratus membabitkan lelaki Melayu. Di kalangan pesakit wanita, 49 peratus adalah wanita Melayu manakala 34.7 adalah wanita Cina.

Kelenjar air liur menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan selain memastikan mulut anda sentiasa lembap. Setiap orang memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang - parotid, sublingual dan submandibular (disebut sebagai kelenjar utama).

Selain itu, ada banyak lagi kelenjar air liur kecil dalam bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak.

Kelenjar parotid adalah kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Pensyarah Kanan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala dan Leher, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Irfan Muhamad, berkata hampir 80 peratus kes ketumbuhan kelenjar liur terjadi pada kelenjar parotid. Dan mujurlah, 80 peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah (benign) dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar yang terjejas bagi mengelak kes berulang.

Namun, katanya, bagi kes yang disahkan sebagai barah parotid, keseluruhan kelenjar itu akan dibuang. Ini disebabkan walaupun sedikit, kelenjar itu meningkatkan risiko kes berulang malah boleh merebak ke bahagian lain. Jika itu berlaku, sudah pasti, rawatannya akan bertambah rumit.

“Kes ketumbuhan membabitkan kelenjar air liur utama iaitu parotid ini boleh terbahagi kepada dua, iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang disahkan sebagai barah, biasanya pesakit akan berjumpa doktor mengenai aduan kelenjar di bahagian muka yang semakin membesar dan ada kalanya sakit,”.

“Ada juga kes yang menyaksikan saraf muka lumpuh. Ia mungkin petunjuk barah sudah masuk ke peringkat yang lebih teruk. Kelumpuhan saraf muka ini dimanifestasikan dengan senyum senget, pipi tidak boleh kembung malah mata yang tidak tertutup ketika tidur. Ada kala mata menjadi kering kerana pendedahan udara terlalu lama dan menyebabkan selaput mata mengalami kerosakan, dimasuki kuman atau bendasing,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Irfan, punca barah jenis ini tidak dapat dipastikan. Namun, adalah dipercayai ada sesetengah sel dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan.

Faktor risiko barah kelenjar air liur biasanya dikaitkan dengan usia yang lanjut, pendedahan pada sesetengah jenis radiasi misalnya yang digunakan dalam prosedur imbasan selain kawasan persekitaran yang terdedah kepada bahan-bahan seperti nikel aloi atau habuk silika boleh meningkatkan risiko barah jenis ini.

Rawatannya bergantung pada jenis, saiz dan tahap barah selain keadaan keseluruhan kesihatan penghidap.

Umumnya rawatan barah jenis ini membabitkan pembedahan sama ada dengan atau tanpa terapi radiasi.

1) Pembedahan

Membabitkan bahagian kelenjar yang terjejas. Jika barah itu kecil dan berada di kedudukan yang mudah dicapai, pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor dan sebahagian kecil tisu sihat di kelilingnya. Namun jika ia membabitkan tumor yang besar, doktor mungkin mengeluarkan keseluruhan kelenjar air liur. Malah jika barah sudah merebak ke struktur berdekatan misalnya saraf muka atau tulang muka dan kulit, kemungkinan ia juga akan dibuang sangat besar.

Limpa nodul di tengkuk juga boleh dibuang jika siasatan mendapati barah sudah merebak ke kawasan itu. Pembedahan itu juga mungkin membabitkan pembuangan otot dan saraf di tengkuk kerana ia mungkin boleh menyebabkan telinga, muka, tengkuk dan bahu anda kebas dan lemah.

Jika tulang, kulit atau saraf dibuang pembedahan rekonstruktif diperlukan. Ia bagi memperbaiki keupayaan anda mengunyah, menelan, bercakap dan bernafas selepas pembedahan.

2) Terapi radiasi

Digunakan bagi membunuh sel barah selepas pembedahan. Ia juga boleh dibuat sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan memudahkan ia dibuang. Jika tumor terlalu besar dan berada di kawasan yang terlalu berisiko untuk dibuang, mungkin hanya terapi radiasi saja rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit.

3) Kemoterapi

Pilihan rawatan ini selalunya diberi kepada pesakit yang mengalami barah kelenjar air liur di tahap yang teruk dan sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.

FAKTA

Gejala barah kelenjar air liur

# Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher.
# Sebelah muka menjadi kebas.
# Otot pada sebelah muka menjadi lemah.
# Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur.
# Sukar menelan.
# Sukar membuka mulut.


Baca Lagi...

25 September 2010

Langkah awal mengesan diabetes

BADAN kita memproses karbohidrat di dalam makanan dan menukarnya kepada glukos, iaitu makanan utama untuk sel badan. Diabetes atau kencing manis pula berlaku apabila badan kita kekurangan hormon yang dikenali sebagai insulin.

Insulin membantu tisu dan organ untuk menggunakan glukos di dalam saluran darah. Oleh itu apabila insulin berkurangan di dalam badan, paras glukos akan meningkat dalam saluran darah, sekali gus memungkinkan seseorang menghidap diabetes.

Sebenarnya, diabetes dapat dikesan melalui ujian glukos dalam darah.

Ada dua jenis diabetes:

Pertama: Dikenali sebagai Insulin-dependent diabetics melitus (IDDM). Ia keadaan kekurangan insulin di dalam badan. Ini kebanyakannya berlaku di kalangan remaja dan peringkat awal dewasa.

Kedua: Dikenali sebagai Non-insulin dependent diabetics mellitus (NIDDM. Ia keadaan insulin tidak dapat diterima oleh badan. Ini kebanyakannya berlaku di kalangan orang dewasa dan ia sering dikaitkan dengan masalah kegemukan dan tekanan darah tinggi.

Antara gejala diabetes ialah berasa dahaga yang keterlaluan dan
kerap membuang air kecil.

Tanda-tanda diabetes jenis kedua mungkin boleh dikesan di peringkat awal antaranya:

Berat badan turun tiba-tiba.
Berasa kebas pada kaki, jari kaki dan tangan
Luka yang lambat sembuh
Lemah dan tidak berdaya
Rasa mual dan muntah-muntah

Harus diingat, diabetes boleh merosakkan saluran darah yang kecil di dalam badan, menjejas fungsi ginjal (buah pinggang), mata, kulit, sistem saraf, otot dan jantung. Ujian menunjukkan bahawa apabila pesakit kencing manis menghidap tekanan darah tinggi, kemungkinan besar mereka juga mengalami kerosakan ginjal.

Tambahan pula protin dalam air kencing adalah antara sebab utama pesakit kencing manis menghidap kerosakan ginjal.

Pesakit diabetes juga perlu mengawal tahap gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah. Oleh itu, mengesan dan mengawal tekanan darah tinggi dan mengurangkan protein dalam air kencing melalui perubatan adalah sangat penting bagi pesakit kencing manis.

Antara golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal ialah:

Mereka yang mengalami berat badan berlebihan.

Mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit diabetes dan penyakit ginjal di dalam sejarah ahli keluarga.

Berusia lebih daripada 40 tahun.

Pesakit yang tidak mengawal diabetes dengan baik.

Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi, air kencing berprotein atau paras kolestrol yang tinggi.

Kurang pengawalan diabetes boleh menyebabkan masalah perubatan seperti buta, penyakit ginjal, mandul, gangguan sistem saraf dan kehilangan anggota badan akibat terpaksa dipotong.


Baca Lagi...

24 September 2010

Gout serang sendi

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada
simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom
gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang
tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

"Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit," katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

BioVCO dan kesannya terhadap penyakit Gout

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

BioVCO boleh membantu masalah gout kerana ia boleh mempunyai keupayaan untuk proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh badan (hazard). Maka asid urik yang berlebihan pada sendi dapat disingkirkan.

Antara kesan permulaan penggunaan BioVCO bagi pesakit gout adalah mereka mungkin mengalami sakit yang pada kawasan sendi. Walau bagaimanapun pengguna dinasihatkan terus menggunakan BioVCO kerana kesan ini adalah untuk sementara waktu sahaja. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat selepas sebulan memakan BioVCO. Walau bagaimanapun kesan BioVCO adalah bergantung kepada tahap kesihatan dan kadar metabolisma badan individu.

Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangkan adalah 2 - 4 sudu besar sehari. Amalkan memakan BioVCO 2sudu pagi (sebelum sarapan) dan 2 sudu malam.


Baca Lagi...

23 September 2010

SLE penyakit seribu wajah

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal sebulan lagi namun Zakira Adlia Mohd. Zarawi tiba-tiba diserang demam. Bukan sehari dua sebaliknya demam itu berlarutan sehingga tiga minggu. Terdapat juga ruam di tangannya. Doktor yang memeriksa kesihatannya di klinik kemudian merujuk Zakira Adlia ke hospital apabila kesihatannya masih di takuk yang sama.

Selepas dua hari menjalani ujian darah di hospital, dia kemudiannya disahkan mendapat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Sejujurnya pada masa itu, dia sendiri tidak tahu apa reaksi yang hendak diberi. Antara terkejut dengan tidak, dia sebenarnya tidak pernah tahu dan mendengar tentang penyakit itu.

“Saya tak pernah dengar nama penyakit itu sebelum ini. Kerana sakit, saya tidak dapat menghadiri banyak kertas peperiksaan pada masa itu,” kata Zakira Adlia, 19, mengenang kembali saat dia mula menghidap SLE dua tahun lalu. Zakira Adlia yang bakal mengambil peperiksaan SPM sekali lagi pada tahun ini menjelaskan, dia tidak berupaya mengulang semula peperiksaan tahun lalu kerana mengalami sakit-sakit pada sendi, keguguran rambut, sakit perut, kaki dan bengkak pankreas semuanya disebabkan oleh SLE. Dia telah dimasukkan ke wad selama tiga bulan termasuk menjalani pembedahan membuang bengkak di pankreas.

“Sehingga hari ini, saya mesti makan ubat setiap hari. Tidak boleh tertinggal sehari pun. Ubat yang perlu dimakan sangat banyak. Kira-kira 10 jenis ubat yang perlu diambil,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur dalam satu program meraikan pesakit SLE baru-baru ini.

Penyakit kronik

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan.

Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.

Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

Ruam

Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.

Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.

Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.

“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.

“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.


Baca Lagi...

22 September 2010

Kenali punca dan bahaya strok

Umumnya tidak ramai di kalangan masyarakat kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan sesuatu penyakit dengan mendalam. Sehingga dihidapi sendiri atau di kalangan ahli keluarga, baru ada kesedaran untuk mengkaji punca, kesan dan langkah mengatasinya.

Kurangnya matlamat atau pengetahuan berhubung sesuatu penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan. Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka menjalani proses pemulihan yang betul, tepat dan cepat.

Meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan kompilasi akibat penyakit ini. Proses pemulihan yang tidak sempurna menyebabkan hampir sebahagian besar pesakit tidak dapat dipulihkan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pesakit untuk pulih semakin nipis.

Fungsi otak terjejas

Pensyarah di Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Raymond Azman Ali berkata, strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba. Ia diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat dan pecah seterusnya menyebabkan pendarahan.

"Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak terjejas seperti fungsi otak yang berkaitan dengan percakapan, penglihatan dan pergerakan seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko. Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang tinggi," katanya.

Dr Raymond menjelaskan bahawa hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah penyebab tunggal paling biasa bagi strok. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi risiko menghidap strok yang jauh lebih tinggi berbanding serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan.

"Apabila tekanan darah meningkat, beban pada arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban ini akan menyebabkan arteri semakin keras dan sempit, satu proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi semakin lemah menyebabkan ia pecah. Akibatnya ialah serangan strok berdarah (strok hemoragik)," katanya.

Dr Raymond berkata, orang yang mengalami sakit jantung koronari berhadapan dengan risiko dua kali ganda lebih tingi berbanding orang sihat yang menghadapi strok. Jantung yang berdenyut secara tidak seragam atau yang bengkak, sama ada yang dengan injap yang sempit atau tidak berfungsi juga menjadi sumber gumpalan darah pada otak. Ini adalah satu proses yang dinamakan embolisme yang menjadi punca strok iskemia. "Strok iskemia ialah strok yang disebabkan oleh salur darah yang tersekat yang tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak," katanya.

Menurut beliau lagi, kencing manis, walaupun boleh dirawat juga meningkatkan risiko seseorang mengalami strok. Ini kerana kencing manis menyebabkan arteri mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan lagi risiko bagi penghidap kencing manis.


Merokok juga satu faktor

Merokok juga satu lagi faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah. Namun demikian, punca strok daripada merokok boleh dicegah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok," jelas Dr Raymond.

Strok tidak mengenal usia. Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan bahawa usia memainkan peranan penting dalam profil pesakit strok. Walaupun strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia, lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun.

Memandangkan proses penuaan tidak boleh dihentikan, warga tua boleh mengurangkan risiko dengan mengawal gaya hidup dan pemakanan mereka. Satu perkara yang menarik tentang penyakit ini ialah, walaupun strok lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita, kebarangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. Penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan membawa risiko khusus kepada wanita.

"Keturunan dan bangsa ialah faktor yang turut boleh menentukan tahap risiko seseorang terhadap strok. Seseorang berisiko tinggi menghidap penyakit ini sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga terdekat mengalaminya. Sepuluh peratus daripada kematian di negara-negara maju adalah disebabkan strok.

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika berkulit hitam lebih tinggi diserang strok berbanding penduduk berkulit putih. Di China pula, penyelidikan mendapati bahawa penduduk di bahagian utara China mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk di bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut.

Di Malaysia, pada tahun 1997 sahaja, 68.38 per 100000 populasi menghidapnya dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina, diikuti Melayu dan India. Dr Raymond turut menyatakan bahawa rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri.

Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak daripada lebih teruk.
Amalkan gaya hidup sihat

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ia boleh terdiri daripada bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapirehabilitasi iaitu mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup sebaik mungkin.

Menurut Dr Raymond lagi, penggunaan vitamin perangsang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan. Secara keseluruhan, serangan strok mungkin boleh dicegah menggunakan pendekatan dua cabang iaitu pendidikan umum dan pengurusan faktor-faktor risiko.

Pendidikan kesihatan adalah penting dalam usaha menentang strok. Ramai yang masih jahil tentang perkara ini. Dalam hal ini, perkara penting yang perlu diubah ialah gaya hidup dan pemakanan. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sederhana atau mengenepikan tabiat buruk seperti merokok atau minum alkohol serta mengelakkan tekanan dan berat badan berlebihan. Senaman selama 30 hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan yang berlebihan.

Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi. Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan darah. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk susu.

Penjagaan kesihatan yang berterusan secara tidak langsung mengurangkan tahap risiko daripada diserang penyakit yang sering kali menjadi igauan golongan tua ini. Tidak terlambat untuk berusaha dari sekarang khususnya kepada generasi muda. Jangan sampai di usia tua, baru bermula. Jika tidak, usah diharap kita akan ditolong oleh anak-anak jika sudah terlantar di katil kerana ditakuti mereka menanti saat-saat kematian sahaja.


Baca Lagi...

21 September 2010

Kanser hati muncul secara senyap

AMAT jarang di kalangan kita memberikan perhatian dari sudut kesihatan terhadap hati walaupun ramai mengetahui penyakit yang berkaitan dengan organ terpenting itu sebenarnya lebih serius berbanding penyakit lain.

Malah secara umumnya, ramai masih mengambil ringan betapa pentingnya organ yang terletak di belakang tulang rusuk di bahagian kiri abdomen itu.

Menurut Pakar Perunding Onkologi, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Datuk Dr. Fuad Ismail, penyakit hati paling kronik ialah kanser hati.

Katanya, kanser hati ataupun dipanggil hepatoma biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia.

''Pesakit kanser ini kebanyakannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding wanita," katanya.

Bagaimanapun terangnya, kebanyakan pesakit tidak menyedari dijangkiti penghidap penyakit tersebut kerana simptomnya tidak berlaku serta-merta.

Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis (gangguan struktur hati normal oleh fibrosis) dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan yang memberi kesan pada hati seperti ketagihan alkohol, obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.

''Antara sebab kebanyakan pesakit berusia dalam lingkungan 40 tahun ke atas adalah kerana virus Hepatitis B mengambil masa agak lama untuk merosakkan hati dan apabila telah rosak, ia akan merebak dengan cepat," katanya.

Terang beliau lagi, kebanyakan kes kanser hati di peringkat awal tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala tertentu sehinggalah pesakit berada pada tahap yang serius.

Jelas beliau lagi, kanser hati sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu jenis prima dan sekunder.

''Kanser hati prima berpunca daripada masalah di dalam hati itu sendiri iaitu kerosakan sel-sel, manakala sekunder disebabkan kanser yang merebak ke hati daripada organ lain,'' ujarnya serius.

Bagaiamanapun, Dr. Fuad memberitahu, punca utama berlakunya kanser hati prima ialah sirosis, iaitu keadaan apabila sel hati rosak disebabkan pelbagai faktor.

''Sebenarnya, faktor itu lebih kepada tabiat meminum arak dan disebabkan oleh jangkitan Hepatitis B dan C," katanya.

Selain itu katanya, penghidap penyakit heamochromatosis, iaitu zat besi yang tidak dapat dikeluarkan dari badan dan akhirnya mendap di hati, juga mempunyai risiko menghidap kanser hati.

Ini kerana, katanya, zat besi yang tidak dapat disalur keluar akan bertakung sehingga boleh menjejaskan fungsi dan seterusnya merosakkan hati.

Namun, risiko pesakit haemochromatosis untuk menghidap kanser hati dalam jangka masa panjang adalah kira-kira 30 peratus.

Manakala bagi kanser hati jenis sekunder, beliau menjelaskan, ia sebenarnya berpunca daripada organ lain yang bermasalah.

''Ini semua kerana hati dan hempedu adalah bahagian yang paling banyak terdedah kepada kanser di bahagian lain yang sudah merebak," katanya.

Bagaimanapun, pesakit kanser hati masih berpeluang untuk pulih dengan syarat mesti mendapat rawatan seawal yang mungkin.

''Jika mereka mendapatkan rawatan awal, peluang untuk pulih dalam tempoh lima tahun berikutnya adalah kira-kira 60 peratus.

"Tetapi jika sudah terlalu lama dan dikesan pada peringkat kritikal, harapan adalah tipis," terangnya serius.

Ditanya mengenai rawatan, Dr. Fuad menjelaskan doktor akan memeriksa hati yang bengkak dengan melakukan ujian darah dan x-ray.

''Ujian darah bertujuan melihat tindak balas hati dengan mengukur enzim yang digunakan dalam ujian itu.

''Sekiranya kanser hati wujud, alfafoetoprotein iaitu protein dalam darah akan meningkat. Bagi penghidap Hepatitis B dan C, ujian bagi mengesan kehadiran antigen perlu dilakukan.

"Untuk mengesahkannya, doktor melakukan ujian imbasan bagi melihat bahagian hati yang mengalami kanser yang biasanya wujud dalam bentuk ketulan.

''Ini diikuti rawatan CT Scan dan Angiogram bertujuan untuk mengesan tahap serius kanser berkenaan.

''Selepas diagnosis berkenaan, rawatan terbaik akan dibincangkan bersama pesakit. Jika ia hanya menyerang pada satu bahagian, pembedahan dilakukan bagi membuangnya.

"Berbanding organ lain pada tubuh manusia, hati agak unik kerana ia masih boleh berfungsi walaupun sebahagian besar sudah dibuang," katanya.

Rawatan lain katanya, termasuk pembedahan pemindahan hati yang diderma oleh keluarga terdekat, walaupun dalam jangka panjang ia boleh berulang semula.

Selain itu, rawatan kimoterapi juga boleh dilakukan dengan membuat saluran di bahagian arteri dan menghalakan rawatan itu terus kepada kanser berkenaan.



 
Baca Lagi...

20 September 2010

Pengurangan kolesterol redakan risiko sakit jantung

PENYAKIT jantung masih menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia. Banyak sebab yang menyumbang senario ini dan antara faktor utama tabiat rakyat Malaysia yang malas bersenam dan kuat merokok selain faktor genetik.

Malah penyelidikan membuktikan menghisap rokok adalah faktor utama mempercepatkan sakit jantung.

Sakit jantung terbahagi kepada penyakit jantung koronari, penyakit injap jantung dan penyakit jantung kongenital. Apabila serangan jantung berlaku darah beku dalam saluran jantung akan menyekat seluruh darah ke jantung, mengakibatkan otot jantung mulai mati.

Walaupun ada kes sakit jantung tidak ada menunjukkan sebarang tanda, tetapi secara keseluruhannya, pesakit akan merasakan dadanya terhimpit dan sesak, berpeluh walaupun tidak sejuk, loya dan pening, pendek nafas dan akhirnya berlaku kematian secara mengejut.

Malah jika anda tidak merokok pun dan tidak pula ada tanda-tanda serangan jantung, anda masih berpotensi untuk diserang sakit jantung jika anda berhadapan dengan masalah diabetes. Risiko serangan jantung bertambah tinggi jika anda memiliki sejarah serangan jantung dan tidak meninggalkan amalan menghisap rokok.

Pencegahan daripada serangan sakit jantung sebenarnya bermula daripada kesedaran dan kefahaman diri sendiri. Jika dilihat secara sekali imbas, kolesterol memang boleh dikurangkan dengan pelbagai kaedah. Antaranya diet yang membawa kepada pengurangan sebanyak tujuh peratus, senaman (tujuh peratus), rawatan (60 peratus) dan kolesterol dialisis (70 peratus).

Pengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga Perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata, rawatan mengurangkan kolesterol membawa manafaat kardiovaskular yang penting selain memberi faedah tambahan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan biasa.

"Kajian ini memberikan doktor kefahaman baru mengenai cara-cara menguruskan pesakit yang mempunyai tahap risiko tinggi secara berkesan khususnya mereka yang gagal mencapai tahap kolesterol yang disyorkan,"

Kebanyakan mereka juga sedang menerima terapi pengurangan kolesterol yang mempunyai tahap kolestrol LDL antara 2.6mmol/L atau 5.2mmo/L manakala pesakit yang tidak menerima sebarang terapi pengurangan kolesterol mempunyai tahap kolestrol LDL antara 3.2 mmol/L dan 6.5 mmol/L. 72 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan pengurangan kolestrol mencapai tahap kolesterol LDL di bawah 2.6 mmol/L yang disyorkan berbanding 40 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan biasa.

"Keputusan ini menyokong keberkesanan pengurangan kolestrol kerana terdapat pengurangan ketara dalam kejadian kardiovaskular pada seluruh julat dos 10-80 mg di kalangan pesakit yang menghadapi risiko sakit jantung yang lebih tinggi," kata Dr Khoo.

BioVCO adalah produk berasaskan Bioteknologi. Ia bersifat antivirus dan dapat mengurangkan kolestrol dalam darah, Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah serta Menghindar sakit jantung dan darah tinggi. Maklumat lanjut : http://www.biovco.com/

*** Artikel diatas adalah sebagai maklumat atau rujukan sahaja. Sila berjumpa dengan Doktor untuk maklumat lebih lanjut ****



Baca Lagi...

Selesema jangkitan virus

DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini, ramai terkena selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur pernafasan. Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan tetapi menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.

Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga atau empat kali setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum bersekolah, pula lebih kerap mendapat selesema.

Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam tempoh seminggu. Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria pada paru-paru, anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga.

Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat selesema. Tanda paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal tekak, hidung tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala. Tanda lain termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk, badan panas dan demam, tetapi suhu badan tidak melebihi 102º F.

Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia juga boleh merebak melalui udara (bersin dan batuk) serta sentuhan.

Menggosok mata atau hidung selepas menyentuh barang dipegang orang yang selesema seperti pen dan telefon boleh menyebabkan anda turut mendapat virus berkenaan.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat selesema kerana sistem pertahanan badan mereka belum imun dengan kebanyakan virus selesema. Namun ini bukan sebab utama. Kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa bermain dengan rakan sebaya, menyebabkan penyakit ini mudah merebak.

Selesema juga adalah tindak balas terhadap alahan pada saluran pernafasan. Malah, mereka yang mengalami tekanan psikologi juga boleh mendapat selesema. Sehingga kini, tiada ubat untuk selesema. Biasanya selesema sembuh dalam tempoh seminggu. Jika suhu badan anda meningkat melebihi 102º F diikuti sakit dan cepat letih, ia mungkin influenza.

Jika selesema berpanjangan melebihi 10 hari dan ada masalah pernafasan yang kronik, segera berjumpa doktor. Secara amnya, keadaan kanak-kanak yang diserang selesema lebih teruk. Bawa anak berjumpa doktor jika mereka demam (suhu melebihi 103º F), muntah, mengadu sakit perut, kepala dan telinga; tidak boleh tidur, sukar bernafas dan asyik menangis.

Selesema yang sering dipandang ringan ini bagaimanapun boleh menyebabkan jangkitan telinga yang akut (otitis media); iaitu apabila bakteria memasuki gegendang telinga dan keadaan ini biasa di kalangan kanak-kanak.

Selesema berpanjangan juga boleh menyebabkan jangkitan sinus, tekak, bronkitis dan pneumonia. Jadi, jangan anggap selesema penyakit yang boleh diabaikan.

Untuk meredakan masalah hidung tersumbat, ada yang menggunakan semburan hidung.

Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan anda memerlukan produk ini untuk melancarkan laluan pernafasan.

Semburan ini sebenarnya boleh menyebabkan membran mukus pada hidung mengalami keradangan. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan ia tidak melebihi beberapa hari saja.

Ubat yang dibeli di kedai atau farmasi tidak mampu merawat selesema. Malah, antibiotik juga tidak memberi kesan terhadap virus selesema. Namun, beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak diserang penyakit berjangkit ini.

- Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan keluarga, terutama anak-anak yang aktif bermain.

- Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih, terutama apabila ada anggota keluarga diserang selesema.

- Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu ini selepas sekali digunakan.

- Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain, terutama jika ada yang kena selesema.

- Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang yang diserang selesema. Jika diserang selesema, pastikan anda minum banyak air; sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jangan minum minuman beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh memburukkan simptom selesema.

Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda mengelakkan virus daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan minum minuman yang bercampur sedikit garam atau air limau bersama madu beberapa kali sehari. Ia juga baik untuk meredakan batuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maklumat diatas adalah sebagai panduan & rujukan sahaja. Ia tidak boleh dijadikan kaedah rawatan. Sila berjumpa doktor untuk mendapat maklumat lebih tepat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minyak Kelapa Dara BioVCO Bersifat antivirus, antibakteria dan antifungus, Antioksida, meningkatkan sistem imunisasi, Pemangkin metabolisma tubuh. Maklumat lanjut sila lawat ke : http://www.biovco.com/?ref=ikb 



Baca Lagi...