MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.30 November 2009
Serangan resdung
MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.26 November 2009
Kuku mudah dijangkiti kulat
SELAIN muka, anggota badan yang selalu menjadi perhatian orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku.Kuku boleh menjadi lambang keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara keseluruhan.25 November 2009
Hipotiroidisme penyakit rahsia
24 November 2009
Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
23 November 2009
Rawatan pilihan tekanan darah tinggi
MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi umur 30 tahun menghidap penyakit tersebut.21 November 2009
Diet kawal diabetes
Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.20 November 2009
Makanan segera antara punca penyakit kronik
CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.19 November 2009
Kekurangan nutrisi punca rambut gugur
Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?18 November 2009
Kolesterol: Kenali Musuh Kesihatan Anda
17 November 2009
Faktor genetik punca alahan
Alahan merujuk kepada tindakan imuniti berlebihan terhadap bahan yang lazimnya tidak berbahaya. Badan kita mempunyai sistem imuniti yang melindungi daripada bahan yang berbahaya. Sistem imuniti yang sihat hanya akan memberi reaksi kepada bahan yang berbahaya seperti kuman atau mikro organisma lain.16 November 2009
Penawar Resdung
13 November 2009
Mengekalkan sistem imun yang sihat
12 November 2009
Makanan punca alahan
PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.
Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.
11 November 2009
Apa itu kolesterol
10 November 2009
Jangan remehkan penyakit resdung
09 November 2009
GOITER - Bengkak kelenjar tiroid
Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.
Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.
08 November 2009
Mitos keguguran rambut
06 November 2009
Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal
Kita selalunya tertipu dengan darah tinggi. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kita mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri kita sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah kita secara berkala.
Apa risiko tekanan darah tinggi ? Jika tekanan darah kita kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung atau kerosakan buah pinggang. Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.
Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet.
Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah. Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.
Sarapan yang membina otot
Sarapan yang membina otot
WALAU bagaimana sibuk dan tergesa-gesa pun rutin pagi anda, cubalah untuk mengambil sarapan yang sihat. Pakar nutrisi menyarankan gandingan tiga biji telur, sepotong buah dan semangkuk bijirin gandum sebagai kombinasi terbaik protein dan karbohidrat.
Jika biasa memulakan pagi dengan bersenam, seseorang perlu mengambil protein dan karbohidrat kira-kira 30 hingga 60 minit sebelum memulakan senaman. Meskipun percaya pada tenaga yang diberikan dalam segelas jus buah dan serbuk minuman zat, makanan berprotein dan karbohidrat diperlukan juga.
Salah satu sebab utama dua sumber itu penting sebelum memulakan senaman adalah supaya otot mendapat nutrisi yang diperlukan sepanjang aktiviti fizikal. Bersenam meningkatkan aliran darah. Maka, apabila nutrisi mencukupi, peredaran darah itu akan membawa segala zat untuk digunakan bahagian tubuh yang memerlukan.
EKSTRA: Karbohidrat dalam jumlah yang sedikit membantu menyimpan tahap glikogen dalam hati dan ini membekalkan otot dan otak dengan 'makanan' yang diperlukan untuk ia berfungsi dengan baik. Sertakan juga buah-buahan atau sayuran dalam sarapan.








