08 Mac 2015

Sakit dada bukan hal remeh

Oleh ZAITIE SATIBI

Sakit ini yang juga dipanggil angina pektoris dialami pada bahagian tengah atau sebelah kiri dada.

Mereka yang diserang sakit dada seperti ini akan terasa seolah-olah ada cengkaman kuat atau dicucuk benda tajam pada dada.

Pesakit juga mungkin terasa seperti dadanya ditekan dengan benda berat, menyebabkannya sesak sehingga sukar bernafas.

Kesakitan itu kemudian merebak pada leher, lengan, bahu dan bahagian belakang.

Mudah juga merasa pening, berpeluh, loya dan ingin muntah.

Pakar Kardiologi Intervensi dan Elektrofisiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Ernest Ng Wee Oon berkata, serangan angina pektoris berpunca daripada kekurangan aliran darah kepada otot jantung berikutan saluran darah sempit.

“Sakit dada yang dikaitkan dengan angina pektoris boleh dijelaskan seperti mengalami tekanan, cengkaman dan kesakitan yang amat sangat di bahagian tengah dada.

“Tahap dan tempoh serangan serta jenis sakit dada berbeza-beza.

Ini kerana serangan sakit dada boleh jadi jenis stabil akibat kita melakukan senaman, mengangkat beban berat atau batuk dengan kuat.

Biasanya sakit dada seperti ini akan hilang selepas berehat.

“Namun, sakit ini mungkin disebabkan kita menghidap penyakit jantung koronari jika kesakitan pada dada dirasai berulang-ulang dan berpanjangan walaupun dengan melakukan aktiviti ringan atau ketika rehat,” katanya.

Jika ketidakselesaan pada dada itu baru saja dialami, penting untuk kita berjumpa doktor bagi mengetahui puncanya dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Ini berikutan serangan angina pektoris disebabkan seseorang menghidap penyakit jantung koronari.

Penyebab utama sakit jantung koronari ialah pembentukan kolesterol dalam saluran darah jantung.

Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan biasa bermula sejak usia muda.

Jantung membabitkan otot dan empat injap.

Organ ini memerlukan bekalan oksigen mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Bekalan oksigen diperoleh dari saluran darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri koronari.

Setiap individu mempunyai tiga saluran darah utama yang membekalkan otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit disebabkan pemendapan kolesterol dan pembentukan plak membabitkan kolesterol dan parut tisu.

“Sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah menjejaskan aliran darah ke jantung.

Apabila aliran darah tersumbat, oksigen tidak dapat diangkut ke organ terpenting ini.

“Antara faktor penyumbang kepada penyakit jantung koronari ialah merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, tekanan perasaan, kegemukan, kurang melakukan senaman dan sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.

“Bagi merawat angina pektoris, perlu dirawat dulu penyakit jantung koronari.

Doktor akan mendiagnosis penyakit berkenaan dengan melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan maklumat mengenai gejala dirasai pesakit,” katanya.

Doktor akan melakukan beberapa ujian bagi mengesan sama ada sakit dada itu disebabkan penyakit jantung koronari atau bukan.

Ujian yang akan dilakukan seperti Elektrokardiogram (ECG) yang akan mencetuskan setiap denyut jantung dengan getaran elektrik daripada sel khas dalam organ berkenaan.

Ujian tekanan juga dijalankan dengan meminta pesakit berjalan di atas alat senaman ‘treadmill’.

Ketika itu tekanan darah dipantau dan bacaan ECG diambil.

Doktor juga akan menjalankan ujian darah dan tahap kolesterol.

“Angiogram koronari antara ujian tepat bagi mengesan penyakit jantung koronari.

Bagi ujian ini, tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan.

“Kemudian pewarna akan disuntik melalui kateter dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran jelas bahagian tersumbat.

“Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung,” katanya.

Dr Ernest berkata, pesakit boleh memilih sama ada mengambil ubat mencairkan darah seperti aspirin atau mengurangkan paras kolesterol iaitu statin, melakukan pembedahan pintasan pembuluh darah jantung atau angioplasti koronari.

“Kaedah angioplasti sama seperti angiogram apabila tiub kateter dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.

“Pada hujung kateter ini, ada belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah.

Melalui kateter juga, satu gegelung besi halus dipanggil sten, dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat dan mengekang plak itu daripada menghalang aliran darah.

“Bagaimanapun, pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula dan bagi menangani masalah ini, sten yang disaluti ubatan boleh larut diperkenalkan.

“Ubatan itu akan melepaskan bahan bagi menghalang proses pembentukan plak serta pembekuan darah,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

  • Lima tanda sakit jantung

    www.biovco.com/iko.php?&no=67&tjk=lima-tanda-sakit-jantung...
    Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan.
  • Penyakit jantung tak kenal usia

    www.biovco.com/ik.php?no=46&tjk=penyakit_jantung_tak...usia...
    DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak ...
  • Elak serangan jantung | Penyakit Jantung

    www.biovco.com/ik.php?no=128&tjk=elak-serangan-jantung.php
    Elak serangan jantung Rashid yang berusia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat. Terlalu sibuk ...
  • Injap jantung bocor

    www.biovco.com/ik.php?no=54&tjk=injap_jantung_bocor.php
    DI dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral dan aortic di sebelah ...
  • Baca Lagi...

    07 Mac 2015

    Rajin periksa kesihatan

    Oleh Aniza Zainudin

    Dalam sedar atau tidak sedar, itulah jawapan popular sering meniti bibir setiap individu yang enggan mencuri masa menjalani pemeriksaan atau saringan kesihatan. Sedangkan ia seharusnya dilakukan untuk tempoh empat tahun sekali bagi mereka berusia bawah 30-an manakala berumur 50 tahun ke atas, dua tahun sekali.

    Percayakah anda, kekerapan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan antara dua hingga tiga kali sepanjang hayat? Malah ia dilakukan atas tuntutan pendidikan dan kerjaya, bukannya kesedaran sendiri.

    Ketua Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kecemasan, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Abu Hasan Samad berkata, sekurang-kurangnya 50 peratus kemasukan kali pertama kali ke hospital berikutan hasil pemeriksaan kesihatan yang sebelum ini diabai masyarakat.

    Menurutnya, menerusi pemeriksaan kesihatan, individu terbabit dapat mengenal pasti penyakit dihidapi lebih awal, sekali gus dapat menerima rawatan pencegahan.

    “Kadangkala pandangan luaran tidak mencerminkan kesihatan dalaman seseorang individu dan tidak menolak kemungkinan penyakit mulai bercambah dalam tubuh berikutan amalan pemakanan tidak teratur termasuk pengambilan makanan segera,” katanya.

    Hampir 20 hingga 30 peratus daripada 100 individu yang melakukan pemeriksaan kesihatan mengalami masalah terutama penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, jantung, kencing manis serta kanser.

    Golongan berkenaan adalah individu berusia 50 tahun ke atas yang sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan dan kemungkinan diakibatkan faktor keturunan dan pelan pemakanan tidak seimbang ketika muda.

    “Mereka ini digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kekerapan dua tahun sekali kerana risiko menghidap penyakit lebih tinggi. Bagi wanita, pemeriksaan menjurus kepada kanser servik dan payudara manakala barah prostat untuk kaum Adam.

    “Bagaimanapun, ini tidak bermaksud golongan muda boleh mengabaikan pemeriksaan kesihatan malah mereka antara kumpulan sasaran yang perlu diberi perhatian dan digalakkan mengambil langkah bijak ini.

    “Pemeriksaan ini juga bertujuan memberi tips kesihatan, pelan pemakanan yang baik bagi individu berisiko mendapat penyakit NCD biarpun ketika ini, tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

    Katanya, saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan ke atas keseluruhan anggota badan seseorang individu sama ada luaran mahupun dalaman. Ia termasuk pemeriksaan mata, telinga, dada, ultra bunyi di bahagian abdomen dan pelvik, ujian darah, buah pinggang dan hati.

    Setiap individu mempunyai tahap ketahanan diri masing-masing, ada yang perlu menjalani dua hingga tiga pemeriksaan sebelum mengetahui jenis penyakit dan ada juga berjaya dikenal pasti selepas melakukannya pada kali pertama.

    Jika penyakit berjaya dikenal pasti, pakar kesihatan akan memberi pilihan rawatan, tip diet seimbang serta ubatan bersesuaian dengan pesakit sewaktu rundingan. Malah, rawatan susulan turut ditawarkan kepada pesakit untuk memantau tahap masalah dialami mereka.

    Segelintir beranggapan pemeriksaan kesihatan membazir berikutan kos perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, ia perlu dijalani secara berkala untuk tempoh masa tertentu. Tanggapan itu perlu ditepis kerana ia berlaku sebaliknya.

    Jika pencegahan dan rawatan dilakukan lebih awal, ia sebenarnya lebih menguntungkan individu terbabit kerana peluang untuk kembali sihat lebih tinggi menerusi pemantauan berterusan daripada pakar.

    Diakui kos pemeriksaan kesihatan mungkin dianggap membebankan bagi segelintir masyarakat tetapi lebih baik jika dibandingkan dengan kos pembedahan atau rawatan susulan jauh lebih tinggi, selain memakan masa lama. Mentaliti masyarakat yang menganggap hospital sebagai tempat orang sakit dan mendapat rawatan saja perlu diubah. Katanya, peranan hospital atau dulunya dipanggil rumah sakit kini sudah meluas. Masyarakat juga digalakkan berjumpa doktor atau pakar kesihatan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin selain mendapatkan tips amalan hidup sihat.

    Menurutnya, kebanyakan masyarakat Cina lebih mengambil berat mengenai kesihatan apabila peratusannya mencecah 60 peratus manakala kesedaran di kalangan kaum Melayu dan India masih di tahap rendah.

    Amalan pemeriksaan kesihatan sebenarnya sudah lama bertapak di negara ini. Bagaimanapun, ia gagal dijadikan budaya bagi masyarakat kerana menganggap diri sentiasa sihat jika tidak dimasukkan ke hospital.

    Sikap enggan ambil peduli masyarakat turut menyebabkan mereka mengabaikan amalan berkenaan selain tidak memahami sepenuhnya fungsi dan manfaat pemeriksaan kesihatan.

    Sumber HMetro Online


    BACA juga artikel berikut :


  • Penyakit Resdung 

    www.biovco.com/resdung-index.php
    Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk ... RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung ...
  • BioVCO

    www.biovco.com/
    Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik dan diperolehi daripada ...
  • Penyakit Resdung atau Sinusitis

    www.biovco.com/resdung.php?tjk=penyakit_resdung_sinusitis
    Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria.
  • Penyakit Tiroid 

    www.biovco.com/mkd/tiroid-bukan-sekadar-bengkak-pada-leher.php
    Tiroid atau penyakit Tiroid menyebabkan pesakit tiroid mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah. Penyakit tiroid ...
  • Penyakit Tiroid

    www.biovco.com/mkd/penyakit-tiroid.php
    Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...
  • Penyakit Tiroid 

    www.biovco.com/penyakit-masalah-tiroid.php
    penyakit bengkak kelenjar tiroid TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum.
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak 

    www.biovco.com/ik.php?no=235&tjk=penyakit_resdung_risiko...
    Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak. sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula ...
  • Resdung boleh menyebabkan buta 

    www.biovco.com/iko.php?no=34&tjk=resdung-myb-buta.php
    Resdung boleh menyebabkan buta Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang ...
  • Kegemukan - ibu segala penyakit 

    www.biovco.com/resdung-sjt.php
    Gemuk adalah penyakit bukan keadaan. Ramai tidak menganggap gemuk sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu ...
  • Penyakit dan masalah tiroid | Rawatan Tiroid 

    www.biovco.com/v3/penyakit-masalah-tiroid.php
    Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
  • Cara kawal sakit penyakit gout 

    www.biovco.com/iko.php?no=36&tjk=penyakit-gout.php
    Apabila menghidap penyakit gout doktor menasihatkan agar jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk 'jaga makan' itu ...
  • Penyakit Resdung - BioVCO

    www.biovco.com/iko.php?no=59&tjk=penyakit-resdung.php
    Penyakit Resdung Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran.
  • Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis 

    www.biovco.com/ik.php?no=22&tjk=ekzima_dan_psoriasis.php
    Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima ...
  • Mengandung dan kencing manis

    www.biovco.com/blogger/
    Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakitkencing manis semasa mengandung: - Janin menjadi besar dikenali sebagai ...
  • Jangan remehkan penyakit resdung | Masalah

    www.biovco.com/ik.php?&no=251&tjk=jangan...penyakit_resdung
    RESDUNG agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis.

  • Baca Lagi...

    18 Februari 2015

    Ekzima dan Psoriasis


    Masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah kulit tersebut. Berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah yang dialami dan mengeyorkan ubat yang sesuai. 

    Ini penting untuk mengenalpasti masalah kulit yang dialami. Ramai yabg masih bingung perbezaan ekzima dengan psoriasis. Untuk mengetahui perbezaan masalah ini, berikut adalah beberapa maklumat yang perlu anda ketahui.

    Istilah ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima bererti 'mendidih keluar' dan psoriasis berasal dari 'psoera', bererti 'gatal'. Masalah ekzima dan psoriasis adalah berbeza. Psoriasis sering dialami orang dewasa. Satu kajian menunjukkan bahawa sekitar 3% daripada orang dewasa didapati mengidap psoriasis.

    Baca selanjutnya : http://goo.gl/V1R5DM
    Baca Lagi...

    17 Februari 2015

    Ancaman kencing manis


    DALAM keluarga anda, termasuk saudara mara terdekat, berapa orang agaknya menghidap penyakit kencing manis? Seorang, dua atau lebih? Kini penyakit kencing manis menjadi seperti perkara biasa dan kita tidak terkejut apabila mengetahui ada rakan menghidap penyakit ini.

    Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996, kira-kira 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis. Selepas 10 tahun, jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi dan lebih membimbangkan, penyakit ini makin menular pada golongan muda.

    Namun perkara ini tidak harus dianggap sebagai kebiasaan dan perlu dielakkan dengan penjagaan pemakanan sejak muda, terutama bagi individu yang menghadapi masalah berat badan berlebihan, mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung dan kencing manis.

    Baca artikel penuh : http://goo.gl/n2KOgP
    Baca Lagi...

    09 Januari 2015

    5 Sebab Mengapa Rambut anda gugur

    Punca dan masalah keguguran rambut berpunca daripada beberapa faktor. Apabila kita tahu punca dan sebabnya baru kita dapat bertindak untuk mengelakkan dan bertindak untuk mengatasi masalah tersebut. Antara punca keguguran rambut adalah :

    1. Perubahan hormon

    Perubahan atau ketidakseimbangan hormon juga antara penyebab rambut gugur. Ini mungkin disebabkan mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancangan atau permulaan menapos.

    2. Keturunan

    Ya, kita lebih berisiko mengalami keguguran rambut yang teruk sekiranya ibu bapa ada masalah yang sama

    3. Tekanan atau Penyakit

    Stress juga antara penyebab keguguran rambut. Sekiranya mempunyai masalah kulit kepala tidak sihat ia juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

    4. Pemakanan yang tidak sihat

    Ini adalah masalah kita zaman sekarang di mana terlampau banyak terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan tinggi MSG.

    5. Kekurangan Zat protein

    Kekurangan sumber protein semulajadi serta beberapa vitamin seperti A,B,C, E dan Zinc juga adalah punca keguguran rambut.

    Baca Lagi...

    3 Tip elak mulut berbau

    Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan pelbagai tips di bawah ini: 

    1. Membersih Dan Memberus Gigi

    Menjaga kebersihan mulut. Hal ini boleh antum lakukan dengan cara rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.

    Menjaga dan memberus gigi atau bersiwak harus sentiasa diamalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang dan mulut antum berbau.

    2. Membersihkan Lidah

    Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi atau bersiwak. Antum bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.

    Ingatlah bahawa bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Banyak bakteria bersembunyi pada rekahan lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Lidah antum mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

    3. Meminum Banyak Air

    Minum lebih banyak air dapat membantu antum menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

    Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria ‘anaerob’. Jika antum mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau yang selalu bercakap, cara ini paling baik untuk memastikan mulut antum sentiasa berair.

    RAWATAN dan SIHAT, Elak Mulut BERBAU

    Baca Lagi...