Ketahui Pembunuh senyap

Posted by BioVCO on 07:23 with No comments
Ketahui Pembunuh senyap

HIPERTENSI! Kegilaan masyarakat terhadap gaya hidup urban selain pendedahan kepada budaya hidangan popular seperti roti canai, kari kambing serta sup gearbox berisiko menyebabkan anda menghidap penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi.

Darah tinggi terjadi apabila darah dalam arterial dan venous circuit sistem kardiovaskular mengalir dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa.

Keadaan ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk menentukan pengaliran darah ke seluruh tubuh sekali gus menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Berdasarkan kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006, dianggarkan sekurang-kurangnya 63 peratus pesakit mengalami sama ada satu punca penyakit kardiovaskular manakala 33 peratus menghidapi dua punca utama pembunuh senyap itu. Kajian itu juga mendapati hanya 14 peratus pesakit mengalami ketiga-tiga faktor berkenaan.