Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Posted by BioVCO on 07:50 with No comments
Tekanan darah tinggi sering diabaikan kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Penyakit tekanan darah tinggi juga mengambil masa yang lama malah ia mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan kita kurang berminat untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa tekanan darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Tekanan darah tinggi atau hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.