Info Kesihatan

Pages

▼

Halaman

▼

10 April 2013

5 Tanda Penyakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu


Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.

1. Sakit dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

2. Sesak nafas

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.

Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

3. Bengkak Kaki

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

4. Mudah berpeluh

Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

5. Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Baca lain lain info :


Search Results

  1. Info Kesihatan : Penyakit jantung tak kenal usia - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexik.php?...penyakit_jantung... - Translate this page
    Pencegahan terbaik ialah kurangkan berat badan melalui amalan pemakanan seimbang, senaman DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia ...
  2. Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca - BioVCO.com

    www.biovco.com/jantung-47gp.php - Translate this page
    Kita gemar makan nasi lemak berlauk sotong tumis semasa bersarapan tetapi tahukah anda kita perlu bersenam atau berjalan selama dua jam setengah untuk ...
  3. Lima tanda sakit jantung - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexikb.php?...sakit-jantung... - Translate this page
    Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit ...
  4. Lemah jantung lebih serius daripada barah - BioVCO.com

    www.biovco.com/lemah-jantung.php - Translate this page
    Penyakit koronari arteri dan serangan jantung. Penyakit koronari arteri adalah masalah jantung paling biasa dan penyebab kebanyakan kes lemah jantung.
  5. Sakit jantung pembunuh nombor satu - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexikb.php?...sakit-jantung... - Translate this page
    Sakit jantung pembunuh nombor satu PAKAR Kardiologi, Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Dr. Azhani Mohamed Daud memberitahu, golongan lelaki ...
  6. BioVCO.com

    www.biovco.com/ - Translate this page
    kelebihan minyak kelapa dara Mengurangkan risiko penyakit jantung kelebihan minyak kelapa dara Merangsang metabolisme kelebihan minyak kelapa dara ...

at 07:50
Kongsi

7 ulasan:

  1. fatimah 12 November 2014 pada 2:04 PTG

    Perkongsian yg sgt bermanfaat.
    www.beautyfatimah.com

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  2. Tanpa Nama24 November 2014 pada 3:10 PG

    informasi yang berguna.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  3. Nurul Huda Seenice25 November 2014 pada 8:51 PTG

    Terima kasih di atas perkongsian. Semoga kita dapat elak punca sakit jantung di usia muda dengan mengetahui tanda2nya

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  4. Obat Jantung Lemah9 Januari 2015 pada 8:48 PG

    Terimakasih banyak untuk informasinya,, semoga dengan adanya artikel tentang tanda penyakit jantung kita dapat terhindar dari penyakit tersebut

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  5. Produk Kosmetik22 Januari 2015 pada 8:05 PG

    Informasi yang sangat berguna buat kita semua. Untuk mencegah penyakit jantung sebaiknya rajin minum air putih dan konsumsi buah-buahan & sayur-sayuran.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  6. mohammad mar22 April 2016 pada 9:19 PTG

    terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.

    masalah jantung juga berpunca dari gaya hidup yang kurang sihat dan faktor pemakanan kita.

    kalau kita tengok sekarang ramai sangat orang yang mengalami masalah jantung ni terutama

    mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  7. UmmuAyyash13 Disember 2017 pada 3:07 PG

    Kena selalu alert pada perubahan diri, dan segera dapatkan pemeriksaan kalau rasa something yang tak kena..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.

About Syed

  • BioVCO
  • Info Kesihatan